Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Konsep Buruh

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 11

1

ISI KANDUNGAN

KONSEP BURUH...................................................................................................................................2
KONSEP DAN PERANAN MAJIKAN..................................................................................................4
KONSEP DAN PERANAN BURUH.....................................................................................................5
SITUASI DI TEMPAT KERJA (BUKTI EMPIRIKAL).......................................................................6
KESIMPULAN..........................................................................................................................................8
RUJUKAN.................................................................................................................................................9
LAMPIRAN A..........................................................................................................................................10
2

KONSEP BURUH
Dalam pengertian biasa, buruh merujuk kepada orang bekerja yang
lazimnya dibayar gaji atau upah. Konsep buruh dalam ekonomi berbeza
dengan pengertian biasa iaitu, buruh adalah tenaga atau keupayaan fizikal
dan mental manusia yang boleh menyumbang kepada proses pengeluaran.
Justeru, dalam istilah ilmu ekonomi, buruh hanyalah sebahagian sumber
yang dimiliki oleh manusia. Surtahman Kastin dan Abd. Ghafar (2001)
mempersoalkan konsep buruh dalam ilmu ekonomi konvensional di mana
mereka menyatakan bahawa konsep itu tidak sesuai dipakai untuk
menganalisis isu buruh mengikut Islam. Mereka memperjelaskan bahawa
ekonomi Islam adalah berlandaskan doktrin dan akidah yang kukuh berbeza
daripada konsep ekonomi konvensional yang berpandukan akal semata-mata.
Oleh itu, segala persoalan yang berkait dengan buruh tidak semestinya
dirujuk kepada ilmu ekonomi konvensional sajaha. Manusia tidak harus
dianggap sebagai faktor pengeluaran kerana Islam tidak mungkin
merendahkan taraf manusia sebagai khalifah kepada alat atau faktor
pengeluaran. Namun pernyataan ini ditentang oleh Kasim Mansur (2009) yang
mana di dalam buku beliau menyatakan bahawa dalam konteks Islam, buruh
merupakan faktor pengeluaran yang istimewa dan unik kerana wujudnya
hubungan sesama buruh itu sendiri dan hubungan di antara buruh dengan
majikan.

Dalam perburuhan Islam, buruh tidak bebas melakukan sebarang


aktiviti sesuka hati. Buruh dilarang melakukan kerja-kerja yang haram di sisi
syariah. Pekerja dan majikan juga tidak boleh menindas sesama sendiri.
Secara umumnya, perburuhan dalm Islam melihat buruh dari dua aspek yang
berbeza iaitu, dengan melihat buruh secara lebih komprehensif dan melihat
buruh dalam konteks khusus yang dibatasi oleh syariat Islam. Buruh
dikatakan lebih komprehensif kerana Islam melihat kepenggunaan
perkhidmatan buruh melewati batas-batas pertimbangan kewangan dan
kebendaan semata-mata. Aspek ini lebih khusus kerana seseorang pekerja
3

atau buruh itu tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk melakukan perkara
yang disukai dengan tenaga kerjanya, lebih-lebih lagi yang boleh membawa
kemudaratan atau ancaman kepada diri sendiri, masyarakat dan Negara.
Sebagai contoh, seorang buruh sektor binaan mestilah mematuhi langkah-
langkah keselamatan yang telah ditetap oleh majikan. Buruh tersebut tidak
boleh melakukan kerja-kerja berat yang bukan kepakarannya yang mana jika
tersilap langkah boleh mendatangkan kecelakaan kepada diri buruh itu
sendiri. Situasi yang sama juga, apabila seorang askar diminta untuk
melaporkan diri di medan peperangan. Askar tersebut harus menunaikan
kewajipan untuk mempertahankan Negara dan bangsanya.
4

KONSEP DAN PERANAN MAJIKAN


HAK-HAK BURUH adalah tanggungjawab sesebuah majikan yang mana
dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

1. Menyediakan perjanjian kontrak

Mana-mana majikan perlu menyediakan perjanjian kontrak


sebelum mengupah pekerjanya. Perjanjian kontrak tersebut
mempunyai butir-butir seperti maklumat pekerja (nama dan
sebagainya), gaji, tugasan dan tempoh tugasan. Hal ini untuk
mengelakkan penyelewengan sama ada majikan atau pekerja.

2. Melayani pekerja seperti manusia biasa (dijaga maruah dan diberi


penghormatan)

Majikan haruslah melayani pekerjanya seperti manusia biasa dan


bukan pula seperti hamba yang dibebani kerja-kerja berat. Di
dalam Islam, semua manusia itu adalah sama tarafnya tidak kira
lah sama ada mereka berbeza bangsa, warna, bahasa, kaya atau
miskin, mahu pun majikan atau pekerjanya.

3. Membayar gaji/upah

Majikan harus menetapkan gaji sebelum mengupah pekerja dan


membayarnya mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan di
dalam kontrak. Seperti yang ditekankan oleh Abdullah B. Umar
bahawa majikan harus membayar upah pekerjanya sebelum
peluhnya (pekerja tersebut) kering.

4. Tidak membebani pekerja dengan tugasan-tugasan yang berat yang


tidak setara dengan kemampuannya

Islam menetapkan umatnya supaya tidak membebani pekerja


dengan tugasan-tugasan berat di luar kemampuannya. Jika
tugasan-tugasan tersebut berat dan pekerja tidak mampu
melakukannya maka majikan harus membantu pekerjanya
melakukan tugasan tersebut.
5

KONSEP DAN PERANAN BURUH


Peranan atau pun tanggungjawab seorang buruh sebenarnya adalah
HAK-HAK MAJIKAN. Peranan buruh itu dapat dibahagikan kepada empat
iaitu:

1. Memenuhi tugasan yang mana telah dituliskan di dalam kontrak

Sebelum seorang pekerja diupah majikan akan menyediakan


kontrak perjanjian yang mana salah satunya mengandungi
tugasan-tugasan. Pekerja bertanggungjawab memenuhi tugasan
tersebut.

2. Bekerja dengan ikhlas mengikut perjanjian atau komited terhadap


pekerjaannya

Seorang pekerja harus bekerja dengan komited yang tinggi dan


sentiasa taat setia dan ikhlas terhadap majikannya. Perasaan
untuk memberontak dan sebagainya tidak seharusnya wujud
pada pekerja. Jika sekiranya, pekerja diberi amanah untuk
menjaga harta syarikat, maka pekerja itu perlu membuktikan
kepercayaan dan tidak boleh menggelap atau merosakkan harta
itu.

3. Menggunakan faedah yang diperolehi daripada latihan untuk


meningkatkan skill dan kebolehan

Sekiranya pekerja diberikan latihan untuk meningkatkan


kebolehannya, maka pekerja itu harus menggunakan
kebolehannya dengan membantu majikan. Contohnya dalam
meningkatkan pengeluaran output atau memaksimakan hasil
jualan.

4. Sentiasa mengekalkan kesihatan fizikal dan mental yang optima

Kesihatan tubuh badan serta mental adalah penting bagi


kecekapan seorang pekerja. Pekerja yang kuat dan sihat selalunya
lebih produktif dan cekap berbanding pekerja yang lemah dan
selalu mengalami masalah kesihatan.
6

SITUASI DI TEMPAT KERJA (BUKTI EMPIRIKAL)

Peranan-peranan buruh dan majikan ini dapat dilihat di mana-mana syarikat


tidak kira lah sektor awam mahu pun sektor swasta, syarikat kecil atau pun
persendirian. Sebagai bukti empirikal, saya mengambil situasi di mana saya
sendiri adalah majikan mengupah beberapa pembantu rumah dan
menyatakan bagaimana saya serta para pembantu menjalankan
tanggungjawab masing-masing.

Sebagai seorang majikan saya menyediakan kontrak perkhidmatan


(perjanjian) di antara saya dan juga para pembantu. (lihat lampiran A) Di
dalam kontrak tersebut telah dinyatakan tanpa prejudis, (1) upah/gaji, (2)
tugas-tugasan pembantu, dan (3) tanggungjawab majikan. Sebagai majikan
juga, saya memastikan bahawa pekerja di bawah jagaan saya mendapat
layanan dan kehidupan seperti biasa. Setiap pekerja diberikan bekalan
makanan tambahan seperti Vitamin C sebagai salah satu langkah untuk
menjaga kesihatan.

Selain itu, saya memberikan latihan khusus untuk membantu dan


mempertingkatkan lagi keupayaan dan kebolehan pekerja. Antara latihan
tersebut ialah teknik pembersihan rumah yang berkesan dan latihan bahasa
Inggeris asas. Di samping itu, saya juga menggalakkan pembantu rumah yang
beragama Islam mengambil masa untuk mendirikan solat dan ketika bulan
Ramadhan para pembantu tidak digalakkan membuat kerja-kerja berat seperti
mencuci tingkap dan kerja-kerja luar rumah (halaman rumah).

Seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak, majikan dan pembantu


telah bersetuju di mana majikan akan membayar upah pada tanggal 10 pada
setiap bulan. Namun jika pembantu mengalami kesusahan kewangan
contohnya, dan memerlukan wang maka majikan akan memberikan sejumlah
wang sebagai pinjaman mengikut budi bicara majikan.

Sebelum pembantu menandatangani kontrak kerja, mereka akan


difahamkan mengenai bidang tugasan. Para pembantu mempunyai bidang
tugasan masing-masing contohnya tukang masak, penjaga anak dan tukang
kebun. Tidak wujud penindihan kerja antara pembantu. Pembantu juga tidak
dibebani kerja yang terlalu berat dan kerja yang bukan berada dalam
bidangnya.

Para pembantu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan


jujur dan ikhlas. Setiap tugasan yang diberikan akan dipantau dan diberikan
7

markah mengikut skala 1 hingga 10. Tujuan pemberian markah ini adalah
sebagai panduan majikan untuk menberikan ganjaran tidak kira lah dalam
bentuk wang mahu pun hadiah lain. Teknik ini bagi memotivasikan pembantu
supaya bekerja dengan lebih baik.

Pembantu perlu mematuhi waktu bangun dan tidur kecuali semasa cuti
rehat. Hal ini bagi mendisiplinkan pekerja supaya mendapatkan rehat yang
secukupnya dan seterusnya sebagai langkah mengekalkan kesihatan fizikal
dan mental.

Selain itu, kami juga mengamalkan lima prinsip iaitu (1) taqarum yang
bermaksud mewujudkan budaya hormat menghormati kepada peraturan di
tempat kerja, hormat sesama pekerja, mengucapkan salam, selamat
pagi/petang, (2) tafahum yang bermaksud mewujudkan sikap saling
memahami peranan dan tugasan, (3) tasamuh bermaksud saling bertimbang
rasa, (4) taawun iaitu saling tolong menolong dan (5) takaful iaitu memikul
tanggungjawab bersama.
8

KESIMPULAN
Buruh merupakan salah satu daripada komponen faktor pengeluaran
yang brperanan penting dalam ekonomi. Ekonomi akan berkembang apabila
sumber-sumber dieksploitasi dengan sebaik-baiknya untuk maslahah ummah.
Tenaga buruh yang produktif menghasilkan pengeluaran untuk memenuhi
permintaan sekali gus meningkatkan pendatan negara. Dalam al-Quran
dinyatakan:

Dan bahawa tiadalah untuk manusia, melainkan apa-


apa yang diusahakannya.

(surah al-Najim 53:39)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa peranan buruh penting untuk


kemaslahatan diri dan ummah keseluruhannya. Kemajuan dan kekayaan
manusia bergantung kepada komitmen yang disumbangkan oleh tenaga buruh
dalam bentuk fizikal dan intelektual. Peranan buruh dan majikan tidak
dinafikan menyumbang kepada keluaran negara kasar. Kenyataan ini
mengingatkan kedua-dua nya akan tanggungjawab mereka kepada Allah
S.W.T dan menganjurkan mereka supaya menjaga kepentingan orang lain
sama seperti menjaga kepentingan mereka sendiri.
9

RUJUKAN

Ahmad Muhammad al-Assal dan Fathi Ahamad Abdul Karim (1981) Sistem
Ekonomi Islam: Prinsip-prinsip dan tujuan-tujuannya. Terjemahan oleh
Abu Ahmad dan Anshori Umar Sitanggal. Singapura: Al-Haramain.

Kasim Mansur. (2009) Pembentukan Modal Insan Cemerlang: pendekatan


ekonomi Islam.

Surtahman Kastin Hassan dan Abd. Ghafar Ismail (2001) Tenaga Buruh dan
Upah dalam Islam. Islamiyyat 22:3.12.
10

LAMPIRAN A

Kontrak Perkhidmatan
Pembantu Rumah Asing

Kontrak kerja ini dibuat antara (a) majikan dan (b) pembantu rumah asing
(PRA) di bahagian A berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam bahagian
B.

Bahagian A: Keterangan Pihak dalam Kontrak

Majikan

Nama: Siti Masitta Binti Jaafar


No. KP: XXXXXX-XX-XXXX
Alamat: 7, Lorong Burung, Jalan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Pembantu Rumah Asing

Nama: Jacqueline Bark


No. Passport: S873907

Bahagian B: Syarat-syarat kontrak

I. Tempoh kerja dan tempat kerja


1. Para PRA diupah oleh Majikan sebagai pembantu rumah untuk
jangka masa 2 tahun.
2. Para PRA hanya dibenarkan bekerja dan berada di kediaman
majikan seperti yang telah ditetapkan.
II. Tanggungjawab PRA
3. Para PRA akan berusaha melakukan pekerjaannya dengan tekun
dan jujur pada bila-bila masa.
4. Para PRA tidak akan mengambil, atau memberi perkhidmatan
kepada majikan lain.
III. Remunasi dan manfaat
5. Majikan perlu membayar upah PRA sebanyak RM400 sebulan.
6. Gaji akan dibayar setiap tanggal 10 pada setiap bulan.
7. Gaji akan dibayar dengan tunai.
8. Majikan harus menyediakan bilik penginapan yang sesuai.
9. Majikan harus menyediakan sekurang-kurangnya tiga kali makan
sehari.
10. Majikan harus menyediakan sekurang-kurangnya 6 jam
waktu istirehat secara terus-terusan.
11

11. Para PRA berhak untuk mendapatkan cuti rehat dua kali
dalam sebulan. Jika cuti rehat tidak diambil, PRA harus diberi
gantirugi secara tunai iaitu sebanyak RM15 sehari.
12. Dalam hal jika PRA mengalami kesakitan/kecederaan
semasa bekerja di tempat majikan, maka majikan harus
menanggung semua kos rawatan , termasuk kos perundingan
perubatan, ubat-ubatan, pengnapan rawatan dan lain-lain.
13. Majikan harus menyediakan keadaan kerja yang selamat
pada bila-bila masa.
IV. Penamatan kontrak
14. Salah satu pihak boleh menamatkan Kontrak ini dengan
memberi Notis Pemberitahuan awal (minimal satu minggu)
15. Jika kedua-dua belah pihak sepakat untuk memperbaharui
hubungan kerja, maka kontrak kerja baru harus ditandatangani
oleh kedua-dua majikan dan PRA.

Bahagian C: Perisytiharan majikan

Saya telah membaca dan memahami isi kandungan Kontrak ini, dan dengan
ini bersetuju untuk mematuhinya.

Tandatangan majikan: ______________________________________


Disaksikan oleh (nama & tandatangan): ______________________________________
Tarikh: ______________________________________

Bahagian D: Deklarasi Pembantu Rumah Asing (PRA)

Saya telah membaca dan memahami isi kandungan kontrak ini, dan dengan
ini bersetuju untuk mematuhinya.

Tandatangan PRA: ______________________________________


Disaksikan oleh (nama & tandatangan): ______________________________________
Tarikh: ______________________________________

Anda mungkin juga menyukai