Nicaragua
Republik Nicaragua ريڤوبليك نيكاراݢوا República de Nicaragua | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: [Salve a ti, Nicaragua] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Managua | ||||
Bahasa rasmi | bahasa Sepanyol (rasmi) (bahasa Inggeris dan bahasa asli di pantai Caribbean) | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
Kemerdekaan Dari Sepanyol | |||||
14.01 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2005 | 5,487,000 (ke-108) | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | AS$16.05 bilion (ke-148) | ||||
AS$3,636 (ke-119) | |||||
HDI (2003) | 0.690 sederhana · ke-112 | ||||
Mata wang | Córdoba ( NIO ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 505 | ||||
Kod ISO 3166 | NI | ||||
DPT internet | .ni |
Nicaragua ialah sebuah republik di Amerika Tengah. Walaupun Nicagarua merupakan negara yang terbesar di kawasan ini, kepadatan penduduknya adalah yang paling rendah. Negara ini bersempadan dengan Honduras di utara dan Costa Rica di selatan. Lautan Pasifik terletak di sebelah garis pinggir laut baratnya, sedangkan di timur negara ini ialah Laut Karibbean.
Nama "Nicaragua" merupakan gabungan dua perkataan, iaitu:
- Nicarao: nama untuk puak yang bertutur dalam bahasa Nahuatl dan yang tinggal di tebing Tasik Nicaragua sebelum penaklukan Sepanyol di Amerika; dan
- Agua : satu perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud air, dan yang telah diterimagunakan kerana terdapat dua buah tasik yang besar di kawasan ini, iaitu Tasik Nicaragua dan Tasik Managua.
Sebelum penaklukan Sepanyol, Nicaragua adalah nama bagi sekeping tanah yang sempit antara Tasik Nicaragua dengan Lautan Pasifik. Ketua puak Nicarao memerintah tanah itu ketika penakluk-penakluk yang pertama tiba di sini. Takrif istilah itu kemudian diperluas untuk merangkumi kelompok yang duduk di kawasan ini.
Nicarao pra-Columbus datang ke kawasan ini dari kawasan-kawasan utara selepas kejatuhan Teotihuacan atas nasihat pendeta-pendeta atau ketua-ketua agama mereka. Menurut tradisi, mereka disuruh membuat perjalanan ke selatan sehingga menemui dua buah gunung berapi yang timbul daripada sebuah tasik, dan berhenti apabila mereka tiba di Ometepe, pulau gunung berapi air tawar yang terbesar di dunia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Zaman pascakemerdekaan
[sunting | sunting sumber]Melalui Akta Kemerdekaan Amerika Tengah pada September 1821, Nicaragua dimasukkan ke dalam Empayar Mexico Pertama. Nicaragua dimasukkan ke dalam Provinsi Amerika Tengah Syarikat setelah empayar tersebut digulingkan sebelum negara tersebut ditukar nama menjadi Republik Persekutuan Amerika Tengah. Nicaragua mencapai kemerdekaan penuh pada 1831.[1] Nicaragua ditakluki oleh Amerika Syarikat sejak 1912 hingga 1933.[2] Ketika akhir zaman penjajahan pad 1933, Juan Batista Sacasa dilantik sebagai Presiden Nicaragua.
Beberapa tahun selepas itu, beliau dikalahkan oleh Somoza García melalui sebuah pilihan raya yang tidak adil,[3] dan menjadi presiden pada 1 Januari 1937 lalu memulakan zaman pemerintahan diktator keluarga Somoza yang berlanjutan selama 43 tahun.[4] Somoza García bertindak mengisytiharkan perang terhadap beberapa buah negara Kuasa Paksi ketika Perang Dunia Kedua, meskipun Nicaragua tidak menghantar sebarang kuasa tentera untuk berperang. Somoza García memerintah hingga 1957 apabila dibunuh oleh penyair Rigoberto López Pérez, dan digantikan oleh anaknya, Luis Somoza Debayle. Pemerintahannya disifatkan sebagai sederhana dan berlanjutan hingga kematiannya pada 1963. Penggantinya, René Schick Gutiérrez disifatkan oleh kebanyakan rakyat Nicaragua sebagai patung boneka keluarga Somoza.[5]
Anak Luis, Anastasio Somoza Debayle menjadi presiden pada 1967. Pada 1972, sebuah gempa bumi melanda ibu kota Managua lalu menyebabkan kemusnahan berskala besar di bandar tersebut.[6] Namun begitu, Somoza bertindak merampas wang bantuan yang sepatutnya digunakan untuk memulihkan Managua. Sebuah parti sosialis yang ditubuhkan pada 1961, Barisan Pembebasan Kebangsaan Sardinista (FSLN) berjaya menumbangkan Somoza pada 1979, mengakhiri pemerintahan keluarga Somoza.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Nicaragua ialah negara terbesar di Amerika Tengah dengan keluasan sekitar 129,500 km². Negara ini bersempadan dengan Costa Rica di selatan, Honduras di utara, dan Laut Caribbean di timur serta Lautan Pasifik di barat. Wilayahnya terbahagi ke dalam tiga daerah: Dataran Rendah Pasifik, Pergunungan Utara Tengah dan Dataran Rendah Atlantik. Mogotón ialah titik tertinggi negara dengan ketinggian mencecah 2,438 meter. Negara ini memiliki 7% daripada biokepelbagaian dunia dan memiliki hutan hujan kedua terluas di Amerika; hampir 20% wilayahnya dilindungi sebagai taman negara atau rizab alam.
Politik
[sunting | sunting sumber]Sistem politik Nicaragua adalah berdasarkan sistem demokrasi berperwakilan berpresiden. Presiden Nicaragua bertanggungjawab sebagai ketua negara serta ketua kerajaan. Perhimpunan Kebangsaan memegang kuasa perundangan bersama-sama kerajaan. Kerajaan negara juga memegang kuasa eksekutif.
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Nicaragua ialah sebuah negara kesatuan. Nicaragua dibahagikan kepada 15 buah departmen serta dua buah komuniti berautonomi yang berdasarkan model pembahagian pentadbiran Sepanyol. Kawasan-kawasan berautonomi negara ialah Kawasan Berautonomi Pesisir Caribbean Utara dan Selatan (RACCN dan RACCS masing-masing).[7]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Nicaragua ialah salah satu negara-negara termiskin di benua Amerika. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada 2018 ialah AS$13.118 billion secara nominal dan AS$35.726 billion secara pariti kuasa beli.[8] Hampir separuh penduduk Nicaragua hidup di bawah garis kemiskinan menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[9] Bidang pertanian menyumbang kepada 60% eksport negara dengan nilai lebih kurang AS$300 juta.[10] Sektor perkhidmatan ialah sektor paling utama negara yang menyumbang kepada 56.8% KDNK negara dan memberi pekerjaan kepada 52% populasi buruh negara.[11]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Maklumat daripada CIA menetapkan jumlah penduduk Nicaragua setakat 2016 pada 5,966,798 dengan kira-kira 69% orang mestizo, 17% kulit putih, 5% orang peribumi dan selebihnya kaum berkulit hitam serta lain-lain. Ibu negara, Managua ialah bandar terbesar dengan anggaran penduduk ialah 1,042,641 orang pada 2016.[12] Sebuah masyarakat ekspatriat semakin berkembang di negara ini, lazimnya dengan tujuan perniagaan.[13]
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Bahasa Sepanyol Nicaragua ialah bahasa utama negara. Bahasa ini memiliki pelbagai loghat serta kepelbagaian daripada segi kosa kata bergantung kepada lokasi di Nicaragua.[14] Beberapa bahasa asli turut ditutur di Nicaragua seperti bahasa Miskito, Sumo dan Rama.
Agama
[sunting | sunting sumber]Perlembagaan negara tidak menetapkan sebarang agama rasmi bagi negara, tetapi menjanjikan kebebasan beragama dalam kalangan masyarakat Nicaragua. Secara umumnya, majoriti penduduk Nicaragua adalah beragama Kristian; 55% rakyat menurut Gereja Katolik, 27.2% rakyat menurut Protestan, 0.9% rakyat ialah ahli Saksi Jehovah.[15][16]
Prasarana
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Kadar celik huruf masyarakat dewasa negara ialah 78% pada 2005.[17] Pendidikan adalah percuma kepada rakyat negara, dan pendidikan rendah telah diwajibkan di Nicaragua. Nicaragua memiliki lebih 30 buah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan lebih 75 buah IPT swasta.[18]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Sistem pengangkutan di Nicaragua adalah lebih menyeluruh di bahagian pesisir Pasifik berbanding dengan kawasan Atlantik. Kebanyakan jalan di Nicaragua adalah tak berturap.[11] Pengangkutan awam di Nicaragua lazimnya diuruskan oleh perkhidmatan bas awam. Setakat 2013, terdapat 147 buah lapangan terbang di Nicaragua.[11] Sejak September 2001, Nicaragua tidak lagi memiliki sebarang pengangkutan rel akibat serangan 11 September 2001 di Amerika.[19]
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Budaya Nicaragua terpengaruh oleh kuasa penjajah pada masa dahulu yang bercampur dengan kebudayaan peribumi Nicaragua, dan bergantung kepada lokasi. Kawasan pesisir Pasifik yang dijajah oleh Sepanyol memiliki pengaruh Sepanyol yang kuat manakala kawasan pesisir Caribbean yang pernah dijajah oleh British memiliki keserupaan kepada negara-negara Caribbean yang pernah dijajah oleh British seperti pengaruh bahasa Inggeris.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Smith, RS (1963). "Financing the Central American federation, 1821–1838". The Hispanic American Historical Review. 43 (4): 483–510. doi:10.2307/2509898. JSTOR 2509898.
- ^ Alan McPherson, "Herbert Hoover, Occupation Withdrawal, and the Good Neighbor Policy." Presidential Studies Quarterly 44.4 (2014): 623–639. online
- ^ "The Somoza years". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2007-08-21.
- ^ Colburn, Forrest D. (2012-03-26). "Nicaragua, Forlorn". World Policy Journal (Spring 2012). Dicapai pada 31 May 2012.
- ^ Leonard, TM (2003). "Against all odds: U.S. policy and the 1963 Central America Summit Conference". Journal of Third World Studies. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-28. Dicapai pada 2007-05-09.
- ^ "Headline: Nicaragua Earthquake". Vanderbilt Television News Archive. 1972-12-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-10. Dicapai pada 2007-05-24.
- ^ "Background and socio-economic context" (PDF). m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Oktober 2006. Dicapai pada 2007-05-09. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
- ^ "Programa de las Naciones Unidas para el Desarrollo – Noticias – La pobreza se arraiga en el país". Pnud.org.ni. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2011. Dicapai pada 2010-06-26.
- ^ "General Information – Nicaragua: Economy". Dicapai pada 2014-01-04.
- ^ a b c "Central America :: Nicaragua — The World Factbook - Central Intelligence Agency". www.cia.gov.
- ^ Anuario Estadístico 2015 (PDF) (Laporan). INIDE. February 2016. m/s. 52. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-15. Dicapai pada 2017-12-01.
- ^ "Expatriates of Nicaragua". Nicaragua.com. Dicapai pada 2007-07-30.
- ^ "Aqui Nicaragua Documentary, Program by Carlos Fernando Chamorro. Programa Inaugural de Aqui Nicaragua, Idiosincracia Nicaragüense" (dalam bahasa Spanish). YouTube.com. Dicapai pada 2010-06-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ The Latin American Socio-Religious Studies Program / Programa Latinoamericano de Estudios Sociorreligiosos (PROLADES) PROLADES Religion in America by country
- ^ "CENSO DE POBLACIÓN 2005" (pdf). 2005. Dicapai pada 4 April 2015.
- ^ "National adult literacy rates (15+), youth literacy rates (15–24) and elderly literacy rates (65+)". UNESCO Institute for Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 2020-05-14.
- ^ "Universidades de Nicaragua (Privadas y Públicas)". www.altillo.com.
- ^ Hock, Mathias. "End of Era in Nicaragua". News from Nicaragua (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2003. Dicapai pada 14 Mei 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Nicaragua di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- MasatepeCity Diarkibkan 2017-09-14 di Wayback Machine – memandu anda ke Masatepe melalui kuasa Teknologi! (bahasa Sepanyol)
- ProNicaragua – Agensi Promosi Pelaburan, Tenaga, dan Pelancongan Nicaragua (bahasa Inggeris & Sepanyol)
- Intur – Tapak pelancongan rasmi Nicaragua (bahasa Inggeris & Espanyol)
- Halaman negara Ensiklopedia Britannica untuk Nicaragua
- Kerajaan Nicaragua – Rancangan Pembangunan Negara Diarkibkan 2006-07-17 di Wayback Machine (bahasa Sepanyol)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Managua
- Confidencial: Berita Mingguan (bahasa Sepanyol)
- Mengalami Nicaragua Diarkibkan 2006-02-17 di Wayback Machine – panduan pelancongan untuk Nicaragua
- Seni Nicaragua – seni dan kesusasteraan Nicagarua
- Profil negara: Nicaragua (BBC)
- El Observador Económico
- Marcaacme Diarkibkan 2007-08-22 di Wayback Machine – Seni, Kesusasteraan & Peristiwa Kebudayaan di Nicaragua
- NicaLiving.com – Tapak web tentang tinggal di Nicaragua (terutamanya dalam bahasa Inggeris)
- ViaNica.com – Tapak web yang meluas untuk perjalanan di Nicaragua
- Setapak Langkah - Media informasi tempat wisata Indonesia
- Gawe CV - Contoh Surat Riwayat Hidup
Negara-negara di Amerika Tengah |
---|
Belize | Costa Rica | El Salvador | Guatemala | Honduras | Nicaragua | Panama |