Biskut Koko Krunch
Biskut Koko Krunch
Biskut Koko Krunch
Bahan-bahan ( 70 - 80 keping )
150 g mentega
2 biji kuning telur - kecil
1 biji putih telur
175 g gula icing - diayak
250 g tepung gandum - diayak
3 sb serbuk koko - diayak
secukup koko krunch - utk hiasan
Cara-cara
1. Mentega,gula dan telur digaul hingga rata.Masukkan tepung dan koko dan gaul lagi hingga
sebati.Tutup doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min.
2. Keluarkan doh dari peti sejuk dan bulat2kan sebesar guli,bubuh di dalam mangkuk kertas
kecil2 dan hias dengan koko krunch.Pastikan koko krunch dicucuk ke dalam geguli doh.
3. Bakar pada suhu 160C selama 20 min.Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap
udara.
BISKUT OAT
Bahan-bahan ( 50-60biji )
200gm oat (kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum
200gm minyak sapi (di cairkan)
secubit garam
kuning telur (disapu di atas biskut)
kepingan oat sebagai hiasan(optional)
Cara-cara
1. Gaul sebati semua bahan kering
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh...awas, tidak
perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai
3. terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka...
4. bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak
BISKUT SARANG SEMUT
Bahan-bahan
250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Chocolate rice/manik untuk hiasan
>hasue tambahkan pewarna kuning
Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180C sampai masak
(anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
CHOCOLATE CRISPIES
Bahan-bahan ( 1 balang )
450 g choc. masakan
2 sb golden syrup/madu
100 g mentega/majerin
150 g cornflakes
HIASAN PILIHAN :-
100 thousands,coloured balls atau badam cincang yg dipanggang sebentar
Cara-cara
1. Choc.,golden syrup/madu dan mentega dimasak di atas api perlahan sambil dikacau hingga
cair.Matikan api dan masukkan cornflakes dan gaul perlahan2 dan sebati hingga tersalut dgn
choc.
2. Ambil sesudu adunan dan bubuh di dalam papercup kecil dan tabur dgn hiasan pilihan.Buat
hingga habis dan simpan di dalam peti ais sebentar untuk mmbekukan choc. tadi.Keluarkan
dr peti ais dan simpan di dalam bekas kedap udara.
3. ***Boleh juga ditambah dengan kekacang panggang yg dihiris atau dicincang kasar dan
campur ke dalam choc cair bersama cornflakes....
Bahan-bahan :
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa
coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum
Cara-cara :
1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan.
Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula
hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk,
balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20
minit).
3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun
di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap
bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap
kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak
yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna
perang).
SNOW ALMOND
Bahan A
110g mentega (I used 100g)
1/2sb shortening (for making biscuits more crispy)
50g gula kastor
1/2sk esen kopi (I used coffee emulco)
1/2 biji telur kuning Grade A (or 1 Grade C egg yolk)
Bahan B
110g tepung gandum (I added another 15g before the dough didn't stick to my hands
anymore)
25g nestum, kisar halus
1sb coffeemare (I used susu tepung Nespray)
35g tepung ubi kayu @ tapioca flour (I used tepung kanji)
30g serbuk badam
Hiasan
serbuk roti putih/breadcrumbs (I used homemade and baked it in the oven@sangai for extra
crispiness)
serbuk badam/almond cincang (opt)
coklat masakan
Cara:
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening hingga sebati Masukkan esen kopi dan
kuning telur, pukul rata.
2. Satukan semua Bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit dan
ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175C, 20 min
5. Setelah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang dicairkan secara
double-boiler. Kemudian terus golekkan ke dalam serbuk roti dan serbuk badam.
6. Ketepikan dan biarkan coklat membeku sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT NANAS PUTRA
6 oz mentega
1 gelas gula ising
1 gelas tepung jagung
tepung penaik sendiri - sedang2
2 camt. esen vanilla
2 butir kuning telor
-> inti nanas
3 biji nanas
600gm gula pasir
sedikit pewarna kuning & bunga cengkih
cara membuat :
1. mentega, esen vanilla & gula ising dipukul hingga kembang
2. masukkan telor satu demi satu, sambil itu teruskan memukul adunan itu.
3. akhir sekali,masukkan tepung kek & tepung jagung. gaul hingga sebati.
4. masukkan ke dalam acuan dan tekan di atas dulang pembakar spt membuat kuih semperit
5. letakkan initi nanas di atasnya dan gulung
6. sapukan kuning telor di atasnya sebelom dibakar.
BISKUT COKLAT RICE
o buttercup 225gm / 1 tin mentega
gula aising (1/2 glas) / 1 gelas gula
tepung hong kong 220gm/ 500 grm h/kong
serbuk cocoa ran houten
tepung almond100 gram
choc rice untuk salut
segelas milo
cara membuatnya :
1. pukul butter dengan gula hingga sebati.
2. masukkan almond powder (badam) kemudian serbuk cocoa
3. masukkan tepung hong kong, gaul dengan jari hingga tak melekat (cukup
rasa)
4. dah sebati buat bulat2 dan salut dengan choc rice
5. simpan dalam paper cup. bakar dalam ketuhar 180 darjah selama len=bih
kurang 20 minit.
BISKUT ARAB
Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm gula halus
250 gm minyak sapi
Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga
sebati.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan
sedikit.
Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
Kemudian digolekkan di atas gula halus.
BISKUT CHOCOLATE MARBLE
Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" )
Bahan (utk base biskut)
150g tepung gandum
50g gula kastor
50g serbuk badam
125g butter
50g susu tepung
Bahan (utk hiasan)
200g coklat masakan
1 camb shortening
75g coklat putih
Cara Membuatnya:
Gaul semua bahan untuk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)
Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata
dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan
tadi.
Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat
masak
Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama
10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali . Cara-cara
1. Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi
serbuk roti).
BISKUT GHEE
BISKUT GHEE
1 tin ghee
tin ghee gula halus
Sedikit tepung.sedang sedang lembut
Susu nespray
*kira ikut takar.mun 200gm ghee,gula 100gm
Caranya: macam biasa
BISKUT MAKMUR
Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]
Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing [untuk salut kueh]
Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di
gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.
CORNFLAKES MADU
Bahan-bahannya :
200 grm cornflakes
250 grm mentega
2 sudu besar madu
150 grm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
ceri hijau merah sebagai hiasan
pepper cup secukupnya
cara membuatnya :
1. Mentega, gula dan madu dimasak atas api hingga cair.
2. Kemudian masukkan esen vanilla, cornflakes dan ceri merah juga
hijau.
3. Kacau cepat-cepat, angkat dari dapur dan sudukan dalam pepper
cup.
4. Bakar dalam oven selama 15 - 20 minit / hingga warna kuning
emas.
5. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT SUSU / MILK COOKIES
Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka
Cara-cara
1. Gaulkan tepung + susu cair
2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang
pembakar
5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila
mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..
BISKUT TEMBIKAI
250gm mentega
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
2 cawan tepung
cawan tepung jagung
cawan nestum biasa(dikisar)
cawan tepung kastard(mun x ada x perlu)
Perwarna merah dan hijau
Bijan hitam
Caranya:
1.pukul mentega dan gula hingga rata.
2.masukkan kuning telur.
3.masuk tepung dan nestum yang dikisar
4.ambil sedikit adunan dan warnakan merah dan campur dengan bijan
hitam.ambil sedikit adunan lagi warnakan hijau.pastikan warna merah lebih
banyak.
5.balut warna merah dgn adunan warna hijau tadi.pastikan warna hijau
dileperkan nipis menggunakan tangan.balut sekelilingnya.
6.bulatkan.potong dua.dan potong dua lagi secara memanjang.dan bahagi dua
menjadi segitiga.letak dalam papercup kecil.bakar
BISKUT ALMOND LONDON
250gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
sudu teh esen
3 cawan tepung
cawan tepung jagung
cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil emplex(peranggup biskut)
Biji almond (dipanggang dahulu)
Almond cincang
Coklat masak (cairkan cara double boil)tambah sedikit air supaya tidak terlalu
pekat.
Paper cup
Caranya:
1.pukul mentega dan gula.
2.masuk telur
3.esen,emplex,tepung naik sendiri dan tepung gandum
4.ambil sedikit adunan nak salutkan kacang almond
5.letak dalam paper cup dan bakar.
6.Biarkan sejuk baru tuang coklat masak dan atasnya tabur almond cincang.
BISKUT GAJUS
125gm mentega
60gm gula aising
100gm tepung jagung
50gm nestum (kisar)
50gm badam atau biji gajus (kisar)
100gm tepung naik sendiri (sedang sedang lembut)
Hiasan:
Kacang gajus belah dua
Kuning telur utk sapu atas
Cara:macam biasa
BISKUT DAHLIA
Bahan-bahan ( dlm 100 biji )
300g butter
120g gula icing
1 biji telur
1 sk esen vanila
225g tepung gandum
150g tepung kastad
150g tepung jagung
Ceri hijau/merah untuk hiasan
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila pukul lagi
hingga sebati.
2. Masukkan semua tepung dan gaul hingga sebati.
3. Kalau terlebih lembik, boleh tambah tepung.
4. Tekan dengan acuan semperit dan hias dengan ceri.
5. Bakar selama 15 minit atau sedang elok rupanya..jangan sampai hangus dah la..
BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan ( 1 BALANG )
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah- goreng tanpa minyak & kisar halus
100gm gula- kisar halus
1sk garam (rata)
1 botol kecil minyak mazola, secukupnya tuk jadikan doh
1 biji telur kuning
Cara-cara
1. Didalam mangkuk besar, gaul sebati tepung, kacang kisar, gula & garam.
2. Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit, dan uli menjadi adunan doh yang
lembut.
3. Bentukkan doh mengikut citarasa, susun dalam loyang yang di gris.
4. Sapu atasnya telur kuning & kacang sbg hiasan, bakar hingga kekuningan..
BISKUT SIPUT
Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine
1 s.kecil serbuk jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili
Daung bawang /daun sup (dihiris )
Santan secukupnya untuk menguli
Cara-cara
1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.