Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Teks Pidato

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

Bismillahhirrahmanirrahim.

Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan


pengaplikasian integriti dan jati diri Maharaja Meiji
membina maruah bangsa kerana integriti dan toleransi
Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India.
Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah
Melayu menuai kudrat membebaskan nusa. Maka
benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak
bangsa menjadi dewasa.
Salam penghargaan saudara pengerusi, barisan panel
kehakiman penuh berintegriti, guru-guru
yang
dihormati, seterusnya hadirin yang diberkati,

Assalamualaikum wbt, salam 1 Malaysia.


Masyarakat
Berintegriti
membentuk
Bangsa
Bermaruah. Begitulah bunyinya mauduk pidato yang
disajikan buat santapan minda warga merdeka.
Justeru, mari kita bermula dan merungkai idea yang
tersirat mahu pun pidato yang tersurat. Secara
generalisasinya, Menurut Perdana Menteri 1 Malaysia,
YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, masyarakat
berintegriti membentuk bangsa bermaruah menuntut
kita menganalisis atas satu sintesis tentang susur galur
sejarah negara dan dibajai dan disemai dengan roh
integriti.

Usaha dalam memartabatkan integriti dan tidak dilupa tuai


hasil yang berbuah daripada pengaplikasi integriti dalam
memartabatkan bangsa. Justeru, bagi mengupas dan
mengulas persoalan ini, 4 hujah utama saya ajukan.
Pertama, Pengaplikasian integriti dalam mewarnai citra
sejarah Negara. Kedua, usaha yang dicanai dalam
membudayakan integrity. Seterusnya, hasil kejayaan
pembentukan maruah bangsa. Dan akhirnya, membina dan
mempertingkatkan integriti manusia pastinya terserlah
kebenaran dan membuka minda pria dan juwita dalam
memahami masyarakat yang berintegriti membentuk
bangsa bermaruah.

SIDANG SAKSI BERMISI, Saudara dan saudari


Pertama- Pengaplikasian integriti dalam mewarnai citra
sejarah negara
Mungkin kini sudah begitu lama untuk kita bangkitkan,
untuk kita ungkitkan betapa untuk kita bangun meratapi
muram durja, meratapi keagungan bumi Parameswara
gugur rebah dimamah penjajah durjana akibat integriti
tidak menjadi suaka. Justeru kita perteguhkan integriti
untuk menuntut bela dengan kehebatan Dol Said
menyusul pencak, rentapan Rentap menyusul jejak
menyelamatkan bangsa yang dulunya dipijak, kembali
agung tersemat di puncak.

Namun sayangnya gendang kemenangan masih belum


kedengaran, lantas kita ubah persepsi dan identiti
bukan senjata jadi intipati, namun memusuhi integriti,
juga keluhuran budi pekerti, Maka dengan rencah
integriti, rempahnya toleransi, kaum muda dan tua
bersatu
hati
bersama
berdiplomasi
menuntut
kemerdekaan ibu pertiwi kemuncak ceritera, bahkan
pemimpin berintegriti pula ke tanah air atas nama
bangsa yang perlu dibela, tersingkap di balik tabir
sejarah kemerdekaan negara, 5 darsawarsa dahulu
bukti jelas masyarakat berintegriti membentuk bangsa
bermaruah.

Saudara dan saudari, Sidang penonton yang penuh


santun. Ke-2 : Usaha yang dicanai dalam
membudayakan integriti
Dalam mengharungi ledakan dan hambatan globalisasi
kini, usaha perlu difikirkan kerana dengan usaha yang
mapan Lopez Des Squiera menjumpai Tanjung
Harapan. Justeru, gagasan modal insan idea cipta
pemimpin yang disegani, memperkenal personaliti
unggul dari gerakan glokal, lambang kerajaan tidak
pernah sugul tidak pernah gagal dalam menitikberatkan
integriti buat anak warisan.

Semua itu, kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni


dicanang integrasi nasional dijulang, semuanya demi
matlamat yang tersemat menyahut seruan cabaran ke4 Wawasan 2020 yang semakin dialpakan, satu visi ke
arah masyarakat yang mempunyai nilai dan moral yang
teguh, tidak cukup dengan itu perilaku perkhidmatan
diperkenalkan,
badan
pencegahan
rasuah
dinaiktarafkan daripada keluarga sektor awam dan
sektor korporat yang terang dan menyeluruh kerana kita
yakin dan percaya yang melakukan rasuah bukan
pesawah atau penoreh getah tetapi mereka yang ada
segulung ijazah.

Semuanya bermatlamat tidak akan ada lagi si Kitol dan


Tun Mutahir, juga perilaku songsang yang berakhir
dengan penaklukan halus di tanah air. Buktinya jelas,
masyarakat yang berintegriti membentuk bangsa
bermaruah.
Saudara-saudari, yang ke-3.
Hasil kejayaan pembentukan maruah bangsa
Hari ini, selepas lebih 5 darsawarsa kita mengecapi
nikmatnya kemerdekaan,

Alhamdulillah segala benih integriti yang kita semai, hari


ini segalanya dituai. Bermula dengan tanggal Ogos
1957 kita mula melangkah dan berlari jauh demi integriti
dan maruah bangsa yang semakin ampuh.
Konklusinya, tatkala integriti menjadi budaya, imej dan
kredibiliti negara dan bangsa terus diperkaya dan
kehebatan negara bangsa menerajui pelbagai gagasan
dunia iaitu NAM, ASEAN, OIC dan terbaru, Kerusi
Terhormat UNESCO,semuanya membuktikan tatkala
integriti menjadi teras kekuatan karisma negara dan
bangsa dijadikan taruhan.

Hadirin hadirat penuh hormat, Ke-4


Membina Integriti paksinya, pastinya membina dan
mempertingkatkan integriti manusia.
Dunia akur dan iktiraf tamadun manusia jelmaan
Junjungan Mulia. Tiada pertikaian munculnya integriti
personaliti bak kerlipan bintang di langit, memandu dan
menerang hasil cernaan insan mulia dalam kegelapan.
Integriti para sahabat baginda seperti Abu Bakar AlSiddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan
begitu agung dan cemerlang.

Acuan dan ramuan pastinya iman, penghayatan dan


akhlakul karim, akhlak yang mulia. Impaknya,
kemungkaran dalam keluarga, masyarakat dan negara
tercegah dan terhapus lantaran lahirnya individu yang
yang menjadi paksi masyarakat berintegriti.
Pada penghujung bicara, jelas tertera, tatkala kita
jadikan integriti sebagai budaya dan pegangan, maka
impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini
kembali tegak bermaruah. Sebagai rakyat Malaysia,
suka untuk saya ingatkan,

Pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan


bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan
bangsa yang kecundang, pincang lagi terbuang. Ingat,
jangan biar ayam direban disambar helang, jangan
biarkan padi di tangan menjadi lalang, mari bangkit dan
sama-sama berjuang ke arah negaraku yang semakin
gemilang.
Sekian,
wabillah
hitaufik
walhidayah
wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai