Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji tahap kefahaman dan amalan guru
pelatih matematik UTM terhadap pembelajaran inkuiri-penemuan (discovery-learning)
semasa latihan mengajar. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap
kefahaman guru pelatih matematik terhadap pendekatan inkuiri-penemuan dan juga
mengetahui amalan strategi pembelajaran secara inkuiri-penemuan dalam pengajaran
oleh guru pelatih matematik. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih matematik semasa
melaksanakan inkuiri-penemuan serta cadangan untuk meningkatkan perlaksanaan
inkuiri-penemuan oleh guru matematik. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif.
Instrumen kajian yang digunakan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis
ialah 0.924. Seramai 74 orang guru pelatih matematik UTM dari kursus 3SPM, 4SPM,
dan 4SPT yang menjadi responden dalam kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi
dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman guru
pelatih matematik terhadap pendekatan inkuiri-penemuan adalah tinggi. Manakala,
tahap amalan perlaksanaan guru pelatih terhadap pembelajaran inkuiri-penemuan juga
menunjukkan adalah tinggi.

Anda mungkin juga menyukai