Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Topik 3 - Konsep Ibadah Dalam Islam PDF

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 5

SKW 1011

PENDIDIKAN ISLAM 1

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

TOPIK 3 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM


TEORI
3.1 DEFINISI IBADAH
Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat, tunduk,
menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya
kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama
ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan
jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah
kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Pintu
untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia sehingga makan
dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi
memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
3.2 PEMBAHAGIAN IBADAH
Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Ibadah Umum dan Ibadah Khusus. Kedua-duanya
penting bagi umat Islam untuk dilakukan supaya dapat menjamin kedudukan di akhirat dan
menjadi kewajipan seorang hamba kepada Allah S.w.t.

3.2.1 Ibadah khusus, iaitu perkara yang wajib dilakukan oleh orang Islam sebagai satu
cara mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan perintah-perintah yang wajib
dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam seperti seperti solat, puasa,
zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan
seumpamanya.

Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang


ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan
HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD)

Page 1

SKW 1011

PENDIDIKAN ISLAM 1

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

oleh syara' dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w tanpa boleh
ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.

Terdapat banyak jenis ibadat khusus. Ada ibadah khusus yang berkaitan dengan
waktu-waktu khusus seperti solat fardhu. Ada yang berkaitan dengan kekhususan tempat
dan waktu seperti menunaikan haji. Ada berkaitan dengan kekhususan tempat seperti
solat tahiyyatul masjid.

3.2.2 Ibadah umum pula adalah segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan
ibadah khusus di atas di mana ia dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah
SWT. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.

Ibadah-ibadah yang tidak mengikut pengkhususan di atas, bersifat mutlah yang boleh
diamalkan, selagi tidak ada dalil-dalil yang mengharamkannya untuk dilaksanakan pada
tempat-tempat tertentu, atau pada masa-masa tertentu, atau pada individu-individu
tertentu dengan sebab ada halangan.

Antara ibadah umum adalah solat sunat mutlak dan puasa sunat mutlak. Selama
tidak ada dalil yang mengharamkan pelaksanaannya, maka ia sunat dilakukan. Contoh
sesuatu ibadah sunat mutlah yang haram adalah puasa sunat pada Hari Raya. Hal ini
kerana terdapatnya dalil pengharaman tentang puasa pada hari tersebut. Begitulah
seterusnya.

Zikir adalah termasuk ibadah umum yang boleh dilakukan di mana sahaja, dalam
bentuk apa sahaja, selagi bentuk-bentuk dan cara pelaksanaannya tidak ada nas yang
mengharamkannya. Jika terdapat nas yang mengharamkannya, justeru zikir adalah haram
diucapkan. Sebagai contoh, ada dalil yang melarang zikir dengan lisan di dalam tandas.
Oleh itu perbuatan berzikir secara lisan adalah haram selama dia berada di dalam tandas.
Sebaliknya, jika terdapat dalil umum yang mengharuskan sesuatu ibadah sunat itu dan
tidak ada pula dalil pengharaman dalam segala aspek, maka ibadah umum tersebut
dibenarkan untuk diamalkan
HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD)

Page 2

SKW 1011

PENDIDIKAN ISLAM 1

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

3.3 SYARAT-SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH


Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah
sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.

2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan
tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari
Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara
maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah. Allah bersifat bersih dan baik,
tidak menerima amalan yang kotor kecuali yang baik dan bersih sahaja.

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk
memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada
umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat


dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak
orang.

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan
kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan
firman Allah yang bermaksudnya: Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah
harta-harta kamu dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah. Sesiapa
berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD)

Page 3

SKW 1011

PENDIDIKAN ISLAM 1

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

3.4 BANDING BEZA ANTARA IBADAH DAN ADAT


Ibadah sebenarnya ialah sejenis tunduk yang tiada yang layak menerimanya , melainkan Allah
SWT , yang mengurniakan kepada makhluk-nya jenis-jenis nikmat yang tinggi seperti nikmat
hidup , nikmat faham , nikmat pendengaran , nikmat penglihatan dan sebagainya . Oleh yang
demikian , ibadah merupakan urusan agama yang tidak ditetapkan melainkan daripada jalan
wahyu . sebagaimana Hadis nabi yang bermaksud : " barang siapa membuat cara baru dalam
urusan kami , dengan suatu yang tidak ada contohnya maka dia itu tertolak . "
Ini adalah kerana hakikat Agama , beribadah itu dapat dilihat dalam dua perkara iaitu ;
a) Hanya kepada Allah SWT
b) Untuk menyembah Allah SWT, hanya dapat dilakukan menurut apa yang
disyariatkannya.
Justeru itu , barang siapa yang mengadakan - adakan suatu cara ibadah yang timbul atau
ditimbulkan daripada dirinya sendiri , maka hal tersebut adalah suatu kesesatan yang harus
ditolak . ini disebabkan hanya syariat sahaja yang berhak mengadakan cara dan bentuk ibadah
yang dapat digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Definisi dan konsep Adat


Dengan ini , adat dalam bahasa Arab dapatlah didefinisikan sebagai perkara yang menjadi
kebiasaan bagi orang ramai atau sekumpulan. Manakala , para Fukaha pula mentakrifkan adat
seperti berikut ; maksudnya : perkara yang diulang-ulangkan tanpa perkaitan daripada segi akal
Makna ' perkara ' dalam maksud ayat diatas adalah yang menerangkan perkataan atau perbuatan ,
manakala ' yang diulang-ulangkan ' bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali .
Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan adat . Sebaliknya perkara yang dilakukan
sekali sahaja , tidak dinamakan adat , begitu juga halnya jika perkara tersebut berulang tatapi
mempunyai perkaitan dari segi akal .
Umpamanya , kesan atau peristiwa yang terjadi berulang kali yang disebabkan oleh
sesuatu perkara seperti adanya cahaya setiap kali matahari naik . Adat ini merangkumi tiap-tiap
perkara yang berulang-ulang yang terbit daripada orang perseorangan atau kumpulan sama ada
yang berpuncakan keadaan semula Jadi seperti iklim negeri yang panas adatnya boleh
mempercepatkan bahang atau panas seseorang . Sebaliknya jika iklim negeri yang sejuk adatnya
boleh melambatkan sedikit seseorang itu menjadi panas.
HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD)

Page 4

SKW 1011

PENDIDIKAN ISLAM 1

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Niat membezakan adat dan ibadah


.Perbezaan antara ibadah dengan adat dapat dilihat melalui niat. Misalnya , seseorang itu boleh
mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya. Sebagai contoh, antara duduk di dalam masjid
dengan niat iktikaf dengan masuk masjid kerana untuk berehat semata-mata ada bezanya. Maka
sesiapa yang berniat iktikaf akan mendapat pahala sedangkan sesiapa yang tidak berniat iktikaf
tidak akan mendapat pahala ( duduk dalam masjid sebagai adat kebiasaan ) .
Demikian juga halnya dengan seseorang yang memberi wang kepada seseorang yang lain
dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti zakat , sedekah atau
membayar kafarah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT , dan jika dia memberi
dengan tujuan dunia maka dia tidak akan mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah
SWT.
Selain itu , niat juga dapat dijadikan neraca atau penilaian dalam menentukan sama ada
suatu perbuatan itu mendapat pahala ataupun sebaliknya terhadap setiap perbuatan yang
merupakan adat kebiasaan seperti orang yang menyimpan Al-Quran di rumah sedangkan dia
tidak membacanya . Jika dia berniat untuk kebaikan dan mendapat berkat di samping
memperoleh keredhaan Allah SWT , maka dia akan mendapat pahala , tatapi jika dia menyimpan
kerana perhiasan semata-mata , maka dia tidak akan beroleh apa-apa ganjaran . Demikian juga
halnya dengan seseorang yang makan hingga kenyang , jika dia berniat mengikut nafsu adalah
berdosa tetapi berbeza pula dia berniat untuk makan bagi memudahlan dia untuk berdakwah ,
maka dia akan beroleh ganjaran pahala .

RUJUKAN
Ahmad Wahid Wajdi (2004) Panduan Amalan dan Ibadat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur
Jasmin Enterprise.
Mardzelah Makhsin (2003), Pendidikan Islam Siri 1, Pahang: PTS Publications.
Yazid Bin Abdul Qadir Jawas, Prinsip dasar Islam Menurut Al-Quran & As-Sunnah Yang Sahih,
Bogor: Pustaka Attaqwa.
Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani (2009), Dakwah itu Perlu, : Sarawak ,Markaz Tarbiah Haraki

HAK CIPTA TERPELIHARA (MMD)

Page 5

Anda mungkin juga menyukai