Achey Bocey
Mohd Nasir Hamzah[1] atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 dan salah seorang ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.
Achey Bocey | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Nasir bin Hamzah 17 Ogos 1986 |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Nur Hassanah "Anne" Yahya |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Ngaisah binti Hassan |
Bapa | Hamzah bin Salam |
Keluarga | Natasha Hamzah (adik) |
Kerjaya lawak | |
Media | Televisyen, filem |
Genre | Komedi, sketsa |
Kerjaya
suntingBeliau menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik. Pada November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 dan 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.[2]
Kehidupan peribadi
suntingAchey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah. Beliau ialah abang kepada Natasha Hamzah.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa | Rudy | Filem pertama |
2017 | Abang Long Fadil 2 | Ali | |
2018 | Hantu Wangan | Kintang Kintung | |
2019 | Tiada Tajuk | Pencerita/Wak Calit | |
2020 | Kelaster | Zul | |
2021 | Mat Bond Malaya | Ejen 10 | Penampilan khas |
Frontliner | Kapten Nasir | ||
2023 | Sue-On | Pocong | |
Mat Tudung Begins | Sabri / Sabrina | ||
2024 | Baik Punya Ah Long |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Kintang Kintung | TV3 | Drama pertama | |
2015 | Oh My English! Class Of 2015 | Pak Johan | Astro TVIQ | Episod: "Zero To Hero" |
Tanah Kubur (Musim 14) | Salim | Astro Oasis | Episod: "Viral Fitnah" | |
2017 | Tuyul Ke London | Achey | Astro Warna | |
2020 | Salam Squad 2.0 | Pegawai Majlis | Astro Ceria | |
2020–2021 | Tok Kata | Penghulu | Awesome TV |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Homestay Berhantu | Achik | TV9 | Telefilem pertama |
Samba Bola Kampung | Azam | Astro Prima | ||
Bocey Beraya | Achey | Astro Warna | ||
Qish Qish Qish | Astro Ceria | |||
2015 | Salah Susuk Raya | Wak Eng | Astro Prima | |
2016 | Bocey Mencecey | Achey | Astro Warna | |
2018 | Tiga Bahadol | Karim |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014–2015 | Betul ke Bohong? (Musim 6) | Kumpulan Haniff | Astro Warna |
2015 | Buana Oh Buana | Pelbagai watak | |
2016 | Bocey & Friends | ||
2018 | Bocey & Friends Live | ||
2019 | Di Balik Tawa (Musim 2) | Dirinya sendiri | |
2020 | Oops Terkena (Episod 1) | Awesome TV | |
2022 | Akustika Ramadan 2022 | Pengacara bersama Anas Ridzuan | TV3 |
Peserta
suntingTahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2013 | Bintang Mencari Bintang | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Bocey | |
2014 | Super Spontan 2014 | Biawak Lazer |
Maharaja Lawak Mega 2014 | Bocey | |
2015 | Super Spontan All Star | Silat Dongibab |
Juara Parodi | Black dot Chey | |
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | Bocey |
Super Spontan Superstar 2016 | Monyet Mafia | |
2017 | Super Spontan Superstar 2017 | Tenggiling Taiko |
Maharaja Lawak Mega 2017 | Bocey | |
2018 | Super Spontan Xtravaganza | Sotong Kangkung |
Maharaja Lawak Mega 2018 | Bocey | |
2019 | Muzikal Lawak Superstar (musim 1) | Botak |
Maharaja Lawak Mega 2019 | Bocey | |
2020 | Muzikal Lawak Superstar (musim 2) | Mashuk |
2021 | Maharaja Lawak Mega 2021 | Boro |
Gema Lawak Superstar | 3A | |
2022 | Muzikal Lawak Superstar (musim 3) | Cili |
Siniar
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Bocey Comeback | Dirinya sendiri | YouTube | bersama Fad |
Diskografi
suntingSingle
suntingTahun | Tajuk | Kedudukan Tertinggi | |||
---|---|---|---|---|---|
RIM | ERA FM [4] |
HOT FM [5] |
Muzik Muzik [6] | ||
2017 | Yang Terindah | 5 | 1 | 11 | |
2018 | Anak | ||||
2019 | Sakit | ||||
2020 | Kita Baik Ramai Sayang (bersama Fad) | ||||
2021 | Sembuh | ||||
2022 | Cintaku Takkan Hilang | ||||
2023 | Raya Rempit | ||||
2024 | Kabus (bersama Baby Feyaaa) | ||||
Kueh Raya | |||||
Biar (bersama Tantari) |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Artis Baru Lelaki Popular | Achey | Menang |
Anugerah Lawak Warna 2014 | Pelawak Lelaki Paling Popular | Tercalon | ||
2015 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 | Pelakon Komedi Lelaki Popular | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pengacara TV Popular | Tercalon | |
Artis Versatil Popular | Tercalon | |||
Artis Komedi Popular | Tercalon | |||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Achey (Bocey) Tangguh Simen Kaki, Ziarah Allahyarham Harun Salim Bachik Diarkibkan 2015-06-15 di Wayback Machine mStar Online (10 Mac 2015). Diperoleh pada 1 Julai 2015.
- ^ Bingkisan lebaran dua legasi Utusan Malaysia (1 Ogos 2014). Diperoleh pada 3 Ogos 2014.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (20 Julai 2019). Bukan jenaka kosong Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2018-01-31.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.