Jata negara Iran
Lambang Iran di sebelah kanan diperkenalkan pada ahun 1980, sejajar dengan kejayaan Revolusi Iran. Lambang ini hanyalah perkataan Allah ﺍﷲ di dalam tulisan Arab.
Perkataan Allah dalam lambang ini dibina daripada empat bulan sabit dan satu pedang. Lima objek ini membawa maksud lima Rukun Islam. Di atas pedang itu pula (di tengah tengah lambang) adalah tanda tashdid shadda. Lambang ini juga menyerupai bunga tulip yang bertujuan untuk mengingati magsa korban pejuang-pejuang Iran dalam mempertahankan negara mereka. Ini adalah kepercayaan lama orang Iran bahawa mereka yang terkorban dalam perang mempertahankan negara, bunga tulip merah akan tumbuh di kuburan mereka.
Lambang ini direka oleh Hamid Nadimi dan diluluskan secara rasmi oleh Ayatollah Khomeini pada 9 Mei, 1980.