Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Malaysia Timur

negara Malaysia di Pulau Borneo
Semakan 5541632 pada 23:30, 21 April 2022 oleh CASSEY JULIAN CHIOL (bincang | sumb.)

Malaysia Timur atau Malaysia Borneo merupakan nama panggilan bagi 2 buah negeri dan sebuah wilayah persekutuan di Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di pulau ini juga terletak negara Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.[1] Bandar raya-bandar raya utama di Malaysia Timur adalah Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu. Bandar-bandar besar lain yang penting termasuklah Bandar Victoria di Wilayah Persekutuan Labuan, Miri, Sibu, dan Bintulu di Sarawak, serta Sandakan dan Tawau di Sabah.

Malaysia Timur berwarna hijau

Walaupun Malaysia Timur adalah kurang maju berbanding Semenanjung Malaysia, namun ia mempunyai lebih banyak sumber alam seperti petroleum, gas asli, kayu balak, dan arang batu.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Malay Peninsula". HarperCollins Publishers. Dicapai pada 7 Julai 2013.