Tazkirah Ramadan Sifat Pemaaf
Tazkirah Ramadan Sifat Pemaaf
Tazkirah Ramadan Sifat Pemaaf
Saya ……………………………………………………………………………………………….
Dari tahun …………………………………………………………
Kawan-kawan
Sifat Pemaaf Adalah Salah Satu Sifat Ahli Syurga
Salah satu sifat yang sukar diamalkan oleh manusia adalah memaafkan .
Mukmin yang ada sifat pemaaf adalah seorang mukmin yang makamnya tinggi
di sisi ALLAH SWT.
Biasanya manusia akan membalas dendam jika dia dianiaya atau sekurang-
kurangnya akan doakan keburukan pada orang yang menzaliminya. Sukar
untuk kita mendoakan agar orang tersebut diberi hidayah dan di ampunkan
dosa- dosanya.
Tahukan kawan -kawan bahawa sifat pemaaf adalah sifat para nabi dan rasul
dan sifat inilah yang dimiliki oleh penduduk syurga.
Orang yang pemaaf akan di angkat darjatnya disisi ALLAH SWT.
Ikhlas memaafkan orang lain kerana maaf adalah sifat mulia dan disukai
ALLAH.
Jika kita mudah memaafkan orang lain nanti ALLAH akan buka pintu hati orang
lain akan memaafkan kesalahan kita .
Memaafkan kesalahan orang lain adalah dituntut dalam agama Islam. Islam
adalah agama perdamaian dan kemaafan.
Mengingati kembali kisah Nabi Yusuf AS yang mana baginda telah dibuang ke
dalam sebuah telaga buta ketika masih kecil. Perbuatan itu dilakukan oleh adik-
beradiknya akibat rasa cemburu mereka terhadap Nabi Yusuf AS.
Apabila Nabi Yusuf sudah menjadi orang yang berkuasa di Mesir, Nabi Yusuf AS
tidak berdendam. Malah, baginda memaafkan adik-beradiknya.
Benar, memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam
al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain.
Firman ALLAH SWT: Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang
makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil. (Surah al-A'raf, ayat
199)
Pada masa yang sama, agak mustahil untuk kita melupakan suatu perkara
apatah lagi jika ia pahit untuk dikenang. Itu memang fitrah manusia. Ingatlah
bahawa melupakan itu bukan kerja kita. Itu adalah kerja ALLAH SWT. ALLAH
tidak menyuruh kita melupakan, tetapi memaafkan.
Lebih baik kita mengingati kebaikan orang lain terhadap kita, ia akan membuat
kita sentiasa bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang
tersebut. Kita pun termotivasi untuk memberi kebaikan pula terhadapnya,
meskipun dia tidak pernah mengharapkannya.
Jadi mulakan hari ini dengan memohon maaf jika rasa ada kesilapan dan
belajarlah memaafkan orang lain
Mudah-mudahan kita semua menjadi hamba-Nya yang bertakwa.
Insha Allah