Master of Cultural History Degree of Malay Studies (Malay Socio-Culture) Supervisors: Prof Madya Dr. Zahir Ahmad, Dr. Ahmad Hakimi Khairuddin, and Dr. Tawfik Yaakob Address: 5123, Jalan Kg Jawa 2 Kampung Jawa Pekan Lama 78000 Alor Gajah, Melaka
Naning merupakan sebuah rantau Minangkabau yang mempunyai hubungan kebudayaan langsung dengan Pag... more Naning merupakan sebuah rantau Minangkabau yang mempunyai hubungan kebudayaan langsung dengan Pagar Ruyong di Sumatera Barat. Penghijrahan orang Minang ke kawasan hulu Melaka pada abad ke-14 mewujudkan beberapa penempatan baru yang dikenali sebagai Nagari Nan Sambilan dan Naning merupakan sebahagian dari persekutuan ini. Interaksi sosial perantau Minang dengan orang asal mewujudkan sebuah asimilasi kebudayaan baharu. Naning adalah negeri yang mengamalkan sistem adat Perpatih dan konsep matrilineal dalam kehidupan sosial mereka. Kertas kerja ini merupakan usaha untuk mendalami sistem ilmu pengetahuan Islam orang Naning mengenai adaptasi pemikiran mereka terhadap dunia untuk membentuk sebuah kehidupan lengkap. Berdasarkan penyelidikan lepas, maklumat telah dikelaskan dalam konteks konvesional sehingga mewujudkan sentimen etnosentrik. Kerangka corak dalam sistem kebudayaan Naning harus dibentuk mengikut sistem kebudayaan tempatan untuk memahaminya secara jelas. Justeru, kajian lapangan adalah kaedah utama yang digunakan dalam mengeksplorasi kebudayaan setempat. Perkara penting dalam kebudayaan Naning diberi perhatian dan dianalisis mengikut kaedah antropologi kebudayaan untuk membuat kerangka mudah dalam konteks akademik. Penghasilan struktur kebudayaan mampu meningkatkan kefahaman umum terhadap institusi Naning. Justeru, penyelidikan ini akan menjadi sebuah panduan umum mengenai Naning dengan mengurangkan nilai etnosentrik. Penghasilan struktur dan pola kebudayaan yang tersusun menunjukkan masyarakat Naning telah membentuk sebuah konsep pemikiran teratur dalam menjalani kehidupan sebagai muslim.
Kata Kunci: Antropologi kebudayaan, Adat Perpatih, Naning, Partikularisme Sejarah.
Naning merupakan sebuah rantau Minangkabau yang mempunyai hubungan kebudayaan secara langsung den... more Naning merupakan sebuah rantau Minangkabau yang mempunyai hubungan kebudayaan secara langsung dengan Pagar Ruyong di Sumatera Barat, Indonesia. Penghijrahan orang Minang ke kawasan hulu Melaka pada abad ke-14 mewujudkan beberapa buah penempatan baru yang dikenali sebagai Nagari Nan Sambilan. Naning merupakan salah sebuah negeri yang menjadi sekutu dalam sembilan buah negeri rantau Minangkabau ini. Hasil interaksi sosial perantau Minang dengan orang asli mewujudkan sebuah asimilasi kebudayaan yang melahirkan sebuah kesukuan baru iaitu Biduanda. Naning merupakan sebuah negeri yang mengamalkan sistem adat Perpatih dan mengutamakan konsep matrilineal dalam kehidupan sosial mereka. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai sebuah naskah lama yang ditemui di Alor Gajah milik salah seorang pemimpin adat Perpatih Naning (Encik Muhammad Nazri Deris). Dipercayai naskah ini sebagai pusaka keluarga yang diwariskan secara turun-temurun daripada moyangnya (Khatib Zainudin) sebagai tanda kebesaran keluarga. Naskah ini bertulisan tangan di atas kertas Eropah dengan menggunakan tulisan jawi yang kemas. Ketebalan naskah ini adalah 37 halaman dengan halaman pertamanya mengandungi enam baris ayat yang disertakan dengan cap mohor Sultan Seri Maharaja Diraja ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah bertarikh 1193H (1779M) pada halaman pertama. Umumnya, naskah ini menceritakan sejarah pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu lama di kawasan Sumatera Barat. Kronologi penceritaannya dimulakan dengan kisah Nabi Adam dan Hawa diusir daripada syurga lalu mengembangkan populasi umat manusia. Selain itu, kisah para nabi turut diceritakan seperti Nabi Syith, Nuh, Ibrahim, Ismail, Syuib, dan Yaakob. Teromba ini turut mengisahkan mengenai kejadian Iskandar Zulkarnain yang membina tembok menghalang Yakjuj dan Makjuj serta kisah penabalan Maharaja Diraja (anak Iskandar Zulkarnain) menjadi raja di Pulau Percha (Sumatera). Beberapa kisah lain diceritakan seperti kisah Datuk Ketemenggungan, Datuk Perpatih Nan Sebatang, dan tokoh-tokoh bangsawan Minangkabau yang lain. Pada akhir teromba ini menceritakan mengenai kerajaan-kerajaan di sekitar Pulau Sumatera memohon pewaris kerajaan Pagar Ruyong untuk dijadikan raja di negeri mereka.
Kata kunci: Filologi, Naning, Pagar Ruyong, Minangkabau, manuskrip

Uploads
Papers by Luqman NulHakim Harzamar
Kata Kunci: Antropologi kebudayaan, Adat Perpatih, Naning, Partikularisme Sejarah.
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai sebuah naskah lama yang ditemui di Alor Gajah milik salah seorang pemimpin adat Perpatih Naning (Encik Muhammad Nazri Deris). Dipercayai naskah ini sebagai pusaka keluarga yang diwariskan secara turun-temurun daripada moyangnya (Khatib Zainudin) sebagai tanda kebesaran keluarga. Naskah ini bertulisan tangan di atas kertas Eropah dengan menggunakan tulisan jawi yang kemas. Ketebalan naskah ini adalah 37 halaman dengan halaman pertamanya mengandungi enam baris ayat yang disertakan dengan cap mohor Sultan Seri Maharaja Diraja ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah bertarikh 1193H (1779M) pada halaman pertama.
Umumnya, naskah ini menceritakan sejarah pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu lama di kawasan Sumatera Barat. Kronologi penceritaannya dimulakan dengan kisah Nabi Adam dan Hawa diusir daripada syurga lalu mengembangkan populasi umat manusia. Selain itu, kisah para nabi turut diceritakan seperti Nabi Syith, Nuh, Ibrahim, Ismail, Syuib, dan Yaakob. Teromba ini turut mengisahkan mengenai kejadian Iskandar Zulkarnain yang membina tembok menghalang Yakjuj dan Makjuj serta kisah penabalan Maharaja Diraja (anak Iskandar Zulkarnain) menjadi raja di Pulau Percha (Sumatera). Beberapa kisah lain diceritakan seperti kisah Datuk Ketemenggungan, Datuk Perpatih Nan Sebatang, dan tokoh-tokoh bangsawan Minangkabau yang lain. Pada akhir teromba ini menceritakan mengenai kerajaan-kerajaan di sekitar Pulau Sumatera memohon pewaris kerajaan Pagar Ruyong untuk dijadikan raja di negeri mereka.