Punca Pencemaran Sungai
Punca Pencemaran Sungai
Punca Pencemaran Sungai
Selain itu, fenomena ini juga berpunca daripada pembuangan sisa toksik dari
kilang. Di Malaysia, industri yang berasaskan pertanian dan pembuatan banyak
menghasilkan bahan buangan. Kajian menunjukkan bahawa tidak kurang daripada
satu juta kilogram sisa industri kelapa sawit dan industri getah dibuang ke perut
sungai pada setiap hari. Hal ini berlaku kerana terdapat segelintir pengusaha yang
hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk tindakan
sedemikian. Sikap pengusaha yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing ini perlulah dihindar dan dicegah. Lebih parah lagi, terdapat
pegawai penguatkuasa yang tidak amanah. Mereka tidak mengenakan tindakan
terhadap pihak atau pengusaha yang bertanggungjawab mencemarkan sungai di
negara kita. Oleh sebab itu, tidak mustahillah sekiranya peencemaran sungai
bertambah serius dari semasa ke semasa.