Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Kuliah 5 Minit

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Friday, 11 May 2012

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (1) - Tanyalah Ustaz 11.05.2012


Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah Taha, ayat 131-132, maksudnya: [131]Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. [132]Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Kenapa tajuk solat yang dipilih? Kerana solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di sisi Allah Ta'ala. Daripada maksud ayat yang dibacakan tadi, Allah mengingatkan supaya kita tidak terpedaya dengan orang yang hidup dalam kemewahan tanpa mengikut hukum Allah. Jangan kerana fulus, semuanya lulus. Janganlah hati kita terpaut dengan dunia, sebalinya kembalilah kepada jalan Allah dengan mendirikan solat. Itulah cantiknya Islam, hubungan kita dengan Allah terjalin sepanjang masa. Namun antara Subuh dan Zuhur, selang waktunya agak panjang, jadi amat digalakkan untuk kita melakukan solat Dhuha. Begitu juga antara waktu Isyak dan Subuh, amatlah digalakkan kita menambah dengan solat tahajjud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Untuk dijadikan rujukan, dapatkan buku 'Formula Solat Sempurna', tulisan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman. Penerangannya jelas dan penuh illustrasi. Buku ini kecil tetapi lengkap. Sebagai ulangkaji ringkas, kita lihat semula: Syarat sah solat adalah seperti berikut: 1. Suci daripada hadath kecil dan besar. 2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan. 3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya. 4. Menutup aurat. 5. Menghadap ke arah qiblat (Kabah). Rukun solat pula secara sepintas lalu adalah seperti berikut: 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah hinggalah Waladhaallin.RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. 5. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk. 6. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. 7. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. 8. DUDUK TAHIYYAT AKHIR. 9. MEMBACA TAHIYYAT AKHIR. 10. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. 11. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. 12. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Solat tetap wajib dilaksanakan walaupun kita sakit, walaupun dah tak boleh berdiri. Tak kira yang tua atau yang muda (yang telah akil baligh), semuanya wajib solat. Jangan bagi alasan kesian anak masih muda lagi untuk tidak solat.

Nabi SAW bersabda, "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". Solat antara umat Islam tiada beza yang besar dan ini menjadi lambang keindahan Islam. Cuba bandingkan dengan agama Nasrani, ada berbagai cara mereka sembahyang ada yang menyanyi, ada yang berdiri, ada yang duduk dan sebagianya. Tetapi dalam Islam, hatta seorang anak kecil pun mampu menegur jika dilihat orang yang lebih dewasa melakukan kesilapan dalam ibadah. Itulah yang dapat kita pelajari daripada kisah cucu Nabi SAW, Hassan dan Hussin yang menegur seorang tua yang tidak sempurna wudhuknya dengan cara yang berhikmah. Dilampirkan beberapa illustrasi pergerakan dalam solat. Untuk maklumat lengkap, boleh rujuk sumber asal: Makna Bacaan Dalam Solat

Esok, InsyaAllah akan ditunjukkan cara sepatutnya tangan diletakkan sama ada perlu direnggangkan atau dirapatkan jari. Untuk takbir, jika diperhatikan, ada berbagai cara yang kita lakukan. Esok saya akan tunjuk 'slide' yang lebih jelas. Jangan bergaduh jika ada perbezaan dalam pergerakan solat kita, kerana setiap mazhab ada rujukan dan tafsiran mereka yang tersendiri. Untuk jarak antara kaki ketika berdiri, mengikut mazhab Syafie adalah lebih kurang sejengkal. Semoga solat yang kita lakukan diterima Allah Ta'ala. Jika sebaliknya, maka akan berleluasalah maksiat dan kemungkaran dalam masyarakat. Terdapat satu kisah yang berlaku semasa pemerintahan Saidina Umar yang boleh kita jadikan pengajaran. Pada satu malam Sayyidina Umar bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir bandar Madinah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog: Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya, "Campurlah susu ini dengan air!", katanya. Serta merta si anak membantah seraya bertanya: "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui khalifah Umar bin Khattab? "Umar tidak akan tahu", jawab ibunya spontan. Tetapi gadis itu pun menjawab, "Walau pun Umar tidak mengetahuinya, apakah beerti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?. Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata anaknya. Lalu bergegaslah Umar menanda rumah tersebut. Keesokan harinya ia segera memanggil anakanaknya dan bertanya siapa yang ingin bernikah. Lalu Ashim dipilih dan dinikahkan dengan gadis tersebut. Daripada pasangan inilah lahirnya Umar bin Abdul Aziz. Senarai soalan & jawapan: S: Saya agak tinggi, ketika rukuk, kaki saya sukar untuk lurus, jadi sahkan solat saya? J: Sah. Allah beri kelonggaran apabila kita tidak mampu, dan Allah tak jadikan agama ini untuk menyusahkan kita. Yang penting, kita perlu bertanya jika ada kegusaran, dan teruskan menuntut ilmu. S: Apabila solat, semasa membaca Al-Fatihah, saya akan menjadi sangat sebak dan menangis. Apa hukum solat sebegini? J: Solat dalam keadaan menangis ada dua hukum - Jika menangis itu dibuat-buat, boleh jadi batal solat. Tetapi jika betul-betul hatinya tersentuh, itu maksudnya hatinya kusyuk, maka tahniah dan tidak menjadi kesalahan. Jika seseorang itu berdoa di tengah malam, sehingga menangis, itu tandanya Allah menerima doa dan taubatnya. Mata yang menangis kerana takutkan Allah akan terselamat daripada api neraka. S: Mohon penjelasan berkaitan duduk tahiyyat akhir. Saya berbadan besar dan sukar untuk duduk tahiyyat akhir, jadi saya duduk tahiyyat awal. J: Harus, duduk tawarruk itu sunat sahaja. S: Orang yang bergerak-gerak dalam solat , apakah hukumnya? J: Nabi SAW bersabda, "Jika hatinya kusyuk, tentulah anggota badannya tidak liar". Mengikut hukum mazhab Syafie, jika anggota besar seperti kaki, tangan bergerak lebih daripada 3 kali, boleh membatalkan solat. Tetapi jika anggota kecil, seperti jari, dibolehkan. Jika hati kusyuk ketika solat,

badan takkan terasa gatal atau sebagainya. Pernah diceritkan kisah seorang sahabat yang mengawal ketika berlaku peperangan, beliau solat sehinggakan tidak sedar ada harimau datang kepadanya. S: Semenjak mencabut gigi hadapan, saya menjadi semakin sukar untuk membaca Al-Quran dengan sempurna, sehingga saya segan untuk menjadi imam. Mohon pandangan ustaz. J: Solat tetap sah. Kaau sudah begitu, eloklah beri laluan kepada orang lain yang lebih bagus bacaannya untuk menjadi imam agar tidak menjadi fitnah kepada diri sendiri. S: Bolehkan bacaan solat dibaca dalam hati sahaja? J: Tak boleh dan solat jadi tak sah. Surah Fatihah wajib dibaca agar telinga kita dapat mendengar, tapi tak perlu kuat-kuat. S: Kita belajar solat ketika kecil (7tahun), dan tidak pernah menambah ilmu solat tersebut setelah meningkat dewasa. Apa pandangan ustaz? J: Betullah, itu berlaku dalam masyarakat kita. Perhatikan jika sesebuah bangunan yang hebat sekalipun perlukan baik-pulih, apatah lagi kita sebagai manusia. Setiap hari kita berdepan dengan berbagai gangguan, maka amat penting untuk kita buat rujukan balik dan menambah ilmu untuk memperbaiki kualiti solat. Rujuklah kitab yang baik seperti 'Minyatull musolli'. Carilah ilmu tentang solat, kerana solat masih diambil secara sambil lewa oleh majoriti masyarakat hari ini. Solat yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah (manjauhi fasyak dan mungkat) menunjukkan kemungkinan solat itu tidak diterima. Jadi amat perlu untuk belajar balik.

Saturday, 12 May 2012

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (2) Tanyalah Ustaz 12.05.2012


Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 143, yang bermaksud: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Semasa di Mekah, setelah solat difardhukan, kiblat diarahkan ka arah Baitul Maqdis dan itu menjadikan Kaabah berada di tengah-tengah dan dihujungnya ialah Baitul Maqdis. Namun, setelah berpindah ke Madinah, Nabi SAW tidak lagi dapat menjadikan Baitullah berada ditengah-tengah antara Baitul Maqdis dan sekaligus terhalang daripada menghadap kedua-dua Baitullah dan Baitul Maqdis serentak. Nabi SAW berasa sedih kerana baginda sangat cintakan Kaabah yang dibina oleh datuknya Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Setelah 14 atau 17 bulan, Allah turunkan ayat memerintahkan agar kiblat ditukar ke arah Baitullah. Peralihan berlaku ketika Nabi dan sahabat solat berjemaah di Masjid Qiblatain. Peralihan berlaku sehingga hampir 190 darjah, sehinggakan jemaah lelaki dan perempuan terpaksa bertukar tempat. Masjid ini merupakan salah satu tempat yang biasanya diziarahi dalam pakej Umrah. Tiada kelebihan tertentu melawati masjid ini, tetapi jika melawat Masjid Quba', ada hadis mengatakan jika pergi dalam keadaan berwuduk daripada rumah dan kemudian solat 2 rakaat di situ akan mendapat pahala seumpama mengerjakan umrah. Sebagai rujukan sebelum melakukan umrah atau haji, bolehlah rujuk dua buah buku yang sangat penting 'Mekah Sejarah dan Kelebihan' dan 'Madinah Sejarah dan Kelebihan'. Buku-buku ini dipenuhi fakta menarik dan illustasi hasil tulisan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, seorang ustaz yang tidak asing lagi di negara kita. Oleh kerana berlaku pertukaran kiblat ini, sahabat tertanya-tanya bagaimana keadaan orang-orang sebelum ini yang telahpun meninggal dunia dan solat ke arah Baitul Maqdis. Kisah yang sama berlaku juga kepada seorang sahabat yang menelefon semalam. Katanya sebuah masjid di KL telah tersilap arah kiblat, jadi bagaimana solat orang-orang disitu sebelum ini? Kadang-kadang perkara begini boleh berlaku dan kiblat agak lari daripada arah sebenar. Daripada surah Al-Baqarah, ayat 145, maksudnya: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui. Oleh itu janganlah risau kerana Allah takkan mensia-siakan iman seseorang. Jadi tak perlulah kita saling berbalah. Lebih baik pihak masjid mohon bantuan jabatan agama dan mufti untuk menetapkan memberi arah kiblat yang tepat. Tak perlu robohkan masjid, cukuplah sekadar menutup mihrab yang lama dan alihkan arah karpet jika boleh, atau buat garisan baru dan buat tempat imam yang baru. Antara perkara yang makruh yang dilakukan ketika qiyyam adalah meletak tangan di pinggang. Perlakuan ini seolah-olah bercekak pinggang dan sombong kepada Allah. Meletakkan tangan antara pusat dan dada bertujuan mendatangkan kusyuk dalam solat. Begitu jugalah kedudukan tangan kita ketika kita meninggal. Siwak atau bersugi merupakan sesuatu yang Rasul SAW amat sukai, sehinggalah ketika hampir wafat sekalipun, baginda masih lagi pegang kayu siwak. Ada banyak kelebihan bersugi, antaranya mencerahkan mata, memudahkan menghafal Al-Quran dan menghilangkan kahak berlebihan. Nabi SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud, Kalaulah tidak kerana memberatkan umatku, nescaya aku akan wajibkan mereka bersiwak. Mereka yang pergi ke tanah suci, elok sekiranya bawa pulang kayu sugi dan perkenalkan kepada anak-anak kecil. //Ustaz menunjukkan illustrasi pergerakan solat yang dipetik daripada buku 'Eksikopedia Solat'. Buku ini telah mendapat anugerah 'Buku Terbaik 2012'. Oleh itu, jadikanlah ianya sebagai hantaran perkahwinan atau hadiah kepada anak-anak supaya dapat menjadi rujukan berguna sekeluarga. Ulangkaji ilmu solat kita dari semas ke semasa. Jangan pandang ringan ibadah solat kerana ianya merupakan ibadah pertama yang akan Allah tanya. Dalam buku ini dikumpulkan tentang fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik ibadah solat. Soalan & Jawapan: S: Adakah bersin atau batuk banyak kali boleh membatalkan solat? J: Tak batal jika tidak sengaja. Tetapi jika sengaja berdehem-dehem, itu boleh membatalkan solat. S: Jika menjadi imam dan kita sakit perut, perlukah memberhentikan solat? J: Perkara makruh yang dilakukan ketika solat adalah menahan buang air besar atau kecil. Oleh itu, walaupun jadi imam, lebih baik keluar dan katakan pada jemaah 'Sempurnakanlah solat kamu'.Solat

yang tidak kusyuk tiada nilai di sisi Allah. Seeloknya orang di belakang imam menggantikan tempat imam untuk meneruskan solat. S: Batalkah solat seseorang yang mengangguk terlalu banyak kali ketika membaca Fatihah? J: Pergerakan kepala tidak membatalkan solat kerana yang dimaksudkan berdiri tegak ialah tubuh badan kita. Tetapi jika mendongak ke langit, itu makruh hukumnya. Kita perlu tunduk dan lihat tempat sujud. Nabi SAW ada bersabda bahawa ketika solat perhatikan 2 benda hitam iaitu kala jengking dan ular. Oleh sebab dikatakan membuka mata ketika solat merupakan sunnah. Ramai imam mengatakan jika menutup mata hukumnya makruh, tetapi Imam Nawawi berkata sekiranya menutup mata boleh mendatangkan kusyuk, ianya tidak menjadi makruh. Begitu juga jika bangun solat tahajjud, sekiranya merasa lebih kusyuk dengan menutup lampu, tidaklah menjadi kesalahan solat sebegitu. S: Adakah wujud pergerakan solat antara lelaki dan perempuan? J: Benar, ada perbezaan dalam beberapa perkara seperti duduknya, sujudnya dan sebagainya. Di dalam buku 'Formula Solat Sempurna' ada ditunjukkan perbezaan ini. Perbezaan wujud kerana lelaki dan perempuan berbeza. S: Jika seorang surirumah sedang solat, dan kemudian anak kecilnya datang duduk diribanya, adakah batal solatnya kerana ada kemungkinan ada najis dalam lampin anak itu. J: Jika najis tidak keluar, tidak mengapa dan boleh ditolak anak ini perlahan-lahan untuk meneruskan solat. Tetapi jika najis itu terkeluar, perlu dibersihkan dahuu dan diulang solat. S: Bolehkah kita membaca doa-doa lain selepas bacaan dalam sujud? J: Dalam satu hadis sahih, Nabi bersabda, Sedekat-dekat kamu dengan Tuhanmu adalah ketika kamu sedang sujud. Jadi perbanyakkanlah doa ketika itu. Kita boleh doa apa-apa saja. Jika boleh berdoa dalam bahasa Arab, boleh dilafazakan, tetapi jika tidak boleh, berdoa dalam hati menggunakan Bahasa Melayu. Doa boleh dilakukan pada setiap kali sujud. Ketika sujud kita meletakkan diri sebagai seorang yang hina di sisi Allah. S: Mohon pandangan ustaz tentang satu saranan melakukan doa tahiyyat akhir seperti berikut: "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya: "Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal" J: Memang ada hadis Nabi SAW berkenaan doa ini. Doa ini memohon perlindungan daripada empat musibah azab api neraka, seksa kubur, fitnah kehidupan dan selepas kematian dan fitnah dajjal. Nabi SAW juga menekankan yang doa pada waktu itu amat mustajab. Sheikh Muhammad Ali Jumaah mengatakan bahawa Mazhab Hambali mengutamakan berdoa sebelum memberi salam dan selepas memberi salam. Doa selepas solat juga merupakan antara waktu mustajab doa. Ada satu doa yang menjadi amalan Sayidina Abu Bakar dan Nabi SAW mengiktiraf doa ini. Doa ini ada saya kumpulkan dalam buku tulisan saya bertajuk '101 Doa Daripada Hadih Sahih'. Sila dapatkan di kedai buku terdekat. S: Persoalan berkaitan dengan Qiyyam selepas takbir. J: Rukun yang penting dalam solat ialah wuduk dan takbir. Takbir perlu dilakukan dalam keadaan berdiri tegak. Ada orang yang kerana ingin mengejar imam dan takbir sambil bergerak sebelum memasuki saf. Ini salah kerana perlu takbir dengan berdiri tegak di tempat solat. S: Bagaimana mendapatkan kusyuk dalam solat? J: Perlu ulang kaji semula cara solat kita.Kusyuk bersifat rohaniah dan ianya merupakan sesuatu yang kita tidak nampak. Ada satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa di akhir zaman nanti, di dalam sesuatu jemaah, ada kemungkinan tiada seorang pun yang kusyuk. S: Mohon penjelasan ustaz mengenai 'mencuri' dalam sembahnyang? J: Ada satu hadis menyebut bahawa seburuk-buruk kecurian adalah mencuri dalam sembahyang, iaitu apabila pergerakan solat seseorang tidak dilakukan dengan sempurna. Seumpama kita bina bangunan, jika simen tak cukup, besi tak cukup maka akan runtuhlah bangunan itu. Begitu juga dengan solat yang dilakukan dalam keadaan tergopoh-gapah, solat itu tidak berkualiti. Rukun penting

yang kita perlu pelajar ialah Takmaninah iaitu berehat sebentar dengan kadar membaca paling pendek Subhanallah. Jika takmaninah lebih pendek daripada itu, solat tidak sah. S: Ketika tahiyyat akhir, ramai orang yang ibu jari kakinya tak tegak (terpacak) termasuklah imam. Apakah hukumnya? J: Memacakkan kaki ini berlaku ketika sujud dan duduk tawarruk ketika tahiyyat akhir. Ketika tahiyyat akhir, duduk tawarruk itu sunat sahaja. Cuma ketika sujud, perlu dijaga tujuh anggota agar menyentuh bumi. Sila rujuk buku buku 'Formula Solat Sempurna', tulisan Dr. Zaharudin Abdul Rahmanm yang juga ada versi Bahasa Inggeris di bawah tajuk 'Comprehensive Prayer Formula'. S: Adakah nas yang menyebut tentang solat hormat waktu dan kemudian kita qada'. J: Akan dijawab esok, InsyaAllah.

Sunday, 13 May 2012

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (3) Tanyalah Ustaz 13.05.2012


Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah An-Nisa', ayat 102 yang bermaksud: Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjagajaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina. Sebagai rujukan tafsir yang baik, dapatkanlah Tafsir Ibu Katsir. Tafsir ini banyak menghuraikan ayat Al-Quran menggunakan hadis dan dalil yang sahih. Ayat yang dibacakan tadi menunjukkan bahawa solat tetapi wajib walaupun ketika berperang dan berada dalam ketakutan. Keringanan solat yang ada hanyalah dalam bentuk Qasar dan Jamak. Selain daripada ketika musafir, boleh juga dilakukan solat Jamak jika suhu sejuk yang melampau atau hujan yang lebat.

Solat sangat penting dan menjadi pembeza antara orang Islam dan orang kafir. Tidak ada tempat dalam Islam bagi mereka yang tidak solat. Solat merupakan penhubung antara kita dengan Allah, jadi jika ditinggalkan, akan terputuslah hubungan dengan Allah.

Ustaz menunjukkan 'slide' cara solat khauf, cara duduk, cara berbaring, cara mengiring, yang dipetik daripada buku 'Ensiklopedia Solat' dan buku 'Indahnya Hidup Bersyariat', hasil tulisan Ustaz Ismail Kamus. Mari kita jadikan membaca sebagai tabiat. Cuba kita jadikan amalan untuk tidak tidur selagi belum belajar sesuatu yang baru pada hari tersebut. Kepentingan melakukan solat ada banyak, seperti yang ditulis dalam buku 'Keindahan Islam', tulisan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, antaranya: menyucikan hati menghubungkan hamba dengan Allah merehatkan minda menenangkan hati sebagai tanda kesyukuran menerangkan hati menghapuskan dosa dan meninggikan darjat dan sebagainya

Soalan & Jawapan: S: Bagaimana untuk solat dalam keretapi kerana tidak dapat mengetahui kiblat? J: Pilihan pertama, jika masih musafir setelah sampai, boleh buat Jamak Takkhir. Jika setelah sampai bukan lagi seorang musafir, boleh solat dalam keretapi dan menghadap kiblat ketika takbir sahaja. Selepas itu boleh mengubah arah badan. S: Perlukah orang tua yang uzur dan solat duduk atas kerusi berdiri ketika takbir pada rakaat yang pertama? J: Sedaya upaya, cuba berdiri pada takbir rakaat pertama. Tetapi jika betul-betul tak mampu, boleh solat duduk. Allah tidak menjadikan Islam untuk menyusahkan kita. S: Benarkah tiap-tiap pergerakan solat ada takbir intikali (sebutan 'Allahuakbar')? J: Seeloknya, bacaan 'Allahuakbar' itu dilakukan seiring dengan pergerakan kita agar kita tidak sunyi daripada berzikir kepada Allah. S: Sahkan solat jika mendahului imam semasa memberi salam kerana menyangka imam telah beri salam? J: Ada satu hadis mengatakan bahawa orang yang mendahului imam secara sengaja akan ditukar mukanya menjadi khinzir atau kera. Semasa berjemaah, ada orang yang mendahului imam, menyaingi imam, berlumba-lumba atau tertinggal jauh daripada imam. Cara yang betul adalah membiarkan imam mendahului dan kemudian makmum mengikut (jarak tidak lebih daripada 3 rukun). Tetapi jika tak sengaja mendahului, tidak mengapa dan solat sah. S: Saya ada membaca buku berkaitan '400 Kesalahan Dalam Solat'. Ada ditulis bahawa Allah takkan memandang golongan yang melabuhkan kain melebihi buku lali. Mohon penjelasan ustaz. J: Memakai kain yang melabuhi buku lali boleh menimbulkan perasaan sombong. Khalifah Umar, ketika hampir wafat, tetap menegur seorang anak muda yang datang kepadanya dengan memakai jubah yang labuh melebihi buku lali. Begitu juga jika memakai seluar, lipatlah agar tidak melebihi paras buku lali. Ini juga penting untuk menjaga kebersihan. S: Bolehkan mengikut mazhab-mazhab yang berbeza? J: Jika fatwa yang dikeluarkan oleh mufti yang berbeza, ada kalanya kita masih ada pilihan untuk mengikut atau tidak. Tetapi jika kita memilih untuk mengikut setengah-setengah mazhab kerana nafsu dan keseronokan, itu tidak dibenarkan. Contohnya ada mazhab yang membenarkan kahwin tanpa saksi. S: Saya perhatikan ada juga wanita yang solat tanpa menutup kaki. Adakah perbezaan batasan aurat wanita dalam mazhab lain? J: Tidak, kaki wanita termasuk aurat dan wajib ditutup di dalam dan di luar solat.

S: Apakah hukum memandang kaabah ketika solat di Masjidil Haram? J: Harus dan amat digalakkan kerana rahmat Allah turun sebanyak 120 kepada Kaabah 60 kepada orang tawaf, 40 kepada orang yang tawaf dan 20 kepada orang yang melihat Kaabah. S: Apakah hukum meletakkan kain di tempat sujud. Bagaimana pula dengan mereka yang meletak benda kecil seperti batu, ketulan tanah di atas tempat sujud? J: Boleh guna kain sebagai sutrah. Tetapi jika menggunakan batu, tanah atau daun, itu boleh menyerupai amalan Syiah dan perlu dijauhi. Jangan ikut perbuatan orang tanpa mengetahui hukumhakamnya.

Anda mungkin juga menyukai