Pendidikan Ilmu Agama
Pendidikan Ilmu Agama
Pendidikan Ilmu Agama
Manusia adalah makhluk sosial yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Hubungan sesama
manusia tidak boleh berlaku dengan sempurna jika tidak ada peraturan atau undang-undang. Sejarah
membuktikan bahawa manusia cuba mencipta peraturan dan undang-undang menggunakan akal sendiri bagi
menyusun kehidupan mereka. Namun demikian, oleh kerana kemampuan akal manusia adalah terbatas serta
pengaruh nafsu yang mendorong kepada kelemahan, maka undang-undang yang dicipta itu mempunyai seribu
macam kekurangan.
Undang-undang Islam adalah undang-undang yang bertunjangkan wahyu Ilahi, iaitu undang-undang
yang datang daripada pencipta manusia iaitu Allah S.W.T. Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan
tentunya menyediakan undang-undang yang tepat dengan fitrah kejadian manusia. Bahkan Allah tentunya Maha
Mengetahui apa yang baik untuk manusia dalam menjalankan kehidupan samada berkaitan hubungan dengan
manusia dengan Allahnya, hubungan dengan alam sekitar dan hubungan sesama manusia.
Undang-undang Islam mempunyai kelebihan yang tidak dapat ditandingini oleh undang-undang ciptaan
manusia. Sebagai undang-undang yang bersifat rabbani, hikmat dan falsafah di sebalik perundangan Islam tidak
semestinya dapat difahami oleh manusia. Walau sudah ada perbincangan disebalik falsafah undang-undang
Islam, namun tidak semua perbincangan itu mampu menggali falsafah sebenar di celah-celah keunggulan
undang-undang Islam.
Undang-undang Islam dalam bahasa Arab disebut sebagai al-syariah atau syariah. Dari sudut bahasa,
syariah bermaksud segala apa yang ditetapkan oleh Allah kepada hamba-Nya berupa al-din (agama). Skop
syariah ini adalah menyeluruh dan luas meliputi soal ibadah, kekeluargaan, jenayah, muamalat, siasah dan lain-
lain. Perkataan syariah adalah pecahan daripada perkataan syara’a yang antara lain membawa maksud jalan ke
arah air atau tempat keluar mata air yang airnya tidak pernah putus dan tidak memerlukan alat untuk
mendapatkannya.
Maksud asal perkataan syariah mempunyai perkaitan yang tersendiri dengan keunggulan undang-
undang Islam. Air adalah satu keperluan hidup yang tidak dapat dipisahkan manusia dan hampir semua makhluk
bernyawa di atas muka bumi ini. Sebagaimana pentingnya air kepada kehidupan, begitu jugalah pentingnya
syariah kepada manusia. Syariah berperanan untuk menyempurnakan kehidupan manusia untuk setiap zaman
hingga ke hari kiamat. Jika air amat sesuai untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia, maka Syariah juga
amat serasi dengan kehendak dan pembangunan manusia sejagat.
Syariah atau undang-undang Islam adalah berasaskan wahyu daripada Allah yang mencakupi segenap
urusan kehidupan manusia baik dalam soal ibadat, urusniaga, siasah, jenayah, kekeluargaan, wasiat, pusaka
serta hubungan antarabangsa. Apa yang ditetapkan oleh Allah itu mesti dipatuhi kerana itulah peraturan yang
paling menepati fitrah kejadian manusia dan sesuai di setiap tempat dan zaman.
Dirumuskan bahawa syariah merupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang ditetapkan oleh
Allah untuk umat manusia menerusi perantaraan Baginda Rasulullah s.a.w yang termaktub di dalam al-Qur’an
dan hadis supaya mereka beriman serta beramal dengannya. Hukum yang diturunkan melalui Nabi Muhammad
SAW untuk semua manusia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian;
i. Hukum atau peraturan yang berkaitan dengan dasar-dasar keimanan dan keyakinan (aqidah) kepercayaan
kepada Allah S.W.T, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Qiamat serta kepada qada’ dan qadar.
ii. Hukum atau peraturan akhlak yang berkaitan dengan pendidikan dan peningkatan jiwa. Sebagai contoh,
semua peraturan yang mendidik sifat mulia dan mencegah kejahatan atau keburukan.
iii. Hukum atau peraturan fikah iaitu perkara yang berkaitan dengan perbuatan orang mukallaf. Peraturan
yang mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia satu sama manusia.
84
4.1.1 Perbezaan Undang-undang Ciptaan Allah Dan Ciptaan Manusia
Undang-undang Allah bermaksud hukum-hukum yang diperundangkan Allah ke atas hambaNya supaya
mereka beriman kepadaNya yang boleh membawa kebahagiaan sama ada didunia dan di akhirat.
1. Undang-undang ciptaan manusia masih dapat dipinda dan diubah, mengikut peredaran masa dan tertakluk
pada pemerintah, sedangkan undang-undang Ilahi tidak dapat dipinda-pinda atau diubah-ubah, bahkan ia
masih dipakai walaupun zaman telah berubah.
2. Undang-undang ciptaan manusia dipegang oleh pemerintah dan dibuat oleh penggubal undang-undang
manakala undang-undang ciptaan Allah pula tidak dipegang oleh sesiapa dan sumber perundangannya
datang daripada Allah Ta’ala sendiri iaitu Al-Qur’an.
3. Kebiasaan undang-undang ciptaan manusia dibolehkan merayu atau membayar denda yang telah
dikurangkan. Ini membuatkan kadang-kadang undang-undang ciptaan manusia boleh berlaku tidak adil
dan denda yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang disabitkan. Berlainan dengan undang-
undang ciptaan Ilahi, orang yang melakukan kesalahan akan diberi balasan yang setimpal dengan
kesalahannya.
4. Undang-undang ciptaan manusia hanya berkuatkuasa semasa pesalah itu masih hidup sahaja. Tetapi,
undang-undang Allah akan tetap berkuatkuasa walaupun pesalah itu telah meninggal dunia.
4.2 IBADAH
Ibadat ialah peraturan-peraturan dan tatacara mengerjakan ibadat dalam Islam. Ini termasuklah
peraturan-peraturan mengenai ibadat solat, puasa, zakat, haji, qurban, aqiqah dan sebagainya. Ibadat ini
dikenali Ibadat Khusus. Ia mempunyai syarat dan rukunnya, dan jika tidak menepati syarat dan rukun itu ibadat
dikira tidak sah dan tidak diterima.
Selain daripada itu terdapat pula jenis ibadat lain yang dikenali Ibadat Umum. Ini termasuklah semua
perkerjaan yang baik yang kita lakukan setiap hari seperti bekerja, belajar, tolong-menolong, sedekah, kenduri,
beriadah, bermain, makan, minum, berkahwin dan lain-lain. Maksud ibadat ialah kita melakukan perkara itu
kerana tunduk kepada perintah Allah dan kita diberi ganjaran pahala kerana melakukannya. Ini bermakna kita
makan, minum, bermain, bekerja dan sebagainya akan mendapat pahala asalkan tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Contohnya, makan minum yang dibenarkan dan bekerja pada tempat yang dibenarkan.
Demikianlah sebaliknya, iaitu berdosa jika makan makanan yang dilarang atau bekerja pada tempat yang
dilarang.
Asas-asas kepada perlaksanaan ibadah yang lebih sempurna memerlukan kepada memiliki, memahami
dan menghayati persoalan yang berkaitan dengan iman, ilmu, ihsan dan ikhlas.
i. IMAN; Perkara asas dalam Islam ialah iman. Ia pembeza mutlak kualiti insan sama ada seseorang itu
mukmin atau kufur. Justeru itu, iman perlu dibina dan disuburkan. Iman dalam kefahaman Islam
berteraskan tauhid iaitu meyakini keesaan Allah. Kesempurnaan iman seseorang memerlukan ia
memahami Allah dan sifat-sifatNya, memahami kitab, mengenali para malaikat, rasul-rasul, Hari Akhirat
dan mempercayai qada’ dan qadar Allah. Keimanan yang mantap mampu mendorong seseorang
melakukan amalan semata-mata kerana Allah.
ii. ILMU; Ilmu adalah alat yang penting untuk membolehkan manusia memahami, menghayati dan mampu
berfungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kepentingan ilmu juga dapat dilihat melalui penurunan
ayat yang pertama ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan. Penguasaan ilmu mesti meliputi ilmu-ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah supaya insan
85
dapat memahami keluasan skop ibadah dalam Islam. Dengan ilmu juga manusia dapat memahami
bagaimana cara untuk melaksana ibadah kepada Allah dengan lebih sempurna.
iii. IHSAN; Perkataan Ihsan mempunyai makna yang luas. Segala bentuk kebajikan yang dilakukan bagi
memenuhi keperluan seseorang dalam apa juga keadaan dikira sebagai ihsan. Memberi makan orang yang
lapar, memberi minum orang yang dahaga dan bersedekah mengikut keperluan dan keadaan adalah di
antara contoh-contoh ihsan. Oleh itu, kita perlu bersifat ihsan sebagaimana ihsannya Allah kepada
hambaNya. Firman Allah yang bermaksud;
“Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat
kerosakan”. (al-Qasas: 77)
Melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya kerana merasai bahawa Allah sentiasa melihat apa yang
dilakukannya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau
tidak melihatNya, maka (Dia) Allah melihat kamu”. (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan kepada hadith di atas dapat disimpulkan bahawa setiap amalan yang dilakukan baik dalam
bentuk ibadah khusus atau pun ibadah umum mestilah disertai dengan ihsan kerana Allah sentiasa
memerhati setiap apa yang dlakukan oleh manusia. Hasil daripada keyakinan dan kefahaman ini akan
dijanjikan ganjaran baik daripada Allah untuk setiap amalan.
iv. IKHLAS; Mengerjakan sesuatu perbuatan dengan suci hati dan tidak bercampur dengan unsur-unsur riya’.
Melakukan sesuatu kewajipan semata-mata kerana Allah untuk mendapatkan rahmat daripadaNya. Ini
bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud;
Ibadah dalam Islam melambangkan ketundukan sepenuhnya manusia kepada Allah dan ketaatan mutlak
kepadaNya. Ibadah khusus dilakukan menurut garis panduan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
tanpa melakukan sebarang perubahan. Manakala dalam ibadah umum dilaksanakan dengan mencontohi
Rasulullah s.a.w. dalam seluruh kehidupan. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud;
“Dan apa yang diperintah oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta
amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya
86
Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat berat azab siksaNya (bagi
orang yang melanggar perintahNya)”. (al-Hasyr: 7)
2. BEBAS DARIPADA PERANTARAAN
Dalam Islam, seseorang dapat menyembah Allah dan berhubung terus dengan Allah secara langsung tanpa
sebarang perantaraan atau pihak ketiga. Pada setiap masa seseorang hamba dapat berhubung terus dengan
Allah tanpa memerlukan bantuan sebarang perantaraan kerana setiap insan adalah bertanggungjawab secara
langsung di hadapan penciptanya di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (al-Qasas: 186)
Peranan ulama dalam Islam bukanlah sebagai perantara di antara hamba dan Allah sebagaimana yang ada
dalam kepercayaan agama yang lain kerana mereka menjadikan paderi, sami dan roh nenek moyang sebagai
perantara. Peranan ulama adalah lebih kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan cara yang betul untuk
beribadah kepada Allah dan bukan untuk mengampunkan dosa atau mengkabulkan doa seseorang kepada Allah.
3. TIDAK TERIKAT DENGAN TEMPAT TERTENTU
Islam memberikan kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk menyembah dan berhubung dengan
Penciptanya tanpa sebarang sekatan dan untuk menentukan sesuatu tempat yang tertentu bagi tujuan tersebut.
Manusia boleh beribadah kepada Allah di mana sahaja mereka berada dan dapat berhubung dengan Allah dari
arah dan penjuru mana pun. Firman Allah yang bermaksud;
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah untuk digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah dan
(ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula
(maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaaanNya)”. (al-Mulk: 15)
Nabi Muhammad yang bermaksud;
”Seluruh bumi ini adalah dijadikan masjid untukku; suci dan bersih”. (Riwayat Abu Daud)
Ibadah dalam Islam yang diwajibkan oleh Allah secara formal mudah dan ringan serta tiak membebankan
segi kuantiti dan jangkamasa menunaikan kewajipan tersebut. Solat sebagai contohnya hanya mengambil masa
beberapa minit sahaja sebanyak lima kali daripada jumlah dua puluh empat jam dalam sehari semalam.
Zakat hanya diwajibkan ke atas orang yang mencukupi syarat-syarat tertentu sebanyak 1/40 pada
kebiasaannya. Ibadah puasa yang hanya diwajibkan pada waktu siang hari di bulan Ramadhan dan juga hanya
diwajibkan kepada mereka yang mampu sahaja. Mereka yang sakit dan uzur dibolehkan menggantikannya
dengan fidyah. Ibadah haji wajib ditunaikan sekali sahaja bagi orang yang mampu dalam seumur hidupnya.
Ada keringanan (rukhsah) yang diperuntukkan Islam seperti sembahyang jamak dan qasar bagi musafir,
penggunaan debu tanah untuk tayamum menggantikan air dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa ibadah
dalam Islam sedikit pun tidak membebankan hamba-hambanya dan semuanya terbatas kepada kemampuan
mereka. Firman Allah yang bermaksud;
87
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diuasahakannya”. (al-Baqarah: 286)
4.3 MUAMALAH
Istilah "muamalat" (jamak daripada muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari segi
teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara
manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perdagangan dan perniagaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti
ekonomi dan bukan ekonom.
Tujuan daripada muamalah itu sendiri adalah terciptanya hubungan yang baik antara sesama manusia
sehingga tercipta masyarakat yang aman dan tenteram, ini karena prinsip muamalah mengandungi sifat tolong-
menolong yang dalam ajaran Islam sangat dianjurkannya. Al-Qur'an menjelaskan;
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan". surah Al-Maidah ayat 2
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi
memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang terdapat di alam ini
samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki
harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan
kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanah Allah s.w.t dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-
rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan
ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)”. (Surah Al-Mulk Ayat 15)
Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai
kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Juga menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan, umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan
kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia
dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan
bagi mencapai matlamat tersebut.
1. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang dijalankan berlandaskan syariah Islam
akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan,
memonopoli harta dan sebagainya, inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat
manusia.
2. Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia. Islam
menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di
tindas.
88
3. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh
Allah s.w.t, kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba’, rasuah, menipu atau
sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
4. Bermuafakat secara Islam bagi melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanah
Allah s.w.t.
5. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredhainya.
Sekiranya tiada peraturan bermuamalat ,manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang
banyak, mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
6. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan
negara.
7. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong–menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan dan
kebajikan bersama.
8. Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya dimonopoli oleh golongan tertentu
sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan
dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t.
1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.
3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s.w.t.
4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di
akhirat.
“Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian
daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil, maka
orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada
jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar”.
5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang
berakhlak mulia.
6. Mewujudkan masyarakat yang adil, bertanggungjawab, amanah, jujur dan terhindar daripada melakukan
perbuatan yang tidak baik.
7. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariah Islam
termasuklah;
a) JUAL BELI
b) MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)
c) WADI’AH (SIMPANAN)
d) BAI’USSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG)
89
e) AL-IJARAH (UPAHAN) AR-RAHNU (PAJAK GADAI)
f) AL-WAKALAH (BERWAKIL)
g) AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG)
h) AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT / JANJI)
i) AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN HARGA TANGGUH)
4.4 MUNAKAHAT
Perkataan munakahat berasal daripada bahasa Arab bermaksud perkahwinan atau pernikahan.
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim
(bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga
atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang
saja” .
Demikian pula banyak terdapat kata zawaja dalam al-Qur’an dalam erti kawin, seperti pada surat al-Ahzab ayat
37;
“Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami
kawinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengawini)
isteri-isteri anak-anak angkat mereka”.
Hubungan antara seorang lelaki dan wanita merupakan tuntutan yang telah diciptakan oleh Allah SWT
dan untuk menghalalkan hubungan ini maka disyariahkanlah akad nikah. Pergaulan antara lelaki dan perempuan
yang diatur dengan pernikahan ini akan membawa keharmonisan, keberkatan dan kesejahteraan baik bagi lelaki
maupun perempuan, bagi keturunan di antara keduanya bahkan bagi masyarakat yang berada di sekeliling kedua
insan tersebut.
Ini berbeza dengan pergaulan antara lelaki dan wanita yang tidak dibina dengan ikatan pernikahan akan
membawa malapetaka baik bagi kedua insan itu, keturunannya dan masyarakat disekelilingnya. Pergaulan yang
diikat dengan tali pernikahan akan membawa mereka menjadi satu dalam urusan kehidupan sehingga antara
keduanya itu dapat menjadi hubungan saling tolong-menolong, dapat menciptkan kebaikan bagi keduanya dan
menjaga kejahatan yang mungkin akan menimpa kedua belah pihak itu. Dengan pernikahan seseorang juga
akan terpelihara daripada kebinasaan hawa nafsunya. Allah SWT berfirman;
”Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu takut tidak akan brlaku adil maka (kawinilah) seorang saja.” (An-Nisa: 3).
Ayat ini memerintahkan kepada orang lelaki yang sudah mampu untuk melaksanakan perkahwinan.
Pengertian adil dalam ayat ini adalah adil di dalam memberikan kepada isteri berupa pakaian, tempat, giliran dan
lain-lain yang bersifat lahiriah. Ayat ini juga menerangkan bahawa Islam membenarkan poligami dengan syarat-
syarat tertentu.
Fiqh Munakahat bermaksud peraturan yang berdasarkan wahyu Illahi yang bertujuan mengatur hal ehwal
yang berkenaan dengan perkahwinan yang berlaku untuk seluruh umat yang beragama Islam. Perbincangan fiqh
Munakahat merangkumi perkara berikut;
1. Meminang
90
Sebagai langkah awal daripada perkahwinan itu adalah untuk menentukan dan memilih jodoh yang akan
hidup bersama dalam perkawinan. Dalam pilihan itu dikemukakan beberapa kriteria dan yang paling utama
untuk dijadikan dasar pilihan. Setelah mendapatkan jodoh sesuai dengan pilihan dan petunjuk agama, peringkat
selanjutnya menyampaikan kehendak untuk mengawini jodoh yang telah didapatkan itu. Peringkat inilah yang
disebut meminang atau khitbah.
2 Pernikahan
Sesudah itu masuk kepada bahasan perkahwinan itu sendiri yang berkaitan rukun dan syaratnya, serta
hal-hal yang menghalangi perkahwinan itu. Selanjutnya membicarakan kehidupan rumah tangga dalam
perkahwinan yang berkaitan kehidupan yang patut untuk mendapatkan kehidupan yang sakinah, rahmah dan
mawaddah. Hak-hak dan kewajiban dalam perkawinan.
3 Talak
Dalam kehidupan rumah tangga mungkin terjadi suatu hal yang tidak dapat dihindarkan, yang
menyebabkan perkahwinan itu tidak mungkin dipertahankan. Untuk selanjutnya diatur pula hal-hal yang
berkaitan pembubaran perkahwinan dan implikasinya. Setelah perkahwinan dibubarkan mereka masih
mempunyai peluang bagi pasangan yang telah bercerai itu untuk kembali membina rumah tangga.
4.5 JINAYAH
PENGERTIAN JINAYAH
Adalah nama bagi suatu perbuatan yang diharamkan syara’, baik perbuatan tersebut mengenai jiwa,
harta benda, mahupun selain jiwa dan harta benda. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk
dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir;
A. HUKUM HUDUD
Pengertian bahasa bererti menahan atau mencegàh dan istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang
telah ditetapkan oleh nas-nas al-Qur’an dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT. Kadar
hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Ini bermaksud "Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan
sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
i. ZINA; persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan. Hukuman; bagi
penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali dan bagi penzina yang telah berkahwin
hendaklah direjam sehingga mati.
ii. QAZAF (MENUDUH ZINA); melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukuman;
sebat 80 kali.
iii. MINUM ARAK; meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman; sebat 80 kali.
91
iv. MENCURI; mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman; potong tangan.
v. MEROMPAK; mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman. Hukuman; sekiranya membunuh hendaklah dibunuh, sekiranya hanya merompak sahaja
hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya
kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya, sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam
hendaklah dipenjara.
vi. RIDDAH (MURTAD); keluar seseorang agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman; Bunuh (setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali).
Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman had tanpa sebarang
pengurangan atau pindahan kepada hukuman yang lain seperti penjara atau denda.
B. HUKUMAN QISAS
Pengertian Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut istilah syarak bererti
hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi saw kerana kesalahan-
kesalahan yang melibatkan hak individu. Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah;
b) mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.
Mengikut hukum qisas, seseorang penjenayah mestilah diikuti dengan hukuman yang sama seperti mana
dia lakukan ke atas mangsanya.
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi
sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya". (Surah
al-Maidah ayat 45)
C. HUKUMAN DIAT
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat adalah
dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta.
Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai
dengannya pada masa tersebut.
Di antaranya ialah wang emas sama dengan 1000 dinar, wang perak sama dengan 10,000 hingga 12,000
dirham, lembu sama dengan 200 ekor, kambing sama dengan 2000 ekor atau Persalinan sama dengan 200
persalinan lengkap.
a) PEMBUNUHAN SENGAJA; 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri daripada 30
ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun), 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun) dan 40 ekor
Hulqah. Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas atau diat.
Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan.
b) PEMBUNUHAN SEPARUH SENGAJA; 100 ekor unta seperti di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.
92
c) PEMBUNUHAN TIDAK SENGAJA; 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri
daripada 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun), 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun), 20
ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun), 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
dan 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun). Hukuman bagi jenayah Pembunuhan
separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
d) Syarat pembunuhan; pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat dan menggunakan alat
yang boleh membunuh. Pembunuhan Separuh Sengaja ialah seperti seorang memukul orang
dengan tongkat atau melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang
tersebut (tanpa niat membunuhnya). Pembunuhan Tidak Sengaja ialah seperti seorang yang
tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
e) Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja.
Pemerintah tiada kuasa dalam pengampunan ini.
100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh
1
seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta.
2
Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan telinga.
3 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dalam bahagian otak).
4 33 ekor unta untuk luka al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala).
25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) seperti kelopak mata. Setiap satu kelopak
5
mewakili 25 unta.
6 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah atau mematahkan tulang).
15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga
7
tergeser dari tempatnya).
10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian seperti jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari
8
jika patah mewakili 10 ekor unta.
9 5 ekor unta untuk luka Mudhihah atauy Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)
D. HUKUM TA'ZIR
Pengertian Takzir dari sudut bahasa bererti menolak atau menghalang. Manakala dari sudut istilah ialah
hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan
kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-Qur’an dan hadis atau hukuman yang
dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat
bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta'zir ialah kesalahan-kesalahan hudud atau qisas
yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas dan kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri
yang tidak mengcukupi nisab.
i. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
ii. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
iii. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah,
mengedar dan penyalahgunaan dadah.
93
Hukuman bagi kesalahan ta'zir;
i. NASIHAT; menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi
lagi pada masa akan datang.
ii. TEGURAN; teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau
melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk
memperbaiki dirinya.
iii. ANCAMAN; Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut
dikenakan hukuman.
iv. PEMULAUAN; hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia
berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam
masyarakat.
v. PERISYTIHARAN UMUM; membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah.
Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
vi. DENDA DAN MERAMPAS HARTA; iaitu hukuman ta 'zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas
harta yang dimiliki oieh penjenayah.
vii. PENJARA; mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.
viii. SEBAT; mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut
realiti semasa.
ix. BUNUH; hukuman bunuh bagi kesalahan ta'zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum
masyarakat.
x. BUANG DAERAH; Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan
tersisih akibat dipisahkan daripada kaum keluarga dan sahabat handai.
i. Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
ii. Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang
ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang
seseorang daripada melakukan jenayah semula.
iii. Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Bagaimana undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat?;
i. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang
membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
ii. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan
gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
iii. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai.
Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang
dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
94