Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Airbus A330

(Dilencongkan daripada Airbus A330-300)

Airbus A330 adalah pesawat komersil berbadan lebar berjulat sederhana jauh dikeluarkan oleh Airbus Industrie. Ia dikeluarkan serentak dengan A340. Pengeluaran A330 adalah untuk bersaing dengan Boeing 767 dan Boeing 757 yang dikeluarkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Fuselaj dan sayap A330 adalah mirip dengan A340 walaupun kedua-dua siri ini mempunyai enjin yang berbeza. Fuselaj A330 adalah berdasarkan A300 dan A330 dilengkapi dengan sistem terbang dengan dawai dan dek penerbangan dari Airbus A320

Airbus A330
Northwest Airlines A330-300
Peranan Pesawat jet badan lebar
Pengeluar Airbus
Penerbangan pertama 2 November 1992
Diperkenalkan Januari 1994 dengan Air Inter
Syarikat penerbangan utama Northwest Airlines
Qatar Airways
Emirates
Cathay Pacific
Jumlah dibina 572 as of 31 October 2008 [1]
Kos unit A330-200: US$176.3 to $185.5m (2008)[2]
A330-300: $195.9 to $205.7m (2008)
A330-200F: $180.6 to $187.7m (2008)
Dibangunkan dari Airbus A300
Variasi Airbus A340
Airbus A330 MRTT
Northrop Grumman KC-45
Airbus A 330-200 milik Air Seychelles
Airbus A330 milik Air Canada
Airbus A330-200 milik Garuda Indonesia

Variasi

sunting

Terdapat dua variasi A330 iaitu A330-300 (mempunyai fuselaj yang panjang) dan A330-200 (mempunyai fuselaj yang pendek)

A330-200

sunting

A330-200 dibangunkan untuk menggantikan A300-600R dan digunakan untuk bersaing dengan 767-300ER. Ia merupakan versi pendek -300.Penjualan A330 adalah antara yang terbaik dan dikatakan telah berjaya mengalahkan penjualan 767.

Operator-operator bagi A330-200 ialah Aer Lingus, Air France, Batavia Air, Austrian Airlines, Emirates, EVA Air, Gulf Air, LTU, Lufthansa, Malaysia Airlines, Qantas, Qatar Airways, Garuda Indonesia, dan TAM.

A330-300

sunting

A330-200 , seperti -200, dibangunkan untuk menggantikan A300. Fuselajnya berasaskan A300-600 yang telah dipanjangkan dan dilengkapi dengan sayap yang baru, pengimbang dan perisian terbang dengan dawai.

Operator-operatirnya ialah Aer Lingus, Air Canada, Cathay Pacific Airways, China Airlines, Dragonair, Garuda Indonesia, Korean Air, Malaysia Airlines, Northwest Airlines, Philippine Airlines, Qantas, SAS, SN Brussels Airlines, Thai Airways International, dan US Airways.

A330 MRTT

sunting

Airbus A330 MRTT dan variasi A330-200 yang berfungsi sebagai Pesawat tangki pelbagai fungsi dan mempunyai penghubung isian semula. Pada Januari 2004, Kementerian Pertahanan UK memilih A330 MRTT untuk berkhidmat dengan Royal Air Force.

A330-200Lite

sunting

A330-200Lite merupakan variasi A330 dimana beratnya akan dikurangkan dan enjin baru akan digunakan bagi menyayingi 787-9. Ia kemudian ditukar nama menjadi A350.

Spesifikasi

sunting
A330-200 A330-300
Panjang: 59.0 m (193 ft 7 in) 63.6 m (208 ft 1 in)
Tinggi: 16.83m (55kaki 2in) 16.83m (55kaki 2in)
Rentang sayap: 60.30m (197kaki 10in) 60.30m (197kaki 10in)
Berat maksimum untuk terbang naik: 233,000 kg 217,000 kg
Tempat duduk: 253
tiga kelas
295
tiga kelas
Kargo: 26 LD3 32 LD3
Enjin: CF6-80E atau
PW4000 atau
Trent 700
CF6-80E atau
PW4000 atau
Trent 700
Laju terbang: 860km/h 860km/h
Julat: 12,500 km (6,750 batu nautika) 10,500 km (5,650 batu nautika)

Kecelakaan

sunting

(Bagi rekod sehingga 2004)

  • Hilang kawalan: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 7
  • Lain-lain: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 0
  • Rampasan pesawat: 2 dengan kehilangan jiwa seramai 1

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Airbus orders & deliveries". Airbus S.A.S.
  2. ^ "Airbus Aircraft Range of 2008 List Prices" (PDF). Airbus S.A.S. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-29. Dicapai pada 2008-12-17. retrieved 27 July 2008