Papers by Noorkhairan Nordin
E-BOOK MY IDEAS BEGIN: BE GAIN KOLEJ KOMUNITI JASIN, 2020
Kajian ini membincangkan tentang peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Pengajian Am,... more Kajian ini membincangkan tentang peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka dalam usaha membangunkan karakter mahasiswa berkualiti. Kecemerlangan seorang mahasiswa dinilai melalui kecemerlangan akademik dan sahsiah yang terpuji. Selain peranan institusi itu sendiri, Jabatan Pengajian Am melalui Unit Pendidikan Islam dan Moral amat memainkan peranan di dalam membangunkan sahsiah mahasiswa menerusi program yang dijalankan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti sejauhmanakah peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral dalam merancang program dan keberkesanan program tersebut di dalam membentuk sahsiah mahasiswa. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Persampelan kajian melibatkan 170 orang responden yang terdiri daripada empat jabatan akademik. Analisis data adalah menggunakan Statistical Packages For Social Science (SPSS) Versi 25.0 dan menggunakan analisis statistik deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min. Nilai koefisien kebolehpercayaan item diperoleh pada tahap tinggi iaitu 0.90 daripada ujian Alpha Cronbach menggunakan perisian SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan program yang dijalankan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral mencapai tahap skor min yang sangat tinggi iaitu min=4.62. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak Unit Pendidikan Islam dan Moral untuk mengekalkan sumbangan program yang telah dilaksanakan terhadap pembentukan karakter mahasiswa. Beberapa cadangan penambahbaikan berkaitan pengurusan program dan cadangan kajian masa hadapan turut dibincangkan.
Proceedings of The Sixth International Social Sciences Postgraduates Conference (6th ISPC) 2019, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, MALAYSIA, 2019
ABSTRAK Kajian ini membincangkan tentang peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Penga... more ABSTRAK Kajian ini membincangkan tentang peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka dalam usaha membangunkan kecemerlangan pegawai dan pelajar yang berpengetahuan seiring dengan keperluan industri. Sebagai sebuah jabatan sokongan, sudah pasti jabatan ini berhadapan dengan cabaran di dalam merangka keseimbangan bagi melahirkan pegawai dan pelajar yang memiliki kecemerlangan holistik. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti peranan Unit Pendidikan Islam dan Moral dalam aktiviti penyelidikan dan pengurusan aktiviti ilmiah pelajar di Politeknik Melaka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, wawancara dan pemerhatian. Empat pegawai yang terlibat secara langsung di dalam menyelia aktiviti pelajar telah diwawancara. Enam kertas kerja penyelidikan dan lapan kertas kerja aktiviti ilmiah telah dianalisa. Hasil kajian mendapati pegawai Unit Pendidikan Islam dan Moral berperanan dalam menjalankan penyelidikan dan penghasilan karya ilmiah serta penyeliaan aktiviti ilmiah menerusi aspek kajian, ceramah, karnival, kursus dan bengkel, lawatan pendidikan, wacana dan diskusi ilmiah. Usaha ini sememangnya menjadi pemangkin bagi meningkatkan kepakaran dan kompetensi pegawai serta pelajar sekaligus membantu menaikkan mutu kerja ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Di samping itu, beberapa penambahbaikan dan cadangan kajian masa hadapan juga dibincangkan.
E-Proceedings of National Technology Research in Engineering Design and Social Science Conference 2019 (nTrends '19), Politeknik Melaka, Melaka, MALAYSIA, 2019
Abstrak: Kajian ini menjelaskan kaedah kefatwaan yang digunakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Me... more Abstrak: Kajian ini menjelaskan kaedah kefatwaan yang digunakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka (JFNM) dalam menyelesaikan isu semasa dengan meneliti dua sampel fatwa terpilih yang telah diwartakan. Kajian ini bertujuan bagi meneliti kaedah berfatwa yang telah ditetapkan oleh sarjana Islam dan kaedah yang telah diaplikasi oleh penyelidik fatwa JFNM. Tiga kaedah telah digunapakai dalam kajian ini. Pertama, kaedah perpustakaan digunakan untuk mencari maklumat berkaitan kaedah penyelidikan hukum Islam yang diketengahkan oleh sarjana silam. Kedua, kaedah temubual digunakan untuk mendapatkan data yang sahih tentang kaedah berfatwa yang diaplikasi oleh JFNM melalui temubual bersama pegawai Bahagian Fatwa dan Buhuth yang terlibat dalam pemfatwaan. Ketiga, kaedah analisis data yang menggunapakai tiga bentuk analisis iaitu kaedah deduktif dengan mengemukakan proses dan kaedah asas dalam penentuan fatwa, kaedah induktif dengan mengemukakan kaedah penyelidikan fatwa yang digunapakai oleh JFNM, serta kaedah perbandingan yang dilakukan secara khusus menerusi penganalisaan terhadap sampel fatwa semasa yang diputuskan dengan menilai kaedah berfatwa yang perlu dipraktikkan dengan kaedah berfatwa yang diaplikasi oleh JFNM. Dua orang daripada empat pegawai Bahagian Fatwa dan Buhuth yang terlibat secara langsung di dalam penyelidikan kefatwaan telah ditemubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa, penyelidikan fatwa dan penggunaan kaedah Usul al-Fiqh sebagai kaedah penentuan fatwa diaplikasi secara ringkas. Ini disebabkan oleh keterbatasan bilangan pegawai penyelidik dan penguasaan terhadap ilmu Usul al-Fiqh serta kaedah penyelidikan yang tepat. Penyelidikan fatwa yang dilaksanakan mengambilkira keperluan sebenar terhadap isu-isu yang perlu ditangani. Input-input semasa dinyatakan sebagai keutamaan tanpa huraian yang jelas. Kata kunci: Fatwa, Mufti, Isu Semasa 1. PENGENALAN Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam. Penubuhan Majlis Agama Islam di setiap negeri adalah bagi membantu dan menasihati YDPA dan Sultan-sultan dalam semua perkara berkaitan agama Islam. Bagi memastikan institusi ini berfungsi dengan baik, kerajaan negeri mengasingkan pentadbiran Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti. Undang-undang yang digubal memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang membantu Jabatan Mufti dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Menurut Mohd Akram, Solahuddin dan Noor Naemah (2014), setiap isu terkini yang timbul akan diselesaikan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa fatwa yang dilantik. Keanggotaan Jawatankuasa Fatwa Negeri terdiri daripada para ulama dan professional kerana sesuatu fatwa yang dikeluarkan memerlukan kajian dan kaedah yang tepat. Tanpa kajian yang mendalam, ia boleh menimbulkan kekeliruan umat Islam dalam memahami dan mengamalkan syariat Islam (Mohd Faez 2013). Berasaskan kepada keperluan tersebut, pengkaji telah memilih untuk mengkaji dua sahaja sampel fatwa yang telah diwartakan dan telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka terhadap isu-isu semasa dengan melihat kepada kaedah berfatwa yang digunapakai oleh jawatankuasa tersebut dalam menjawab segala persoalan fatwa semasa berasaskan kerangka penyelidikan hukum yang telah dibentuk oleh para sarjana silam.
Conference Presentations by Noorkhairan Nordin
Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Sosial 1.0 (SKSS 1.0), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Melaka, MALAYSIA, 2019
Abstrak: Cadangan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi adalah satu inisiatif bijak pihak Jabatan M... more Abstrak: Cadangan Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi adalah satu inisiatif bijak pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui Bahagian Falak Syari'e untuk mewujudkan kelab-kelab falak di sekolah-sekolah terpilih di negeri Melaka. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam usaha menyebarkan kefahaman ilmu falak kepada pelajar di sekolah-sekolah berkaitan. Walaubagaimanapun, tahap keberkesanan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi masih belum dapat dipastikan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan penubuhan kelab ini dari pelbagai aspek seperti persepsi pelajar terhadap ilmu falak, kesan penubuhan kelab dan impak pelaksanaan aktiviti kelab falak terhadap pelajar. Enam buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini yang meliputi tiga daearah utama Daerah Melaka Tengah, Daerah Jasin, dan Daerah Alor Gajah. Seramai 42 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen borang soal selidik secara atas talian telah diguna untuk memperoleh data kuantitatif. Analisis data adalah menggunakan SPSS 16 dan menggunakan analisis statistik deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min.Dapatan kajian menunjukkan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi berjaya mencapai matlamat utama penubuhannya dalam menimbulkan kesedaran dan kefahaman ilmu falak dan astronomi kepada pelajar. Selain itu, beberapa cadangan untuk penambahbaikan berkaitan penstrukturan kelab dan cadangan kajian masa hadapan juga dibincangkan. Kata kunci:Kelab Falak dan Astronomi, Jabatan Mufti Negeri Melaka PENGENALAN Mengimbas kembali sejarah umat Islam, kita dapati bahawa perkembangan pesat ilmu falak telah melalui kegemilangan sejak berabad lamanya (Alimuddin, 2013). Proses penerapan ilmu yang berterusan mampu membentuk individu yang seimbang sekaligus ia akan memenuhi tuntutan dan kerangka Maqasid Syariah dalam pendidikan (Zubair, Nur Mardia, Mohd Fuad & Nan Nurhidayu, 2019). Namun begitu, perkembangannya semakin merosot dan dipandang sepi oleh dunia Islam hinggalah ilmu itu dibawa ke Barat dan ia berkembang hingga ke hari ini (Kassim, 2006). Di atas kesedaran pentingnya ilmu falak dihidupkan, disegarkan kembali, dihayati dan dikuasai semula oleh generasi Muslim pada hari ini maka Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui Bahagian Falak Syarie dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mengesyorkan penubuhan Kelab Falak dan Astronomi di sekolah-sekolah terpilih sebagai usaha untuk mengorak langkah bagi memartabatkan kembali ilmu ini yang hampir terpinggir dalam kalangan masyarakat. Penubuhan Kelab Falak dan Astronomi bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan ilmu falak dan astronomi yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Sebanyak sebelas (11) kelab falak telah ditubuhkan di sekolah-sekolah terpilih. Penubuhan kelab ini juga merupakan
Uploads
Papers by Noorkhairan Nordin
Conference Presentations by Noorkhairan Nordin