Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ENAM SEBELAH


SK LA SALLE (1) JINJANG
52000 KUALA LUMPUR

TEMPAT:
PADANG SK LA SALLE (1) JINJANG

TARIKH:
9 - 11 NOVEMBER 2010

ANJURAN:
KELAB BOLA SEPAK
SK LA SALLE (1) JINJANG
1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK La Salle
(1) Jinjang. Pertandingan ini akan disertai oleh pelajar daripada Tahap 2 ( Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun
6). Setiap pasukan menyenaraikan sembilan pemain termasuk tiga orang pemain simpanan.
Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SK La Salle (1) Jinjang. Aktiviti ini bertujuan
menggalakkan murid-murid untuk hadir ke sekolah selepas peperiksaan PKSR 2. Ianyanya juga selaras
dengan kehendak Kementerian PelajaranMalaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam permainan bola sepak dan menjadi medan pemilihan
pemain bagi pasukan bola sepak sekolah untuk tahun hadapan. Selain itu, ianya juga bertujuan
meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Diharapkan,
melalui pertandingan ini sifat kerjasama dalam diri setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat
diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap
individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah
kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam esebuah pasukan..
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 9 - 11 November 2010 iaitu pada hari Selasa hingga Khamis
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang sahaja ( hingga pukul 3.30 petang – 6.30 petang )

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang SK La Salle (1) Jinjang:

5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan rumah murid.


5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.
5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam
aktiviti mereka.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah peserta :90 orang


6.2 Jumlah pasukan :10 pasukan
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Tuan Haji Abdul Rahman bin Abu Bakar


Pengerusi : En Mohd Hisyam bin Sudin

Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : En Mohd Hisyam bin Sudin


Naib pengerusi : En Mohamad bin Rusli
Setiausaha : En. Mohd Aidilfitri bin Ramelan
Bendahari : En. Wirazura bin Ibrahim

Ahli Jawatankuasa

AJK Hadiah dan Sijil : En. Saiful Fadly bin Abdol Karim
AJK Pertandingan : En Mohd Firdaus bin Mustafa
AJK Persiapan Tempat : En Norzaini bin Darso
AJK Dokumentasi : Pn Norhazlinda binti Ahmad Nor Azmi

8.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 6 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 9
pemain yakni enam pemain akan bermain dan tiga lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam
satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan bermain
dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya.
Peserta dalam setiap pasukan mesti terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu mesti mempunyai wakil
dari kelas Tahun Enam, Tahun Lima, dan Tahun Empat

9.0 SYARAT PERMAINAN

9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak hadir
akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.
9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.
9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.
9.4 Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan dilayan
melainkan atas ihsan pengadil.
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1 Hadiah 2 Hamper x RM 20.00 RM 40.00
( Johan dan Naib Johan)

2 Minuman Sekotak air mineral RM 10.00


JUMLAH BESAR RM 50.00

11.0 SUMBER KEWANGAN

11.1 Yuran Penyertaan = RM 5.00 untuk satu pasukan


11.2 Tajaan Peribadi

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang disamping melahirkan satu
generasi masa akan datang yang sihat. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

___________________________________
(MOHD AIDILFITRI BIN RAMELAN)
Penyelaras
Kelab Bola Sepak
SK La Salle (1) Jinjang

Disemak oleh :

___________________________
(MOHD HISYAM BIN SUDIN)
GPK Kokurikulum
SK La Salle (1) Jinjang

Diluluskan oleh :

_________________________________________
(HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Guru Besar
SK La Salle (1) Jinjang

Anda mungkin juga menyukai