Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Konsep Retorik

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KONSEP RETORIK

Retorik dalam bahasa Yunani disebut sebagair hetor ike yang bermaksud seni berpidato.
Dalam bahasa Perancis pula, retorik dikenali sebagairhetorique yang disebut sebagai
rhetoric dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Arab menyebut retorik sebagai al-
Balaghah yang bermakna sampai, terang dan jelas. Al-Balaghah ini terbahagi kepada tiga

jenis, iaitual-Bayan,al-Maani danal- Badi. Retorik Barat pula terbahagi kepada dua, iaituschemes

dantropes. Retorik moden dapat didefinisikan sebagai seni yang menggunakan bahasa secara

berkesan untuk memujuk khalayak, seni keindahan dalam berbahasa sama ada dalam pengucapan

ataupun penulisan (fiksyen atau bukan fiksyen), dan seni yang memanipulasi bahasa bagi tujuan

propaganda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) pula, retorik adalah seni

menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi

pemikiran pendengar. Di samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam Umar Jusuh (1989:xx) ada

menyatakan bahawa retotik lebih menekankan akibat atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan.
Skema dam majaz merupakan dua komponen utama di bawah retorik. Skema atau
schemes ini boleh difahami ayat-ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropespula

merupakan bahasa yang perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagi

kepada skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skema

hiperbaton. Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu majaz

pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan, dan majaz Melayu. Umar Jusuh

(1989:237) mentakrifkan majaz atau


tropes ini sebagai ungkapan bahasa, pepatah dan sebagainya. Majaz juga membawa

makna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya

hubungan dan petunjuk. Strategi majaz ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu majaz yang dapat

difahami dengan akal dan majaz yang dapat difahami dengan lafaz.

Selain skema dalam pendekatan retorik ini, pengarang juga banyak menyelitkan strategi-strategi
majaz atautropes dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Majaz pertama yang
diselitkan dalam Seluang Menodak Baungdan Ketika Cinta Bertasbih 1 ialah majaz pertautan. Majaz
pertautan adalah gaya bahasa yang mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara dengan
perkara lain untuk mewujudkan hubungan pertautan makna sama ada bersifat simbolik,
perumpamaan atau tamsilan. Majaz pertautan yang digunakan oleh Shahnon Ahmad dan
Habiburrahman El Shirazy dalam novel mereka ini ialah strategi disfemisme, iaitu penggunaan kata-
kata yang kasar untuk tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, Shahnon Ahmad lebih gemar
menggunakan pendekatan ini berbanding saudara Habiburrahman dalam Ketika Cinta

Bertasbih 1. Kata-kata kasar yang gemar digunakan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, Seluang
Menodak Baung selalunya bersifat sinis dan kadangkala menggunakan kata-kata kesat ataupun tidak
sopan. Kehadiran kata-kata kasar ini dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat yang berikut:

(35)Musibat semua manusia di kota raya ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 150) (36) Kalau kau
hendak ikutbar ua-bar ua itu, ikut saja dan jangan pulang ke rumah aku ini. (Seluang Menodak Baung,
1998: 247) (37) Begitu banyak korban perempuanjalang kiriman Mosad itu. (Ketika Cinta Bertasbih 1,
2007: 385) Di samping itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy juga ada menyelitkan
strategi eufemisme dalam kedua-dua novel ini. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:402) mentakrifkan
eufemisme sebagai ungkapan yang lebih lembut, iaitu sopan, manis dan sebagainya untuk
menggantikan ungkapan yang lebih kasar. Strategi eufemisme ini bertentangan dengan strategi
disfemisme yang menggunakan kata-kata kasar. Dalam strategi eufemisme ini, pengarang Seluang
Menodak Baung danKetika

Cinta Bertasbih 1 telah menghaluskan kata-kata supaya lebih sopan dan bersesuaian dengan situasi.
Hal ini jelas dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut: 16

(38) Kadang-kadang payah betul Piahbers alin. (Seluang Menodak Baung, 1998: 260) (39) Ayahm
eninggal kerana kecelakaan. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 329) Dalam Seluang Menodak Baung
dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini juga turut diselitkan unsuralus i oleh pengarang. Istilah lain bagi alusi
ialah kilatan atau bayangan, iaitu pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak
langsung kepada suatu kisah, cerita atau peristiwa yang berasaskan peranggapan bahawa penulis
dan pembaca mempunyai pengetahuan, pengalaman dan konsep yang sama (Nik Hassan Basri Nik
Ab. Kadir, 2007: 13). Menurut Umar Junus (1989:209), strategi alusi ini akan komunikatif apabila
khalayak mengenal unsur yang dijadikan alusi. Unsur alusi ini ada diselitkan dalam contoh ayat-ayat
berikut:

(40) Kalau Salam berubah sikap, memang betul-betullah anak itu bernamaTuah ataupunJebat. Piah
kurang peduli sangat yang mana satu. Kedua-duanya hulubalang yang berani menentang sesuatu.
(Seluang Menodak Baung, 1998: 281-282)

(41) Seperti Nabi Adam ketika dilarang makan buah Khuldi malah jadi penasaran. Dan begitulah
manusia jika mendapat larangan... (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 80)

Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novelSeluang Menodak Baungdan
Ketika Cinta Bertasbih 1 juga banyak menekankan unsur-unsur perbandingan. Majaz perbandingan
melibatkan penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal yang pada
hakikatnya berlainan atau sengaja dianggap mempunyai persamaan. Pendekatan yang digunakan
oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman ini berjaya menambahkan kesan dan kemaknaan dalam
perkara yang hendak ditegaskan, di samping berjaya mewujudkan keindahan dalam hal yang ingin
diperkatakan.

17

Unsurpersonifikasi merupakan strategi yang paling menarik dalam majaz perbandingan ini. Perkataan
personifikasi merupakan cantuman dua perkataan, iaitu “persona” dan “fic”. Perkataan “persona”
bermaksud orang, pelaku, aktor atau topeng yang dipakai dalam persembahan drama, manakala “fic”
pula membawa pengertian membuat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 331). Dapatlah
disimpulkan di sini bahawa personifikasi ialah pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat
manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, objek tidak
bernyawa, atau idea yang abstrak. Cantuman perkataan personifikasi ini sahaja sudah cukup menarik,
apatah lagi gaya bahasanya yang pasti penuh dengan keindahan. Keindahan unsur personifikasi ini
tergambar dalam ayat berikut:

(42) Dari jauh kepala badai menjerit dan sekali lagi melanda terus menuju hala yang telah ditetapkan.
(Seluang Menodak Baung, 1998: 360) (43)Angin berhembus sangat kencang. (Ketika Cinta Bertasbih
1, 2007: 115) Di samping itu, pengarang turut mengetengahkan strategi metafora dalam majaz
perbandingan ini dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Metafora
merupakan gabungan daripada kata “meta” yang bermaksudm em indahkan dan “pherein” yang
bermaknamembawa. Unsur metafora ini sering dikaitkan dengan “pemindahan”. Dalam retorik klasik,
metafora dirumuskan sebagai perbandingan atau persamaan yang dipendekkan, atau pemindahan
kepada erti lain (Umar Junus, 1989: 227). Unsur metafora ini jelas tergambar dalam ayat-ayat berikut:
(44) Dan seluruh keluarga Salam juga penuh yakin bahawa Suman akan muncul besok pagi-pagi
bersama sinar lembut matahari. (Seluang Menodak Baung, 1998: 43)

(45) Aku masih harus memperhatikan adik-adikku sampai ke gerbang masa depan yang jelas dan
cerah. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 121) Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El
Shirazy turut membuat perbandingan secara langsung dalam novel mereka ini. Menurut Nik Hassan
Basri Nik 18

Ab. Kadir (2007:365),simile ialah perbandingan terus, iaitu membandingkan dua hal yang pada
hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja dianggap sama. Perumpaan ini secara jelas
mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bagai,
laksana, umpama, ibarat, bak, dan sebagainya. Perbandingan secara terus ini dapat dilihat dalam
contoh-contoh ayat yang berikut:

(46) Biar rimba itu cerah seperti padang jarak padang tekukur. (Seluang Menodak Baung, 1998: 295)
(47) Suara itu nyaring bagai burung camar, terbang ke tengah laut. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007:
74) Penggunaan majaz pertentangan, iaitu penggunaan kata atau frasa yang saling bertentangan dari
segi makna dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 juga amat menarik sekali.
Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:149) pula, majaz pertentangan yang disebut sebagai
gaya bahasa pertentangan oleh beliau ialah bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang
bertentangan dengan makna yang sebenarnya. Teknik yang gemar digunakan Shahnon Ahmad dan
Habiburrahman El Shirazy dalam majaz pertentangan ini ialahhiperbola, iaitu kata yang berasal
daripada bahasa Yunani. Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan “hyper” yang
bermaksudmelebihi dan “billien” yang bermaksudkeluarkan atauluahkan. Dapatlah disimpulkan di sini
bahawa hiperbola ialah strategi yang mengandungi penyataan tentang sesuatu perkara secara
berlebih-lebihan atau secara melampau dari segi jumlah, sifat atau ukurannya.

Penggunaan teknik hiperbola dalam novel Seluang Menodak Baung danKetika Cinta Bertasbih 1 ini
berjaya memberi kesan dan pengaruh yang mendalam kepada khalayak pembaca untuk menghayati
setiap perjalanan dan perkembangan cerita ini. Dalam hal ini, kedua-dua pengarang bijak
menggunakan kata-kata dan diksi untuk memberi penekanan maksud terhadap situasi atau perkara
yang dibangkitkan dalam novel mereka ini. Tujuannya adalah untuk memperhebat lagi setiap perkara
yang digarap oleh pengarang supaya memberi kesan yang lebih mendalam kepada khalayak
pembaca.

19 Antara teknik hiperbola dalam novel-novel ini yang menarik dan berjaya memberi kesan mendalam
ialah: (48) Kau akan besar dan kelak akan terus melaungkan suara sampai pekak segala gendang
telinga. (Seluang Menodak Baung, 1998: 183) (49) Saat ayah tiada, kami merasakan dunia terasa
gelap. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 329) Selain strategi hiperbola dalam majaz pertentangan,
pengarang turut menyelitkan teknik oksimoron dalam karya Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta
Bertasbih 1. Strategi oksimoron ini membabitkan pergandingan dua kata atau istilah yang lazimnya
bersifat bertentangan. Dalam hal ini, pengarang menggunakan frasa atau ayat yang mengandungi dua
perkara yang bertentangan. Misalnya dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah:

(50) Hanya dengan jalan tidak senonoh kita mendapat perhatian yang betul. (Seluang Menodak
Baung, 1998: 204) (51) Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan.
(Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 424) Retorik seterusnya yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad
dan Habiburrahman El Shirazy dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini
ialahmajaz ragaman. Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai
makna. Dalam majaz ragaman ini, pengarang menggunakanstrategi onomatopia, iaitu penggunaan
kata-kata yang bunyinya meniru makna kata tersebut. Kehadiran retorik jenis ini dapat dilihat dalam
contoh ayat-ayat yang berikut: (52)Bergerancang bunyi; jatuh bersama Fatah. (Seluang Menodak
Baung, 1998: 130)
(53)Bam!Bam!Bam! (Seluang Menodak Baung, 1998: 311)

(54)Kriing...kriing...kriing. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 334)

20 Selain itu, pengarang turut menyelitkan teknik ekslamasi dalamSeluang Menodak Baungdan Ketika
Cinta Bertasbih 1 melalui majaz ragaman ini. Dalam hal ini, pengarang banyak menggunakan kata
seru bagi menegaskan maksudnya. Walau bagaimanapun, teknik ini lebih gemar digunakan oleh
Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya ini berbanding Shahnon Ahmad yang kurang
menggunakan teknik ekslamasi ini. Penggunaan kata seru ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat-
ayat di bawah:

(55)He Kumat! Aku adapr oblemlah. (Seluang Menodak Baung, 1998: 342) (56)Ah, entahlah! (Ketika
Cinta Bertasbih 1, 2007: 318)

Anda mungkin juga menyukai