Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Contoh Surat Panggilan Mesyuarat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT PANITIA

SK SAWAH DATO’
KM 5, JALAN ENDAU
86800 MERSING
JOHOR
NO.TEL/FAX : 077991424

Rujukan : JBA 4005/06/06/011/2009 (01)

Tarikh : 02 Januari 2009

Guru-Guru Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan,

____________________

____________________

____________________

Tuan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BIL 1/2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya tuan/puan adalah diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas


seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 04 Januari 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Dipengerusikan oleh: Pengerusi Panitia PSK SK Sawah Dato’


3. Agenda Mesyuarat :

3.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi

3.2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.

3.3 Perkara berbangkit

3.4 Pembentangan/ Laporan

3.5 Hal-hal lain.

4. Tuan adalah diingatkan:

4.1 Berpakaian formal dan kemas sewaktu menghadiri mesyuarat

4.2 Menepati masa mesyuarat yang ditetapkan

4.3 Menghantar surat tunjuk sebab kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat hadir.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………...................

( Setiausaha Panita )
Nota Penting.

1. Cadangan perbincangan dalam mesyuarat Panitia Mata Pelajaran PSK

 Pelantikan AJK dan agihan tugas ahli Panitia PSK 2009


 Audit Akademik Peperiksaan Akhir Tahun 2008
 Headcount 2009
 Pengurusan Panitia
o Penulisan Buku Rekod Mengajar
o Mesyuarat KMK (Kawalan Mutu Kerja)
o Rancangan tahunan dan sukatan P & P PSK
o Pengurusan Fail
o Penyelaras dan penggubal soalan

 Kaedah Pengajaran & Pembelajaran


 Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru
 Kawalan Piawaian Standard Kualiti dan Pencerapan Hasil Kerja Murid
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
 Perancangan Strategik 2009
 Cadangan Buku Rujukan / Modul Latihan
 Anggaran Belanja Mengurus

Anda mungkin juga menyukai