Definisi Alam Sekitar
Definisi Alam Sekitar
Definisi Alam Sekitar
ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka
perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada
biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena
yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
punca pencemaran
Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran
alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal
ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana
bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata
tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara
remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika
direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya
jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi
seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah
apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang
melepaskan asap
pencemaran udara.
tanpa
Hal
pemasangan
ini
berikutan
alat
penapis
sikap
udara
individu
dan
akan
menyebabkan
pemilik
kilang
terjadinya
yang
tidak
bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar
yang mereka cipta sendiri.
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada
masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar
ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan
dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.
Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia
pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan
suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas
karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi
panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan
global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap
dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang
berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan
yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan
kualiti udara.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah
mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal
manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan
ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam
sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping
memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering
yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan
dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah
dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap
kesihatan kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman,
malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan
global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber
alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa
penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar.
Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut
dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula
dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan
membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja
dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta
dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasiorganisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan
alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan
Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat
pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah
haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting
supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui
pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar
perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat
dipupuk dalam diri pelajar