Ikan Selatan
Ikan Selatan atau Piscis Austrinus (PsA; juga dikenali sebagai Piscis Australis) ialah sebuah buruj di hemisfera samawi selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "ikan selatan", berlawanan dengan buruj yang lebih besar Pisces (Ikan), yang mewakili sepasang ikan. Sebelum abad ke-20, buruj ini juga dikenali sebagai Piscis Notius. Satu-satu bintangnya yang lebih cerah daripada magnitud ke-4 ialah Fomalhaut, yang merupakan sebuah bintang magnitud pertama dan merupakan bintang ke-18 tercerah di langit malam.
Piscis Austrinus | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Piscis Austrinus |
Singkatan | PsA |
Genitif | Piscis Austrini |
Sebutan | /pisis austrinus/ atau /pisis australis/, genitif /pisis austrini/ atau /pisis australis/ |
Simbolisme | Ikan Selatan |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
22 | |
Keserongan | −30 |
Sukuan | SQ4 |
Keluarga | Perairan Langit |
Keluasan | 245 darjah persegi (ke-60) |
Bintang | |
Bintang utama | 7 |
21 | |
Bintang dengan planet | 3 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 1 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 3 |
Bintang paling terang | Fomalhaut (α PsA) (1.16m) |
Bintang terhampir | Lacaille 9352 (10.74 tc, 3.29 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +55° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Oktober. | |
sunting |
Piscis Austrinus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Bintang-bintang buruj moden Grus (Keria) pernah membentuk "ekor" Ikan Selatan. Pada 1597 (atau pada 1958), Petrus Plancius menghasilkan sebuah buruj terpisah dan menamaikan sempena jenjang atau keria.
Dalam mitologi Yunani, buruj ini dikenali sebagai Ikan Besar dan digambarkan menelan air yang dicurahkan oleh Aquarius (Timba), buruj timba. Dua ekor ikan bagi buruj Pisces (Ikan) dikatakan sebagai anak kepada Ikan Besar. Dalam mitologi Mesir, ikan ini menyelamatkan nyawa dewi Mesir Isis, maka ia menempatkan ikan ini dan keturunannya ke syurga sebagai buruj bintang.[1]
Rujukan
sunting- ^ Eratosthenes; Hyginus, C. Julius (1997). Star myths of the Greeks and Romans: a sourcebook containing the Constellations of Pseudo-Eratosthenes and the Poetic astronomy of Hyginus. Translated by Condos, Theony. Red Wheel/Weiser. m/s. 163–164. ISBN 1-890482-93-5.
- Ian Ridpath dan Wil Tirion (2007). Stars and Planets Guide, Collins, London. ISBN 978-0-00-725120-9. Akhbar Universiti Princeton, Princeton. ISBN 978-0-691-13556-4.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Ikan Selatan. |
- The Deep Photographic Guide to the Constellations: Piscis Austrinus (Inggeris)
- Star Tales – Piscis Austrinus (Inggeris)
- Buruj Piscis Austrinus di Constellation Guide (Inggeris)