Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.
Menunding jari kepada PPSMI sebagai penggugat kepada martabat
Bahasa Melayu adalah kurang tepat. Sememangnya Bahasa Melayu adalah bahasa yang masih ada martabat kerana menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Namun, apa yang kita tidak sedari kini ialah raja dan sultan sebenarnya adalah pelindung Bahasa Melayu dan orang Melayu. Tetapi sejak akhir-akhir ini perlembagaan sultan seperti dipermainkan oleh sebilangan pihak yang berpengaruh secara tidak langsung menjadi musuh orang Melayu. Mengapa tidak diselesaikan musuh sultan tersebut dahulu kemudian barulah kita sedar mengapa boleh wujud pemimpin yang sedemikian rupa. Sebenarnya keruntuhan Bahasa Melayu tidak seharusnya ditunding kepada pihak pendidikan. Tetapi kepada pemimpin kita sendiri iaitu ketika bermesyuarat atau berparlimen, mengapa tidak menggunakan bahasa Malayu? Menjadi tanda tanya kerana mereka mempolitikkan isu ini sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sendiri tidak menjalankan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu. apabila seseorang pemimpin itu ditemu ramah oleh wartawan dan sebagainya mereka menjawab dengan menggunakan Bahasa Inggeris dengan penuh bangganya tetapi tidak menjadi masalah kepada masyarakat. Akibatnya PPSMI pula yang menjadi isu yang semakin mengelirukan pelajar. Sedangkan pelajar yang belajar, bukan ibu bapa, penunjuk perasaan dan sebagainya. Kelak, anak mereka yang menjadi mangsa kepada sikap yang tidak berpandangan jauh mereka. Ibu bapa seharusnya memahami proses pembelajaran yang memerlukan banyak pengorbanan ini. Mempelajari dua perkara dalam satu masa sememangnya menyukarkan para pelajar yang lemah tetapi memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar tersebut apabila ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA atau universiti. Saya mempunyai pengalaman apabila seluruh pelajar di dalam kelas kuliah kakak saya telah dimarah pensyarahnya kerana terlalu lemah Bahasa Inggeris. Bukan seorang dua tetapi seluruh kelasnya. Walaupun telah melanjutkan pelajaran ke universiti, tiada sesiapa yang dapat menjaminkan diri kita tentang Bahasa Inggeris jikalau bukan usaha kita bersama kerajaan untuk meneruskan PPSMI ini. Janganlah kita menjadi terlalu ego dengan sikap kita ini, yang akhirnya memusnahkan harapan anak-anak muda masa depan yang bakal menjadi pewaris dunia ini. Justeru, kita seharusnya berfikiran jauh untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerajaan melalui PPSMI. Saya selaku pelajar mengakui PPSMI akan menyukarkan seseorang itu, tetapi itulah caranya belajar. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersusah-susah dahulu, bersenang- senang kemudian. Untuk pengetahuan pembaca, bahasa itu bukan menjadi punca kepada pelajar tidak faham, sebaliknya mereka tidak mahir dengan konsep matapelajaran itu. Hal ini kerana, apabila diajar dalam Bahasa Melayu konsep yang sama juga menjadi punca ketidakfahaman seseorang pelajar. Bukan kerana menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi konsep matapelajaran tersebut. Saya percaya dan yakin, tidak kira sekolah yang terpelajar ataupun tidak, setiap guru akan membantu pelajarnya untuk faham dengan mengajar dalam dwibahasa, tetapi terdapat juga guru yang memaksa anak muridnya berkendiri untuk memahami sesuatu konsep yang sukar kerana proses kendiri akan memberikan hasil yang memberansangkan. Pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu, seperti pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu lebih serius dan bukan sambil lewa kerana menjadi sikap pelajar apabila sesuatu perkara itu adalah mudah, mereka akan bertindak sambil lewa kerana mereka terlalu yakin dengan usaha yang sedikit boleh membuatkan mereka berada di tempat yang selesa. Majoritinya pelajar Melayu sendiri yang berfikiran sedemikian. Selain itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memasukkan bahasa pinjaman asing ke dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, jikalau tidak kamus tersebut akan menjadi kamus bahasa asing tidak lama kelak. Dalam hal ini, kita tidak seharusnya memilih taraf untuk memartabatkan Bahasa Melayu kerana perkara ini menjadi tanggungjawab semua pihak. Janganlah kita ego dengan menggunakan bahasa pinjaman kerana hal sedemikian seperti membanggakan benda yang bukan hak milik kita. Saya berasa dukacita apabila melihat rancangan Ally berkenaan dengan tajuk Bahasa Melayu. Penceramah yang dijemput sememangnya bukan calang-calang orang tetapi menjawab soalan seperti kanak-kanak apabila ditanya berkenaan pihak yang membenarkan bahasa pinjaman asing ini di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau mengatakan dari langit. Saya begitu kecewa kerana soalan yang menjadi tanda tanya seluruh pihak menjadi bahan jenaka beliau. Jadi, persoalannya di sini. Siapakah yang membenarkan kamus dewan bahasa dan pustaka tersebut dipenuhi oleh bahasa pinjaman asing? Hal ini kerana, memasukkan bahasa pinjaman asing tersebut seperti kekurangan bahasa dan tidak mempunyai perkataan sendiri dalam Bahasa Melayu. Jadi, perkara ini yang sebenarnya menggugat martabat Bahasa Melayu dan akhirnya nanti akan menjadi bahasa yang diperlekehkan kerana menggunakan pinjaman asing yang terlalu banyak. Di samping itu, kerajaan hendaklah mewajibkan setiap pemimpin di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap mesyuarat, wawancara, ulasan dan sebagainya yang melibatkan ramai pihak dan pendengar. Hal ini kerana, konsep pemimpin melalui teladan adalah menjadi resam bagi sesebuah masyarakat yang dipimpin di bawah satu pimpinan. Jika pemimpin sendiri tidak melaksanakan, masyarakat apatah lagi. Kita tidak seharusnya menunding jari kepada PPSMI kerana menyukarkan pembelajaran anak-anak. Tetapi menyalahkan diri sendiri kerana tidak menyedari dan memahami perkara dan situasi sebenar yang melanda kepada sistem pendidikan dini hari yang memerlukan bukan sahaja kepada akademik tetapi kepada kokurikulum. Namun, dengan dunia yang semakin hari semakin ramai orang yang pandai dan cemerlang dilahirkan, adakah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan itu memadai? Oleh itu, apa yang diperlukan adalah kelebihan dalam kelebihan yang boleh menjaminkan seseorang itu menjadi orang yang terpilih. Tambahan lagi, mengapa tidak diwajibkan sari kata Bahasa Melayu bagi setiap cerita yang dipaparkan di televisyen agar setiap orang yang membacanya dapat memahaminya dengan lebih baik. Contohnya di Singapura, tidak kira cerita apa yang ditayangkan sari kata Bahasa Mandarin akan disediakan. Oleh itu, PPSMI tidak sewajarnya dipersalahkan atas alasan tidak memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuatu persatuan itu seharusnya memikirkan dahulu jangka masa panjang tentang PPSMI. Jangan mengharapkan jangka masa pendek dapat menyelesaikan sesuatu masalah.