Abu Hassan Din Al-Hafiz
Allahyarham Datuk Haji Abu Hassan bin Din Al Hafiz (13 Januari 1946 – 1 Mei 2019) merupakan seorang ulama dan pendakwah agama Malaysia dan adik kepada Datuk Dr. Haron Din dan Ishak Din.[1][2] Beliau ialah bekas Imam Besar Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.[3]
Abu Hassan Din Al-Hafiz PSD, KMN, (Malaysia); SMW, (Wilayah Persekutuan) | |
---|---|
Imam Besar Masjid Negara ke-5 | |
Dalam jawatan 1978–1983 | |
Didahului oleh | Ahmad Shahir Daud |
Digantikan oleh | Ahmad Shahir Daud |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abu Hassan bin Din 13 Januari 1946 Arau, Perlis |
Mati | 1 Mei 2019 Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor | (umur 73)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Mukim Batu, Kuala Lumpur |
Pasangan | Datin Seri Rosbi Shabudin |
Pertalian | |
Anak | 7 (termasuk Mohamad Yusri Abu Hassan) |
Pekerjaan | Ulama |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan di Arau, Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.
Kerjaya
suntingAbu Hassan mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.[4]
Selain itu, Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara.
Meninggal dunia
suntingBeliau meninggal dunia pada 1 Mei 2019 akibat terjatuh setelah menunaikan solat subuh, jenazah beliau dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah[5] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.[6][7]
Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rosbi Shabudin, dan tujuh orang anak serta 13 orang cucu. Menurut laporan Sinar Harian, "Andainya ini Ramadan Terakhir" merupakan kuliah terakhir beliau.[1][8]
Anugerah
suntingSenarai darjah kebesaran yang beliau terima[9]
- Malaysia
- Panglima Setia Diraja (PSD) - Datuk (1987)
- Kesatria Mangku Negara (KMN) - (1991)
- Wilayah Persekutuan
- Seri Mahkota Wilayah (SMW) - Datuk Seri - (2017)
Rujukan
sunting- ^ a b Norafiza Jaafar (1 Mei 2019). "Andainya Ini Ramadan Terakhir, kuliah terakhir Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ Nur Aqidah Azizi (1 Mei 2019). "Abu Hassan Din stressed on importance prayers". New Straits Times. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia". Astro Awani. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ Fazrik Kamarudin dan Petah Wazzan Iskandar (1 Mei 2019). "Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Islamic scholar Abu Hassan Din passes away". The Star Online. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ Fazrik Kamaruddin (1 Mei 2019). "Jenazah Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumi". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Prominent Muslim preacher Hassan Din dies". The Malay Mail. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Abu Hassan Din meninggal dunia". Malaysiakini. 1 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Semakan penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 2021-01-14.