Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Bahasa Melayu Indah Nan Santun

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Melayu indah nan santun,

Mekar-megah di pentas dunia,


Jari sepuluh kemas kususun,

Mohon bicara nan menyusun kata.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,
Barisan panel penghakiman penuh berkarisma,
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus wadah
tonggak negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat luas
pengertiannya, bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik semata-mata,
tetapi bahasa juga citra budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat
perhubungan sosial dalam masyarakat. Menurut Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa
merupakan citra masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa.
Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu
bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu bangsa atau petunjuk kepada
sesuatu kebudayaan. Sebagai warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai
bahasa kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa
sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya . Pada bahasa itulah tergambar etos atau
semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang dipunyai secara
bersama.

Bicara saya yang pertama,


Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia

Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa Malaysia.


Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan peruntukkan-
peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa
Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi
Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan
Tanah Melayu. Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan
kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu bahasa.
Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika kaum Melayu
hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa Mandarin,Tionghua,
ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula dengan bahasa Tamil nya sahaja, maka
bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu
bangsa 1 Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan
terpancarlah `jati diri asing’. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai
bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan –
1 bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan wawasan 2020.

Hadirin hadirat sekalian,


Bicara saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk


mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa dalam
konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan
sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan, bukannya bahasa-bahasa asing.
Walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa global, namun kita tidak
seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Cuba kita
teladani , Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa di benua
Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali
gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-
masing . Nah , sewajarnya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, teknologi
dan peradaban moden. Justeru, akan tercapailah gagasan pemajuan negara dan pembinaan
bangsa Malaysia, jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan
kita sendiri, siapa lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius untuk
mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga


Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri
sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah
memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral.
Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia
memandang tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan
keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata .Di plaza tol lebuh raya kini
terdapat bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa
rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang
memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera Sudahkah kita
betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan
touch n go Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri
lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n
go. Tepuk dada, tanya selera.
Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa Melayu
dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu
yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak akan membawa kita ke
mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan
memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang
berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa kita sebagai
satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka
yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa
memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan
berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra
sesuatu bangsa.

Akhir kata;

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah matullahiwabarakatu.

Bismilahhiramannirahim

Kalau tidak kerana bintang,

Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

Kalau tidak kerana pidato,


Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,

Singgah sebentar di laluan Kerai,

Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang
sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak
jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,

Singgah di Melaka menjual sutera .

Bahasa melayu bahasa perantara ,

Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara cogan kata yang
dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti
perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan
ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan.
Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan
pada perpaduan untuk meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin
bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara
berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan
tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini
sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa
kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya
untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang
bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri
akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila
memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa
Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa
perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila
kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan
masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah
ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta
kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah
tentulah Bahasa Melayu. Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas
membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa yang merentasi dunia (cuba
cari sinonim dunia)

Hadirin yang dihormati,

Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara
kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta
Zaaba yang berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur
dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.
Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit
sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan, kemelayuan ataupun keindiaan.

Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah

Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat


bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa
Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi
baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada
bahasa Cina dan India yang mengalami proses kemalaysiaan sememangnya dapat
mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk
berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga
tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia.
Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu
turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh
daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir
800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk
pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk
memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak
bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli
mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan
sesebuah negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana
mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar
bandar dan di kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan
sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu
boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran
subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu
dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain
dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program
Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai
wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas
menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu
dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.
Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan
kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan
merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa
insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu,
sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu
tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai