Semut
Semut
Semut
Oleh
HARUN YAHYA
ISBN: 983-9384-50-3
Hakcipta Terpelihara © Harun Yahya
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa juga carapun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
penerbit.
Diterjemahkan oleh
Rohidzir Rais
Penulis:
Harun Yahya
Laman Web:
http: // www.harunyahya.org
http: // www.harunyahya.com
http: // www.harunyahya.net
Dicetak oleh:
Percetakan Advanco Sdn. Bhd.
Terbitan
Pengarang
Pengarang buku ini, yang menggunakan nama pena HARUN YAHYA, telah dilahirkan di Ankara
pada 1956. Setelah menamatkan pengajian rendah dan menengahnya di Ankara, dia kemudian
mempelajari seni di Universiti Mimar Sinan, Istanbul dan falsafah di Universiti Istanbul. Semenjak
1980-an lagi, pengarang ini telah menerbitkan banyak buku di dalam isu-isu politik, agama dan sains.
Harun Yahya dikenali sebagai seorang pengarang yang telah menulis hasil kerja penting yang
menyingkap keruntuhan evolusi, kepalsuan dakwaan-dakwaan mereka dan hubungan jahat di antara
fahaman Darwin dan ideologi-ideologi berdarah lain.
Nama penanya adalah gabungan daripada nama “Harun” (Aaron) dan “Yahya” (John), sebagai
ingatan kepada dua orang nabi yang gigih menentang kepincangan iman. Cap Nabi di kulit buku ini
mempunyai makna simbolik berkaitan dengan kandungannya. Cap ini mewakili Al-Quran, kitab dan
kalam Allah yang terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah,
pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap ajaran asas ideologi-ideologi tidak
beragama dan untuk memberikan mereka “kata akhir”, dengan itu ia dapat melenyapkan penentangan
terhadap agama. Cap nabi ini, yang mengandungi kesempurnaan dari segi kebijaksanaan dan moral,
digunakan sebagai tanda matlamatnya menyatakan kata akhir ini.
Semua hasil kerja pengarang ini berlegar pada satu matlamat: untuk menyampaikan ajaran Al-
Quran kepada manusia, untuk menggalakkan mereka memikirkan tentang isu-isu keagamaan, seperti
kewujudan Allah, kesatuan-Nya dan Hari Akhirat, dan untuk mendedahkan dasar-dasar lemah dan hasil
kerja sesat sistem tanpa Tuhan.
Harun Yahya mempunyai ramai pembaca di banyak negara, daripada India ke Amerika, England
ke Indonesia, Poland ke Bosnia, dan Sepanyol ke Brazil. Sebahagian bukunya boleh didapati di dalam
bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Portugis, Urdu, Arab, Albania, Rusia, Serbo-Croat
(Bosnia), Poland, Melayu, Uygur, Turki, dan Indonesia, dan ia telah dibaca oleh pembaca seluruh dunia.
Dihargai di seluruh dunia, hasil kerja ini telah membantu ramai orang untuk beriman dengan
Allah dan sebahagian yang lain pula mendalami keimanan mereka. Gaya ilmiah, lurus dan mudah
difahami yang digunakan memberikan buku-buku ini sentuhan berbeza yang menyedarkan sesiapa
sahaja yang membaca atau mengkajinya. Tidak dapat disanggah, hasil kerja ini dikenali dengan sifat-
sifat keberkesanannya, hasil memuaskan dan tidak dapat disanggah. Selalunya sesiapa yang membaca
buku-buku ini dan memikirkannya dengan serius tidak akan menyokong falsafah-falsafah materialistik,
ateisme dan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah sesat lain. Jika mereka masih menyokongnya, itu
adalah penolakan sentimental kerana buku-buku ini telah membatalkan ideologi-ideologi ini dari
dasarnya lagi. Semua gerakan moden ini telah dikalahkan secara ideologinya hari ini, terima kasih
kepada koleksi buku-buku tulisan Harun Yahya.
Tidak dapat dinafikan, natijah ini disebabkan oleh keilmiahan dan kejelasan Al-Quran. Pengarang
tidak merasa megah; sebaliknya dia hanya bermaksud untuk membantu sesiapa sahaja yang mahu
mencari jalan Allah yang lurus. Tambahan pula, tiada ganjaran materialis diperolehnya daripada
penerbitan buku-buku ini.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang menggalakkan orang ramai membaca buku-buku ini, yang membuka
“mata” hati dan membimbing mereka menjadi hamba Allah yang taat, telah memberikan sumbangan
yang tidak ternilai.
Sementara itu, adalah membuang masa dan tenaga mempropagandakan buku-buku lain yang
mengelirukan minda orang, mengheret mereka kepada ideologi sesat, dan yang tidak dapat
menghilangkan keraguan di dalam hati manusia, seperti yang dibuktikan daripada pengalaman-
pengalaman lepas. Adalah mustahil untuk buku-buku yang lebih menitik beratkan kehebatan pengarang
daripada matlamat murni untuk menyelamatkan manusia daripada kehilangan iman, untuk berkesan.
Mereka yang meragui perkara ini dapat melihat matlamat buku-buku Harun Yahya ini adalah untuk
mengatasi kekufuran dan menyebarkan nilai-nilai moral Al-Quran. Kejayaan dan keberkesanan kerja ini
dapat dilihat pada pengakuan pembaca-pembaca.
Satu perkara yang perlu diingati; Punca utama berlarutnya kekejaman dan konflik, dan semua
penderitaan yang dialami manusia, ialah ideologi-ideologi kufur. Perkara ini hanya dapat diselesaikan
dengan mengalahkan ideologi kufur ini dan memastikan semua manusia mengetahui tentang keajaiban
ciptaan Allah dan moral Al-Quran, semoga manusia dapat hidup dengannya. Melihat kepada keadaan
dunia hari ini, yang memaksa manusia melakukan keganasan, korupsi dan konflik, jelaslah kerja ini
perlu dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan. Atau, ia mungkin akan terlambat.
Tidak keterlaluan jika dikatakan koleksi buku-buku Harun Yahya telah menjalankan
tanggungjawab ini. Dengan izin Allah, buku-buku ini akan menjadi penyebab bagi manusia di abad ke-
21 ini untuk mendapatkan kedamaian dan kebahagiaan, keadilan dan kegembiraan yang dijanjikan di
dalam Al-Quran.
SELAMAT DATANG
KE DUNIA
SEMUT
Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang
jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun
tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi
kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang
sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini
melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan
semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang
askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak
tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang
indah.
Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu
mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa
melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga
hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada
sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual
dengannya.
Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang
dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan
semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.
Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia
semut? Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...
Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain. Daripada setiap
700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah
semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.
Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah keluarga yang
terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam keluarga semut, kadang kala terdapat
berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik
bolehkan kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal
bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau
kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi
peraturan.
Sebahagian keluarga semut adalah tukang jahit, yang lain pula menghasilkan makanan mereka
sendiri seperti peladang, dan yang lain pula menjalankan ladang-ladang kecil di mana mereka
memelihara haiwan-haiwan kecil. Seperti mana manusia memelihara lembu dan menggunakan susunya,
semut pula memelihara kutu-kutu kecil (kutu daun) dan menggunakan susunya.
Sekarang mari kita lihat apa yang Omar akan katakan tentang dunia semut ini:
Omar: Saya mula menyedarinya apabila saya ternampak kepalanya yang kecil itu muncul
daripada tanah. Kepalanya menarik perhatian saya, kerana ia lebih besar daripada badannya. Saya
tertanya-tanya mengapa kepalanya begitu dan mula memerhatikan sahabat kecil saya ini. Kepalanya
yang lebih besar daripada badan membantunya untuk bekerja sebagai pengawal di pintu masuk sarang.
Adakah kamu mahu tahu ‘bagaimana’? Dia memeriksa sama ada semut-semut yang hendak memasuki
sarang berasal daripada keluarganya atau tidak, dan dia tidak akan membenarkan mereka masuk
sekiranya mereka orang asing.
Sebaik sahaja melihatnya, saya bertemu dengannya dan memintanya menceritakan apa yang
sedang berlaku di dalam. Sahabat kecil saya faham akan perasaan ingin tahu saya, dan mula
memberitahu saya tentangnya. Apa yang paling menghairankan saya ialah bagaimana semut-semut yang
berkepala besar mengenali rakan-rakan sama sarang dengan mereka dan membenarkan mereka masuk.
Si Semut: Omar, pertamanya biar saya memaklumkan kepada awak bahawa kami memanggil
keluarga kami sebuah ‘gerombolan’. Dengan kata lain, kami hidup di dalam masyarakat yang digelar
gerombolan. Seekor semut dapat memberitahu dengan mudah sama ada semut lain berasal daripada
gerombolannya atau tidak. Dia melakukannya dengan menyentuh badan semut tersebut dengan
sesungutnya, (batang kecil dan nipis yang keluar daripada atas kepalanya) yang membantunya
membezakan semut luar. Bagaimanapun, kami mungkin terpaksa menggunakan kekerasan
untuk menghalaunya.
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya
bagaimana semut-semut asing cuba memasuki sarang. Apabila dia berkongsi pemikiran ini dengan
sahabatnya, dia tersenyum kepadanya dan menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang akan
memeranjatkannya.
Semut tersebut kemudian berkata: “Biar saya memberitahu awak tentang keadaan dalaman sarang
kami, yang kamu beria-ia untuk mengetahuinya. Gerombolan-gerombolan kami mempunyai seekor ratu
semut, semut-semut jantan, askar-askar dan semut-semut pekerja.
Ratu dan semut-semut jantan mengekalkan spesies kami. Ratu lebih besar daripada kami semua.
Tugas semut-semut jantan ialah untuk membolehkan ratu melahirkan semut-semut baru. Askar-askar
bertanggung jawab memelihara gerombolan kami, memburu dan mencari tempat baru untuk sarang.
Kumpulan terakhir mengandungi semut-semut pekerja. Semut-semut pekerja semuanya terdiri daripada
semut-semut betina yang mandul. Iaitu, mereka tidak boleh melahirkan anak. Mereka menjaga ratu dan
anak-anaknya, dan membersihkan dan memberi makan kepada mereka. Lebih daripada itu, mereka
terpaksa melakukan semua kerja-kerja lain di dalam gerombolan. Mereka membina koridor lubang baru
di dalam sarang, mencari makanan dan membersihkan sarang. Semut-semut pekerja dan askar juga
terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan mereka. Sebahagian mereka adalah penternak,
juru bina, dan pencari makanan. Setiap kumpulan mempunyai tugas-tugas yang berbeza. Ketika satu
kumpulan berlawan dengan musuh-musuh atau berburu, kumpulan lain pula membina sarang, dan yang
lain pula mengambil berat tentang kebersihan dan membaiki sarang”.
Apabila sahabat kecil Omar telah menjelaskan semuanya, dia mendengarnya dengan penuh tanda
tanya, dan kemudian menyoalnya: “Tidak pernahkah kamu merasa bosan, menanti di pintu masuk
sarang setiap masa? Apakah tugas kamu di dalam sarang?
Si semut menjelaskan: “Saya juga seorang pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai
penjaga pintu. Seperti yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk
sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas saya dengan bangga. Saya
tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada
ancaman”.
Omar tidak dapat menahan kekagumannya terhadap jawapannya. Semut-semut bekerja sepanjang
masa untuk menolong yang lain, tanpa memikirkan diri mereka sendiri dan tanpa sebarang masalah –
sesuatu yang sering tidak dapat dilakukan oleh manusia.
Daripada apa yang telah diberitahu oleh sahabat kecilnya, dia dapat memahami dengan mudah
bahawa kerja-kerja di dalam sarang telah dibahagikan dengan sempurna di antara semut-semut ini. Jelas
di sini bahawa kehidupan semut-semut telah diatur dengan baik dan semua semut-semut ini tidak
mementingkan diri. Kemudian dia tertanya-tanya sama ada mereka pernah bergaduh di kalangan mereka
kerana sebahagian mereka mendakwa mereka lebih baik atau lebih kuat daripada yang lain. Sahabat
beliau berkata bahawa perkara seperti itu tidak pernah berlaku dan menambah:
“Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau
angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami
melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah
berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih
dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan
makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut “pemberi
makan”, dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka.
Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut
pekerja.
Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula
jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu
bekerjasama untuk berjaya.”
Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya dan gerombolannya
adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui bahawa Allah telah menjadikannya begitu
tidak mementingkan diri sendiri, membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang
diberitahunya kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu
memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang baik yang Allah sukai.
Dia telah terlewat dan perlu pergi segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia
terpaksa pergi, tetapi dia akan datang bertemu dengannya esok.
Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat kecilnya. Selepas
beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa dia tidak sabar menanti sepanjang malam
untuk bertemu dengannya lagi. Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan
kepadanya keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat tinggalnya:
“Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil, sarang kami amat besar, tidak ubah seperti ibu
pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya.
Kerana, seperti yang telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.
Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu, malah berjuta-juta
semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam keadaan yang paling mudah.
Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika kami mendirikan
bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai paras-paras bawah tanah yang hanya
mengehadkan sejumlah cahaya matahari masuk. Tetapi terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya
matahari diperlukan. Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari
pada sudut paling luas. Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian yang perlu berada dalam
keadaan berhubungan di antara satu sama lain. Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain,
supaya semut-semut dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah. Ruang simpanan kami, di mana
bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian yang terpisah di satu bahagian
bangunan. Bilik-bilik kecil di mana kami menyimpan makanan kami ditempatkan di tempat-tempat yang
mudah dicapai. Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan di mana kami
berkumpul pada waktu-waktu tertentu”.
Apabila Omar mendengar semua ini, dia bertanya kepada sahabat kecilnya: “Apakah kamu benar-
benar melakukan semua ini? Saya tidak tahu semut-semut dapat bekerja seperti jurutera-jurutera dan
arkitek-arkitek yang mahir. Jika manusia hendak mendirikan bangunan-bangunan yang sempurna,
mereka perlu meluangkan banyak tahun di sekolah dan bekerja keras. Adakah kamu juga mendapat
latihan yang sama?” Sebagai balasan, si semut tersebut memberitahunya lebih banyak perkara-
perkara menarik tentang sahabat-sahabatnya:
“Tidak, Omar. Kami semua mempunyai kemahiran ini di dalam diri kami. Ia tidak pernah
diajarkan kepada kami, tetapi kami mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan, dan bila. Bukan
setakat itu sahaja. Apa yang akan saya beritahu kamu selepas ini akan lebih memeranjatkan kamu.
Seperti yang telah saya beritahu kamu sebelum ini, bangunan kami sangat besar jika dibandingkan
dengan saiz kami. Bagaimanapun, kepanasan di setiap tempat adalah sama rata. Di dalam sarang kami,
terdapat satu sistem pemanasan yang sangat maju. Dengan cara ini, suhu akan kekal sepanjang hari.
Untuk menjamin perkara ini, kami menutup permukaan luar bangunan kami dengan bahan-bahan yang
tidak membenarkan kepanasan masuk. Dengan cara ini, kami juga menghalang udara sejuk masuk
ketika musim sejuk dan menahan udara panas pada musim panas. Dengan cara inilah kami mengekalkan
suhu pada satu paras”.
Sudah tentu jika Omar tidak bertemu dengan sahabat kecilnya ini, dia sukar untuk percaya
bahawa semut dapat melakukan semua ini. Dia berkata kepada si semut: “Sebelum kamu memberitahu
saya perkara ini, jika seseorang datang dan memberitahu tentang perincian tentang sarang kamu dan
bertanya siapakah yang dapat membina sarang seperti itu, sudah tentu saya memberikan jawapan yang
berbeza. Saya mungkin akan mengatakan bahawa sebuah sarang seperti itu hanya dapat dibina dengan
peralatan yang baik dan kerja keras oleh orang-orang yang mahir. Jika ada orang menyatakan bahawa
sarang ini tidak dibina oleh orang yang berpelajaran tetapi oleh semut-semut, sebenarnya, saya tidak
mungkin akan mempercayainya”.
Ketika sahabat kecilnya, si semut bercakap dengannya, banyak anggapan melintasi mindanya. Dia
beranggapan bahawa mereka lebih mahir daripada manusia, dan mula melihat haiwan-haiwan dengan
pandangan yang berbeza. Dia faham semut-semut itu telah dijadikan Allah, dan ilham Allah kepada
mereka setiap masa yang menjadikan mereka berkelakuan seperti ini. Jika tidak, mereka tidak akan
dapat melakukan perkara-perkara ini dengan berjaya.
Ketika semua perkara ini terlintas di fikirannya, sahabat kecilnya masih terus bercakap. Apabila
dia telah selesai, Omar menjadi lebih tertarik, dan mahu bertanyanya tentang semua yang terlintas di
fikirannya. Dia bertanyakan soalan pertama yang difikirkannya segera. Dia telah diberitahu sebelum ini
bahawa semut-semut ini berkelakuan seperti peladang, jadi dia bertanya bagaimana mereka dapat
melakukannya. Bagaimana seekor semut yang begitu kecil, berladang di atas tanah tanpa sebarang
peralatan, sesuatu yang manusia pun sukar untuk melakukannya?
Si semut berkata: “Biar saya beritahu awak satu perkara tentang kami. Dengan cara itu, ia akan
memudahkan untuk menjawab soalan kamu. Walaupun kami kelihatan sama semuanya, kami
sebenarnya terbahagi kepada banyak kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut cara kami hidup dan
rupa kami. Terdapat 8,800 jenis semut yang berbeza. Setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
Semut peladang adalah salah satu daripadanya. Sekarang, saya akan memberitahu kami tentang semut
yang terlibat di dalam perladangan. Mereka digelar “attas”, iaitu, semut pemotong daun.
Sifat-sifat terkenal attas ialah kebiasaan mereka membawa di atas kepala mereka pecahan-
pecahan daun yang telah dipotong. Untuk tujuan itu, mulanya mereka melicinkan jalan mereka, supaya
mereka dapat melaluinya dengan mudah. Jalan di mana mereka berjalan ke sarang mereka ketika
membawa pecahan-pecahan dedaun kelihatan seperti sebuah lebuh raya kecil. Semut-semut berjalan
perlahan-lahan sepanjang jalan ini,mereka mengutip semua ranting-ranting, batu-batu kerikil kecil,
rumput dan tumbuhan liar di atas tanah, dan membuangnya. Jadi mereka membersihkan sebuah jalan
untuk diri mereka sendiri.
Selepas melakukan kerja yang banyak dan lama, lebuh raya mereka menjadi lurus dan licin
seperti telah diratakan oleh alat khas. Attas berjalan di atas laluan ini, berlindung di bawah pecahan-
pecahan daun yang besar, yang mereka bawa di dalam rahang-rahang mereka yang dikepit kejap.
Omar: Kamu katakan mereka bersembunyi di bawah daun-daun? Mengapa attas merasa perlu
untuk bersembunyi di bawah daun-daun?
Si Semut: Kadang kala, semut attas perlu berhati-hati, Omar. Contohnya, pekerja attas yang
bersaiz sedang meluangkan hampir sepanjang hari berada jauh daripada sarang, membawa dedaun.
Adalah sukar untuk mereka melindungi diri mereka ketika melakukannya, kerana mereka membawa
dedaun di rahang mereka, yang selalunya mereka gunakan untuk mempertahankan diri.
Omar: Jadi, jika mereka tidak dapat mempertahankan diri, siapa yang melakukannya untuknya?
Si Semut: Semut-semut pekerja pemotong daun sentiasa ditemani oleh pekerja-pekerja yang
lebih kecil. Pekerja-pekerja ini memanjat naik ke atas daun yang dibawa oleh attas dan terus memerhati.
Jika berlaku serangan musuh, mereka akan melindungi sahabat-sahabat mereka, walaupun mereka
bersaiz kecil.
Omar: Itu adalah satu lagi contoh pengorbanan. Tetapi saya ingin mengetahui satu lagi perkara.
Untuk apa attas-attas ini menggunakan dedaun ini? Mengapa attas-attas ini membawa dedaun ini
sepanjang hari?
Si Semut: Mereka memerlukannya untuk perladangan mereka. Attas menggunakan dedaun ini
untuk menanam kulat. Semut-semut tidak d a p a t memakan dedaun ini sendiri. Oleh itu
semut-semut pekerja membuat satu longgokan pecahan-pecahan dedaun selepas mengunyahnya, dan
kemudian menempatkannya di dalam bilik-bilik bawah tanah di dalam sarang mereka. Di dalam bilik-
bilik ini, mereka menanam kulat di atas daun-daun dan mereka memperoleh makanan mereka daripada
pucuk-pucuk kulat yang tumbuh.
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan
menakjubkan seperti ini sendiri?
Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu.
Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi
saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada
mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.
Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir.
Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini
dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua
hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat
kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.
Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta
kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.
Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika
berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya.
Sementara itu, dia terus berfikir.
Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi
kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah
makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada
manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta
semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka
lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.
Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan
Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya,
tetapi Allah.
Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya
sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga
memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan,
bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan
melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana
semut-semut ini “bercakap” di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara
kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan
membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan
jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan
yang sangat besar di antara satu sama lain?
Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah
petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia.
Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:
Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan
segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting
di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.
Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya
seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan
berkata: “Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara
kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang
mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud
secara kebetulan”.
Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa
bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di
dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti
Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak
akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.
Mungkin kamu belum pernah mendengar tentang kemahiran dan kebijaksanaan semut.
Sebahagian daripada kamu mungkin beranggapan bahawa semut hanyalah serangga ringkas
yang melata di merata tempat tanpa melakukan apa-apa. Tetapi sesiapa yang beranggapan
demikian sebenarnya telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan-hidupan lain, mempunyai
kehidupan mereka sendiri, dan mempunyai berbagai ciri-ciri menakjubkan. Omar, hero buku ini,
berpeluang untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang kehidupan ini daripada seorang
kawan. Dia terpesona dengan apa yang telah dipelajarinya daripadanya. Jadi apakah yang
menyebabkan Omar begitu gembira? Mengapa dia merasa kagum dengan dunia semut?
Lebih daripada itu, siapakah “sahabat kecil” yang memberikan Omar semua maklumat-
maklumat ini? Jadi sudah tentu kamu tertanya-tanya apakah kisahnya. Bacalah buku ini, dan
cari jawapannya...