Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi
4 Januari 2017.
Menemui sahabat penaku James, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne,
Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Saudara Arthur,
Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak
terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan
untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat
untuk mengetahui tempat dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya
pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin
ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.
Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu
di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang
boleh dilawati oleh saudara. Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat
memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang
tenang damai dan suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati
keindahan suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.
Pulau Langkawi juga terkenal sebagai gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan
dengan Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan
orang zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri
adalah seorang perempuan cantik yang telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah.
Darah putih telah mengalir daripada tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau
juga sempat mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya akan
jadi seperti padang jarang padang terkukur.
Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan
bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara
berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih
banyak informasi mengenai lagenda ini. Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di
Pulau Dayang Bunting, Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan
pelbagai legenda dan mitos.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada
peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambargambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.
Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir
kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.
Yang Benar,
Harith Faidz