Senarai Semak KAH1023
Senarai Semak KAH1023
Senarai Semak KAH1023
KAH1023
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi Awal Kanak-Kanak
KUMPULAN A
TAJUK TUGASAN:
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PENSYARAH:
TARIKH SERAHAN:
2 NOVEMBER 2021
..................................................
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya,saya dapat menyiapkan tu-
gasan individu KAH 1023 PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-
KANAK ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan dalam tugasan ini ini.Terima kasih.
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 4
1.1 Definisi Bahasa 4
6.0 Kesimpulan 15
7.0 Rujukan 16
8.0 Lampiran 17
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa
adalah suatu saluran yang membolehkan kanak–kanak menyusun dan mengutarakan idea
serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi
membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia
dapat berhubung dan berinteraksi.Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan
perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya.
Bagi menjalankan kajian ini saya rasakan amat sesuai digunakan borang senarai semak
bagi menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Disebabkan
covid 19,saya tidak dapat menjalankan pemerhatian ini secara bersemuka.Oleh itu,dengan
menggunakan kaedah alternatif,saya merancang menjalankan pemerhatian ini melalui
talian dengan menggunakan platform ‘google meet’.
2.0 PROFIL PELAJAR
KETURUNAN : MELAYU
AGAMA : ISLAM
CITA-CITA : POLIS
Dari aspek percakapan pula, beliau sudah fasih bercakap dan beliau dapat
menyampaikan kehendak beliau melalui bahasa yang beliau tuturkan. Beliau sudah jarang
menggunakan pergerakan fizikal bagi menyokong makna yang terkandung dalam
percakapan beliau. Contohnya, apabila beliau ingin mendapatkan minuman daripada
ibunya, beliau hanya memberitahu ibunya yang beliau inginkan minuman. Beliau tidak lagi
menuding jari kearah minuman yang dikehendakinya. Menurut ibunya, beliau hanya
menggunakan anggota badan atau fizikalnya untuk menerangkan kehendaknya apabila
beliau ingin mengetahui sesuatu yang baru. Contohnya, apabila beliau melihat sesuatu yang
belum pernah dilihatnya, beliau akan menuding kearah benda tersebut dan bertanya apa
sebenarnya benda tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan meningkatkan
perbendaharaan kata beliau.
Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari
segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah
menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu peka dan prihatin
dengan perubahan perkembangan terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai
pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.
Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat kuantitatif, iaitu boleh
diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar manusia (Wong, Khairuddin, Maridah,
Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu
peningkatan ukuran badan yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk
ketinggian badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu.
Oleh itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza bagi
pertumbuhan mereka.
UMUR
Perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah seiring dengan peningkatan usia
seseorang kanak-kanak . Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan
kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Secara normal, kanak-kanak tidak
bercakap selagi belum matang.
KESIHATAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu
terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit, kurang
aktif dan sentiasa terasa letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan alam sekitar
dan seterusnya menganggu kelancaran pertuturan.
JANTINA
Secara umumnya, kanak-kanak perempuan lebih cepat bertutur jika dibandingkan
dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak
perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih
mudah difahami. Selain itu mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-
kanak perempuan lebih banyak bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi
sesetengahnya kanak-kanak perempuan ada juga yang lambat mengalami
perkembangan bahasa.
KECERDASAN
Kecerdasan dan kebolehan berbahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada
kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak
yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas
akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa
kerana dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.
PERSEKITARAN
Faktor persekitaran berkait dapat dengan keadaan keluarga. Secara amnya,
perkembangan bahasa lebih pesat sekiranya kanak-kanak membesar dalam lingkungan
persekitaran yang sihat mendapat segala kemudahan. Jika persekitaran kanak-kanak
dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang
bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan lebih luas.
5.0 KEMAHIRAN BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK
A.KEMAHIRAN MEMBACA
Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di
sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada
perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992).
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk
menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas,
iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman
tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada
bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan
seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman
pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna
perkataan mengikut konteks.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan
Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual
(lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk
itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan
pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua
definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca
adalah satu proses yang kompleks.
Proses Membaca
a) Deria penglihatan
Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk
diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta)
deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.
b) Deria pendengaran
Daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif,sebelum
saya memulakan pengajaran saya,pelajar itu terlalu gembira dan aktif semasa proses
pembelajaran dijalankan.Apabila saya menunjukkan gambar beserta dengan nama haiwan
liar tersebut dengan memaparkan slide powerpoint di google meet,pelajar itu dapat
menyebut perkataan dengan jelas dan tepat ketika membaca.Sebagai contohnya,Si
nga.Selain itu,Arif dapat memahami perkataan yang dibaca dan dapat membatangkan
perkataan yang mengandungi suku kata.Bukan itu sahaja,Arif menggunakan intonasi yang
sesuai ketika membaca lalu dapat membaca dengan lancar dan tidak terlalu tersekat-sekat
ketika membaca.Ada satu kelemahan yang saya terdapat dari segi kemahiran membaca,Arif
tidak pandai dapat membezakan dan membunyikan huruf yang seakan-akan sama dengan
betul.Perkara ini ditimbul apabila terlalu keyakinan diri semasa diajar.Oleh itu,kemahiran
membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka
dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan,
mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru
memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca.Daripada
pemerhatian yang saya dilakukan sebagai guru,saya perlu nmenggunakan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik.
Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan
mamantau pencapaian murid dalam bacaan.
B.KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan
pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu
proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.Berdasarkan definisi
mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara
penting,iaitu:
Pendengaran (Hearing)
Mendengar (Listening)
- merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan
memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran.
“Auding”
Tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding
termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang
didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar
Daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif,sebelum
saya memulakan pengajaran saya,Muhammad Arif dapat mendengar dalam interaksi sosial
seperti berbual dan bertanya.Sebagai contohnya,sebelum saya meneruskan aktiviti
kedua,iaitu meneka bunyi haiwan liar,Arif terlalu gembira dan bertanya dengan topik yang
belajar sebelum ini.Ini menunjukkan Arif mendengar untuk mendapatkan maklumat atau
pengetahuan seperti di dalam google meet yang diajar lalu mendengar dengan lebih teliti
pada waktu pengajaran dijalankan.Selain itu,Arif dapat memahami arahan yang diberi
dengan betul dan jelas.Sebagai contohnya,apabila saya menyuruh Arif untuk memadankan
gambar dengan bunyi haiwan yang sesuai dan melengkapkan perkataan dengan
menggunakan huruf yang sesuai,Arif tidak membuat kesilapan dan mengikut urutan yang
saya ajar. Ini menunjukkan Arif mempunyai kemahiran mendengar yang
baik.Seterusnya,Arif juga pandai dalam meneka nama yang disuruh.Apabila saya
menujukkan gambar ular,Arif meneka gambar yang saya suruh dan tidak terlalu gelabah
semasa saya bertanya soalan tentang gambar yang saya ditunjukkan.Bukan itu sahaja,Arif
juga rajin mendengar arahan saya dengan mengikut sebutan yang saya
ajar.Contohnya,apabila saya menyebut suka kata nama haiwan liar,Arif tidak sebut nama
haiwan liar lalu mengikut urutan yang saya ajar.Ini menunjukkan Arif melepasi tahap
pendengaran dengan amat baik.
C.KEMAHIRAN BERTUTUR
b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk
melibatkan diri dalam interaksi sosial.
c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan
masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan
sopan.
e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.
a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah
dikenal pasti.
b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi
peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.
c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta
oleh pelajar sendiri.
f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu
gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.
Aspek Pertuturan
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan
kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya.
Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dila-
fazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.
Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas
dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing
Oleh itu,daripada pemerhatian yang saya dilakukan pelajar yang bernama Muhammad Arif
boleh bercakap dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.Pada sesi kali ini saya
bertanya kepada Arif beberapa soalan tentang diri sendiri dan nama-nama anggota keluarga
Muhammad Arif.Beliau menjawab soalan dengan jelas dan tidak melakukan sebarang
kesilapan dalam pertuturan lalu dapat menjawab soalan dengan baik.Selepas itu,apabila
saya menayangkan gambar-gambar haiwan liar beliau membunyikan huruf-huruf ,
perkataan, atau nama haiwan dengan tepat dan jelas.Contohnya,beliau dapat mengajuk
bunyi-bunyi yang didengar pada video yang ditunjukkan dengan cara yang betul seperti
bunyi gajah,harimau,ular dan monyet.Seterusnya,beliau juga boleh berinteraksi bersama
dengan saya dan juga mampu mengeluarkan idea dan pendapat dalam
perbualan.Muhammad Arif juga dapat menyebut kembali pemintal lidah yang saya disebut
iaitu menyebut nama haiwan dengan urutan yang betul.Tambahan pula,apabila saya
bertanya soalan kepada Arif iaitu “Adakah anda pernah melawat zoo” beliau menjawab
soalan secara spontan dan agak aktif dalam sesi soal jawab dijalankan tetapi ada satu
kelemahan yang saya terdapat dari segi pertuturan ialah beliau tidak dapat menyusun bunyi-
bunyi yang didengarnya dalam aktiviti turutan bunyi disebabkan beliau tidak berfokus
apabila menyuruh menyusun bunyi-bunyi yang didengar dalam aktiviti turutan bunyi.Oleh itu,
masalah ini harus dititikberatkan bagi mengelakkan masalah seperti ini pada masa yang
akan datang.
6.0 KESIMPULAN
Bahasa adalah anugerah istimewa bagi setiap individu. Ia juga adalah saluran yang
membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman.
Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung
antara satu sama lain, malah ia membolehkkan kita membina konsep berkenaan alam dan
manusia di sekeliling. Bahasa adalah sistem lambing pertuturan yang terdiri daripada leretan
bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh masyarakat sebagai alat bagi berhubung
dan berkerjasama. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang
tenteram dan selamat. Bahasa juga dikaitkandengan pengalaman yang gembira dan ceria.
Bahasa juga merupakan medium penting bagi kanak-kanak untuk berhubung dan
menyatakan kehendaknya.Proses perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara
berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran. Hal ini demikian kerana, proses
perkembangan bahasa diperingkat kanak-kanak bergantung kepada kuantiti
perbendaharaan kata yang berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga
mempengaruhi perkembangan daya pemikiran.Mereka perlu menyediakan persekitaran
yang meransangkan bagi menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru
perlulah menyediakan sudut bacaan yang diisi dengan bahan-bahan bacaan yang menarik
dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu bertutur dengan perkataan yang sopan,
bijak serta matang di rumah bagi melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar.Komponen
utama dalam perkembangan kanak-kanak adalah penguasaan bahasa kerana menguasai
bahasa penting dalam proses pembelajaran. Ia dapat diperoleh melalui kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa membantu kanak-
kanak berfikir, memahami konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan
berkomunikasi secara berkesan.
Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang pendidik
haruslah melakukan pemerhatian dan penilaian mengenai perkembangan bahasa dan
komunikasi kanak-kanak agar ianya sentiasa sejajar dengan tahap perkembangan yang
seharusnya dicapai pada sesuatu tahap umur. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan
dan kelemahan, bantu kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti dan pembelajaran dan
pengakaran yang dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kanak-kanak disamping memperbaiki kelemahan dan kesilapan kanak-
kanak.
7.0 RUJUKAN
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani Razali
(2008).
Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-kanak (0-4 tahun).
Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC)
Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the Early
Years.
London : David Fulton Publishers.
Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999).Pendidikan Prasekolah Untuk Guru.Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
8.0 LAMPIRAN ( SENARAI SEMAK )
UMUR: 6
PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Boleh bercakap
menggunakan ba- Percakapannya yang
hasa yang mudah jelas dan bahasa yang
difahami. lancar
4. Dapat menyebut
kembali pemintal Boleh menyebut nama
lidah yang telah haiwan dengan urutan
disebut guru. yang betul disebut guru
5. Dapat menjawab
soalan yang Mampu menjawab soalan
diberikan secara adakah anda pernah
spontan oleh guru. melawat zoo negara?
PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Dapat membeza-
kan dan mem- Tidak dapat membezakan
bunyikan huruf dan membunyikan huruf
yang seakan-akan yang sama dengan betul
sama dengan akibat terlalu keyakinan
betul. diri
2. Dapat memahami
perkataan yang Dapat memahami nama
dibaca. haiwan liar yang dibaca
PENCAPAIAN MURID
PERKARA DAPAT TIDAK DAPAT CATATAN
MENGUASAI MENGUASAI
1. Dapat
melengkapkan Mampu mengikut
suku kata dengan pengajaran pendidik
betul.
2. Dapat mengikut
sebutan yang Rajin mendengar arahan
diajar guru
3. Boleh
memadankan Mampu memadankan
gambar dengan
gambar singa dengan
bunyi haiwan yang bunyi singa dengan betul
sesuai.
4. Dapat
melengkapkan Mampu melengkapkan
suatu perkataan perkataan yang diberi
dengan menggun- dengan menggunakan
akan huruf yang huruf yang sesuai
sesuai.
LINK PAUTAN :
https://drive.google.com/file/d/1zjd2dV3KMtT2LSU9w1KAAH_fA3tXolBN/view?
usp=sharing