Harun Taib
Dato' Haji Harun bin Taib (1943-2014) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Manir selama lima penggal (1990-2013) dan mantan EXCO Terengganu (1999-2004).
Dato' Haji Harun Taib DPMT (Terengganu) | |
---|---|
Ketua Dewan Ulamak Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2014 | |
Didahului oleh | Muhammad Daud Iraqi |
Digantikan oleh | Ahmad Yakob (Pemangku) Mahfodz Mohamed (Bermula 2015) |
Dalam jawatan 1995–2007 | |
Didahului oleh | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Digantikan oleh | Muhammad Daud Iraqi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Manir | |
Dalam jawatan 1990–2013 | |
Didahului oleh | Awang Abu Bakar Sulong |
Digantikan oleh | Hilmi Harun |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Menteri Besar Terengganu | Abdul Hadi Awang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1943 |
Mati | 25 Januari 2014 (71 tahun) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | To' Puan Fatimah Ibrahim |
Anak | 5 (termasuk Hilmi Harun) |
Latar belakang
suntingBeliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Kini beliau masih lagi menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa.
Isterinya Fatimah Ibrahim dan mempunyai 5 anak.[1]
Politik
suntingBeliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.
Setelah PAS berjaya memerintah kerajaan negeri Terengganu pada 1999, Harun Taib menjadi Exco kanan Jawatankuasa Pendidikan Dakwah dan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Terengganu. Beliau terbabit dalam penggubalan Undang-Undang Syariah (termasuk hudud / qisas) di Terengganu dan Kelantan. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Pilihan raya
suntingDUN Manir mempunyai tujuh peti undi iaitu Kedai Manir, Teluk Menara, Beladau Kolam, Pulau Bahagia, Batu Hampar, Pujuk dan Durian Mas. Hampir 99 % penduduk / pengundinya adalah keturunan Melayu. PAS menang di Manir sejak 1990 lagi. Dalam pilihan raya 1999, Harun Taib mengalahkan Shamsuddin Sulong (BN).
Dalam pilihan raya umum 2004, Datuk Harun Taib (PAS) menumpaskan Wan Sagar (BN-UMNO) dengan memperoleh 4,451 undi manakala Wan Sagar mendapat 4,141 undi iaitu majoriti 310 undi.[2]
Pilihan raya 2008
suntingDalam pilihan raya pada 8 Mac 2008, Harun Taib berjaya menewaskan Wan Sagar Wan Embong (BN), orang yang sama ditewaskannya pada 2004, kali ini dengan majoriti 406 undi.[3]
Pada 16 September 2008, panel tiga hakim terdiri Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohamed Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Arifin Zakaria dan Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin menolak petisyen Wan Sagar untuk membatalkan keputusan pilihan raya kawasan Manir pada 8 Mac 2008. Harun diwakili peguam Mohd Ariff Yusof manakala Wan Sagar diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.[3] Sebelum ini, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee menolak petisyen Wan Sagar kerana tidak ada secebis buktipun. Insiden 2 pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi juga tidak dapat dibuktikan.[4]
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Terengganu
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 2002
Rujukan
sunting- ^ Dato' Haji Harun bin Taib, Laman PRU ke-12 PAS.
- ^ BN yakin rampas DUN Manir, Utusan Online.
- ^ a b Mahkamah Persekutuan sahkan kemenangan PAS di Manir, HarakahDaily.net
- ^ Mahkamah tolak petisyen pilihan raya DUN Manir, Utusan Online.