Disember 2008
Disember 2008 ialah bulan ke-12 untuk tahun lompat. Ia bermula pada hari Isnin dan berakhir selepas 31 hari pada hari Rabu.
Cuti antarabangsa
sunting- 8 Disember – Hari Raya Aidiladha 1429H.
- 25 Disember – Krismas dalam Kristian Barat.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 29 Disember - Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.
- 27 Disember - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar (gambar) mangkat di Seremban, Negeri Sembilan.
- 27 Disember - Israel melancarkan satu serangan udara yang membunuh lebih 350 orang di Gaza.
- 23 Disember - Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté.
- 22 Disember - Perdana Menteri Belgium Yves Leterme dan kerajaannya meletak jawatan di tengah-tengah kontroversi mengenai penjualan syarikat perkhidmatan kewangan Fortis.
- 15 Disember - Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baru.
- 13 Disember - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
- 10 Disember - Yazid Sufaat dan beberapa orang lagi dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia.
- 9 Disember - Rusuhan anti-polis (gambar) terjadi di Athens dan beberapa bandar lain di Greece.
- 7 Disember - Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, mengorbankan lima orang dan menimbus 14 buah rumah.
- 2 Disember - Mahkamah Perlembagaan Thailand membubarkan tiga parti dalam kerajaan campuran, dan Perdana Menteri Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.