BAB7 - Intervensi Tingkah Laku Bermasalah
BAB7 - Intervensi Tingkah Laku Bermasalah
BAB7 - Intervensi Tingkah Laku Bermasalah
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku
negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif,
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah
yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
7.1.2 Shaping
Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna.
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui
beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang
tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru akan memberi ganjaran secara bertahap
setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru.
Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang ahli psikologi iaitu B.F.
Skinner (1904-), pelopor di dalam bidang kajian pelaziman operan. Beliau merupakan
orang yang terawal mempelopori konsep shaping dengan menjalankan satu eksperimen
ke atas sebuah tikus. Dalam eksperimen B.F. Skinner, beliau melatih seekor tikus menekan
tuas. Apabila tikus itu bergerak ke arah tuas dan menekan tuas, tikus akan diberi ganjaran
seperti bijiran. Sebaliknya jika tikus itu melakukan pergerakan lain, maka tiada ganjaran
yang akan diberikan. Akhirnya, akibat daripada shaping, tikus itu dapat membuat
pergerakan yang tepat ke arah tuas untuk menekan tuas.
Oleh itu, dalam konsep shaping ini, guru harus memastikan murid itu betul-betul
bermakna bagi murid itu berkenaan. Contoh senario 1 di bawah akan menggambarkan
teknik shaping ini digunakan. Senario 1
Seperti biasa di dalam kelas, Ji Yoon tidak pernah menyempurnakan kesemua 10
soalan tatabahasa yang diberikan. Guru memerhatikan bahawa, Ji Yoon menghabiskan 3
soalan pertama terus berhenti. Oleh itu, Cikgu Kim cuba merekabentuk intervensi shaping
bagi membantu Ji Yoon mentiapkan atihan kelas. Dia akan diberikan pengukuhan selepas
berjaya menghabiskan 4 soalan, 5 soalan dan sebagainya. Akan tetapi, apabila Ji Yoon
hanya mampu menyiapkan kurang daripada 3 soalan, Cikgu Kim tidak akan memberikan
sebarang pengukuhan. Setelah 3 minggu, didapati bahawa Ji Yoon berjaya
menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa. Cikgu Kim pun berhentikan pemberian
pengukuhan tersebut.
Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu pertujuan di
antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku. ini adalah satu
perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara
yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Jadual 1 di
bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan X, kemudian Y yang berlandaskan
prinsip Premack jika anda lakukan x, anda boleh lakukan atau peroleh y
Jadual 1: Pernyataan X, kemudian Y
X
Kemudian
Duduk diam di tempat duduk.
Daftarkan secara sukarela
menjadi ahli pasukan bola
tampar di sekolah.
Menepati masa ke sekolah.
Tidak membuat bising di
dalam kelas.
Y
Dapatkan masa rehat selama
minit.
Dapatkan pengiktirafan guru
besar
Murid yang pertama keluar
semasa rehat.
Dapatkan sticker tambahan.
Namun demikian, kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh dibuat
secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja pernyataan yang
terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan
tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid
dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan
cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini.
Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat
menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya
melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan
contoh kontrak secara bertulis di antara guru dengan murid.
Contoh Kontrak Secara Bertulis
Tarikh: ____________
KONTRAK
Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan
_________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________
(tarikh) dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada
____________. (tarikh)
Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________
_____________________________________________________________
Guru akan ____________________________________________________
3
_____________________________________________________________
Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti
disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi,
sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.
Tandatangan murid :
_______________
Tandatangan guru : _______________
Tandatangan murid : _______________
Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di
atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal
untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.
Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang berkenaan
akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu
dilakukannya. Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab
ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan
oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat
perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.
7.1.4 Token Ekonomi
Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan
peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di
prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif muridmurid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau
menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang,
pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token
tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu
aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi
sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token
tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan
tingkah laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah:o
o
o
o
Bintang
Smiley
Setem
Pelekat dan sebagainya
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau
carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan
unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan ransangan
yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu. Jadual 2 di bawah menunjukkan
respons untuk memperoleh tokens dan contoh menu ganjaran untuk menebus nilai tokens
dalam membentuk tingkah laku pembelajaran:
4
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam
sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor atau guru bimbingan perlu lebih banyak
meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien (Faizal). Untuk
benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu
memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua
percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga
patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya
itu. Merujuk kepada masalah yang dihadapai oleh Faizal yang berasal daripada keluarga
yang agak miskin dan mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah serta mempunyai adik
beradik yang masih kecil lagi sebagai seorang guru, perlulah mempunyai sikap mendengar
dengan teliti dan memberi penuh perhatian terhadap masalah yang telah disampaikan oleh
murid kerana maklumat yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu guru
mengenalpasti masalah dan seterusnya membentu murid tersebut.
b)
Kemahiran Berempati
Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya
kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan
dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ klien tersebut. Dengan ini, klien akan
merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami
keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk
memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh
pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu
berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap.
Dalam isu yang dihadapi oleh Faizal, ayahnya perlu menampung perbelanjaan untuk
membayar rumah sewa sebanyak RM250 setiap bulan, menyara isi rumah seramai 5 orang
dengan adiknya yang berumur 2 tahun. Jadi, gaji ayahnya hanya cukup untuk membeli
keperluan sahaja. Sebagai seorang kaunselor atau guru bimbingan yang baik, perlulah
menunjukkan sikap empati yang sepatutnya ditunjukkan dan guru juga boleh membawa
6
Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh
klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang
ringkas, padat dan tepat. Menurut kes yang dihadapi oleh Faizal yang mempunyai banyak
masalah disiplin dan juga masalah dalam akademik, sebagai seorang kaunselor perlulah
mendengar segala isi yang telah disampaikan oleh klien dengan teliti kerana dengan
refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa dia didengari dengan betul dan
difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut.
Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan
perkataan yang sama berulang-ulang kali kerana klien akan berasa bosan.
d)
Kemahiran Interpretasi
Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan.
Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus
bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu
petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk
memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.Selain itu, ia juga
memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir
7
kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang
barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.
Seperti masalah disiplin yang dilakukan oleh Faizal, seperti ponteng sekolah dan
bertindak kasar terhadap guru, kaunselor tidak boleh terlalu terburu-buru untuk bertanya
soalan atau terburu-buru ingin mengetahui sebab berlakunya masalah kerana pada waktu
ini kemahiran kesenyapan digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan maklumat yang
lebih lanjut daripada murid tersebut. Dikhuatiri jika guru terburu-buru akan menyebabkan
ketenangan emosi klien terganggu. Kaunselor juga perlu menghadapi sebarang keadaan
dengan tenang dan jangan panik. Ini adalah penting untuk mengekalkan keyakinan klien
terhadap kaunselor.
Di samping itu, memberi peluang kepada kaunselor untuk mendengar apa yang
dikatakan oleh klien dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan
lebih teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik
serta lain-lain lagi. Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang
terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi.
7.3 Terapi bermain
A. PENGERTIAN BERMAIN
Bermain adalah cara alamiah bagi anak mengungkapkan konflik dalam dirinya yang tidak
disadari.(wholey and Wong,1991).
Bermain adalah suatu kegiatan yang dilakukan sesuai dengan keinginan untuk
memperoleh kesenangan.(Foster,1989)
Bermain adalah kegiatan yang dilakukan untuk kesenangan yang ditimbulkan tanpa
mempertimbangkan hasil akhir (Hurlock)
Jadimkesimpulannya bermain adalah cara untuk memperoleh kesenangan tanpa
mempertimbangkan hasil akhir.
B. KATEGORI BERMAIN
1. Bermain aktif
Yaitu anak banyak menggunakan energi inisiatif dari anak sendiri.
Contoh : bermain sepak bola.
2. Bermain pasif
Energi yang dikeluarkan sedikit,anak tidak perlu melakukan aktivitas (hanya melihat)
Contoh : memberikan support.
C. CIRI-CIRI BERMAIN
1.
2.
3.
Selalu dinamis
4.
5.
Anak belajar memberi respon terhadap respon yang diberikan oleh lingkungan dalam
bentuk permainan,misalnya orang tua berbicara memanjakan anak tertawa senang,dengan
bermain anak diharapkan dapat bersosialisasi dengan lingkungan.
2.
Anak memproleh kesenangan dari satu obyek yang ada disekitarnya,dengan bermain
dapat merangsang perabaan alat,misalnya bermain air atau pasir.
3.
Skill play
Memberikan kesempatan bagi anak untuk memperoleh ketrampilan tertentu dan anak akan
melakukan secara berulang-ulang misalnya mengendarai sepeda.
4.
Anak berfantasi menjalankan peran tertentu misalnya menjadi ayah atau ibu
Solitary play
Jenis permainan dimana anak bermain sendiri walaupun ada beberapa orang lain yang
bermai disekitarnya. Biasa dilakukan oleh anak balita Todler.
2.
Paralel play
Asosiatif play
Permainan dimana anak bermain dalam keluarga dengan aktifitas yangsma tetapi belum
terorganisasi dengan baik,belum ada pembagian tugas,anak bermain sesukanya.
4.
Kooperatif play
Anak bermain bersama dengan sejenisnya permainan yang terorganisasi dan terencana
dan ada aturan tertentu. Bissanya dilakukanoleh anak usia sekolah Adolesen
9
E. FUNGSI BERMAIN
Anak dapat melangsungkan perkembangannya
1.
PERKEMBANGAN KOGNITIF
KREATIFITAS
PERKEMBANGAN SOSIAL
Diperoleh dengan belajar berinteraksi dengan orang lain dan mempelajari belajar dalam
kelompok.
5.
Bermain belajar memahami kemampuan diri kelemahan dan tingkah laku terhadap orang
lain.
6.
PERKEMBANGAN MORAL
Intraksi dengan orang lain bertingkah laku sesuai harapan teman menyesuaikan dengan
aturan kelompok.
Contoh : dapat menerapkan kejujuran.
7.
TERAPI
Bermain kesempatan pada anak untuk mengekspresikan perasaan yang tidak enak
misalnya : marah,takut,benci.
8.
KOMUNIKASI
Bermain sebagai alat komunikasi terutama bagi nak yang belum dapat mengatakan secara
verbal, misalnya : melukis,menggambar,bermain peran.
10
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik
muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita yang
didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring dengan
peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya ditulis di atas
kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang, kertas,sutera, kanvas, dirakam pada filem
dan disimpan dalam bentuk digital.
Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan
klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk
membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui
antara ahli terapi dan klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep
bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris
menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping
itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka
menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai
diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya,
guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika
keluarga mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran
melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri.
Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman
tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai dan rasa selamat
apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling
kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran,
perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu
pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman
antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok
memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa
syarat, dan kongruen/ keikhlasan.
Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh
memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang
kemahiran penyelesaian masalah. Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti
termasuk memisahkanpenyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings
dan OConnell, 1978 ).
Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukar idea, pengesahan pertentangan,
simulasipenyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran
ekstrinsik.Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat
apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu
kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal.
Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada
memperkembangkan kemahiran berfikirberdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan
yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti output kreatif. Peningkatan inovasi dalam gerak
kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah individuyang kreatif di dalam sesuatu
kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam berkumpulan dan ia
dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.
Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran
yangrelevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau
menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan
yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi. Implikasinya ialah
pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan inovasi berkumpulan.
Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan
ilmu. Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti
kreativiti. Pengetahuan bersifat personal , sukar dIformalkan , subjektif , ilham dan bermula
dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh
dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.
Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan
lagi inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen
yang memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan .
Guru sebagai penyalur maklumat kurikulum melalui pendekatan yang efektif boleh
mengagihkan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar
belakang dan kemahiran .
Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa
pelajar. Pendekatan yang pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
kepada motivasi minat. Guru menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan
dorongan dan simulasi kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan
inovatif.
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi
batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula
sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan
13
tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran
tetapi kehidupan seharian.
Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di
Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong
bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri,
memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan
utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi
keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza
samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama
menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada
menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara
kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta
dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap
disamping kestabilan emosi.
14
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai
sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan
lain-lain.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan
digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej
baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan
komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam
benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan
dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
CETAKAN
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan
blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan
menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak
yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan
mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah.
GOSOKAN
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan
(tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis
pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak
dipindahkan.
Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang
berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar
melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan,
murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di
atas suatu permukaan yang berjalinan.
Pelbagai teknik gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja,
gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang
kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna
atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan
kertas.
RESIS
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air
dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu
dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau
menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi
menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan
15
Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak
untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahanbahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air
dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat
dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.
GURISAN
Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis
supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan
untuk melakar gambar di atasnya.
PERCIKAN
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada
lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air
atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana
sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini
setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis,
mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang
digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna
basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau
marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah
landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang
dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk
mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.
MOZEK
Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau
gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek
juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil
bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai
atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun
secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari
cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.
STENSILAN
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna
disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong
atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi
kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
16
KESIMPULAN
Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan
perasaan mereka melalui permainan dan seni. Merkea juga mempunyai kebolehan untuk
keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang
menuju kepada kebaikan
Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran
Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan
dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang
(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyibunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik
merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi
mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara.
Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar
emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang
tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang
insan.
17
Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan.
Para ulama bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT
dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: Dan sederhanakanlah langkahmu semasa
berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk
suara ialah suara keldai.Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji
suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.
Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."
Imam al-Ghazali berpandangan: Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah
nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya
seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al
lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang
tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada
waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan
kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus
beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh
kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan
sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.
Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan
orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan
Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The
Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi). Begitu juga al-Farabi yang
hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaitu Great
Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The
Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke
bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.
Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada
Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada al-ud, rebec daripada rababah,
gitar daripada qitara dannaker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).
18
2. Muzik Barat
Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
Tiup dan bras
-rekoder, trompet, seksofon.
Bertali
-gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
Demonstrasi
Warming up.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya,
biologikal dan neurogikal.
Matlamat Terapi Muzik
i) memulihkan kekuatan fizikal
ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran
Objektif terapi
Pengurusan T/L
Tingkatkn penglahiran perasaan
Tingkatkan harga diri
Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
19
Kembangkan emosi
Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
Latih pertuturan
5. Murid Autistik
Menghasilkan komunikasi.
Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema,
nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak
adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.
Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara
dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan
tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan
proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh
Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu
Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati
rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu
minggu Josh telah dapat mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik
mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja
nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih
tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan
stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan
emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka
dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga
dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan
dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga
kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan
diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah
berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik
digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan
tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga
berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan
penyakit yang hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai
masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat
membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di
mana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan
ketegangan otot dan meningkatkan daya tahan badan.
KEKURANGAN TERAPI MUZIK
22
Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau
tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau
persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan
yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan keadaan yang mereka alami.
Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi
antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya di
mana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah
ditetapkan oleh kaunselor.
Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi
kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan
muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut
dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan
panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan
berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk
diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji kesesuaian muzik yang akan
di perdengarkan untuk klien.
Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya
menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan
berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada
masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang
dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien.
Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh
terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang
mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih
untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat
menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik
yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi
dijalankan.
Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali
sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien
akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan
segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai
dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam
menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja
akan mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai
dengan tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK
Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah
memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang
23
digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat
menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien. Keberkesanan terapi muzik dalam
sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien dalam proses
pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi.
Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah
dihadapi oleh klien ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di mana ia
adalah terapi muzik yang paling berkesan mengurangkan tekanan dan mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan peranan yang penting
dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya yang dialami oleh klien. Di
samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga didedahkan dengan proses
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya kaunselor Islam mempraktikkan terapi ini
dalam sesi kaunselingnya.
Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan tempat
atau ruang yang sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi kaunseling di
antara kaunselor dan klien. Tempat bagi melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan
tenang di mana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan tekanan dan masalah yang
mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien menghilangkan kecelaruan, konflik
dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa sesi terapi muzik dijalankan, amatlah
penting dalam menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan
terapi muzik dilaksanakan.
Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintegrasikan muzik
dengan terapi yang lain contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui proses
integrasi terapi ini di dalam sesi kaunseling, proses penyembuhan tekanan dapat dilakukan
dalam masa yang singkat. Integrasi terapi ini sangat penting dilakukan di mana proses
pengintegrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana terapi ini boleh dilakukan pada hari
yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi muzik dijalankan, klien akan didedahkan
supaya menggunakan terapi seni dalam menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka
ada melalui lukisan, kraf tangan dan sebagainya.
Di samping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakan bengkel-bengkel terapi muzik
untuk kesedaran umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan seharian mereka
jika mereka mempunyai masalah dan tekanan yang tidak dapat disalurkan melalui alternatif
lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi muzik ini, ia akan menimbulkan
kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik bukan sahaja untuk orang yang
bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan melalui proses terapi muzik.
Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor hendaklah
memberi rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi muzik dijalankan.
Melalui kaedah ini, ia mampu membuat minda klien berfikir dan menilai sendiri baik buruk
masalah yang melanda melalui muzik yang bersesuaian. Selepas sesi terapi muzik selesai,
kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberi bimbingan kepada
24
klien untuk membuat dan memilih jalan yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru itu klien
dapat menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi.
Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah lagu
dimana melalui aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia dapat
mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien. Apabila klien melakukan aktiviti ini mereka
dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi melalui lagu dan
sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan tekanan yang
mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan jiwa dan perasaan
yang baik.
Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja mereka
boleh melakukan aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan perasaan mereka.
Melalui terapi muzik secara berkumpulan klien dapat berkongsi masalah dan pandangan
dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini akan mempercepatkan lagi klien
dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang baik dari ahli kumpulan mereka justeru
ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah.
25
26
o
o
o
o
Singkiran- murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid
lain mengatakan dia sebagai murid yang tidak disukai.
Guru harus mengetahui cara dinamika bilik darjah dengan bijak seperti melalui
kajian sosiometri yang telah dibuat.
Guru juga perlu mempunyai sikap dan nilai yang boleh diterima oleh mana-mana
ahli kumpulan dinamika bilik darjah.
Oleh itu, setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh guru akan diikuti oleh
muridmurid.
Dapatkan kerjasama kumpulan dalam menguruskan disiplin murid darjah.
27