PENGENALAN Antara isu yang hangat diperdebatkan akibat daripada proses globalisasi yang berlaku p... more PENGENALAN Antara isu yang hangat diperdebatkan akibat daripada proses globalisasi yang berlaku pada kadar yang maha pesat ini ialah isu migrasi penduduk. Globalisasi seperti yang kita maklum adalah satu proses yang bersifat satu arah (unidirectional) dan tidak dapat dihentikan (inexorable) serta matlamat akhirnya adalah penubuhan sebuah negara sejagat di mana akan wujudnya pengintegrasian masyarakat dunia dalam apa yang diistilahkan sebagai global village. Dalam erti kata yang lain, isu migrasi ini memang tidak boleh dielakkan tetapi pada masa yang sama sekiranya proses migrasi ini berlaku pada kadar yang tidak terkawal, pelbagai kebejatan akan muncul baik daripada segi politik, sosial mahupun ekonomi. Umum mengetahui bahawa, dalam arena politik antarabangsa, wujud ketidakseimbangan kuasa daripada pelbagai aspek. Kuasa-kuasa hegemoni ini mengawal dan menentukan segala apa yang berlaku terutamanya daripada aspek ekonomi waima menurut teori realisme, negara merupakan aktor utama dalam politik antarabangsa dan tiada siapa pun yang berhak campur tangan dalam urusan negara tersebut. Kesan daripada perkara tersebut, wujudnya negara kaya dan miskin serta jurang ekonomi yang luas di antara negara-negara tersebut. Ini juga merupakan salah satu kesan akibat daripada proses globalisasi. Disebabkan oleh perkara-perkara yang disebut seperti di atas, maka proses migrasi akan bertambah rancak. Migrasi merupakan suatu proses perpindahan ataupun penghijrahan seseorang daripada suatu tempat ke tempat yang lain. Proses ini boleh bersifat sementara mahupun kekal bergantung kepada individu tersebut serta faktor-faktor lain seperti keluarga, persekitaran dan lain-lain. Migrasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu migrasi dalaman; penghijrahan yang berlaku dalam negara dan migrasi luaran; penghijrahan ke luar negara. Untuk migrasi luaran, secara norma ia akan berlaku daripada negara yang kurang maju ke negara yang lebih maju. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keputusan seseorang itu untuk bermigrasi yang dikenali sebagai faktor penarik (pull factor) dan faktor penolak (push factor). Dalam tugasan ini, saya akan memfokuskan tentang migrasi luaran serta membincangkan berkenaan faktor penarik dan penolak yang menjadi asbab kebanjiran pekerja asing.

Uploads
Papers by Rafiq Syahmi
Drafts by Rafiq Syahmi