Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Tulisan Cina Ringkas

(Dilencongkan daripada Aksara Cina mudah)

Tulisan Cina Ringkas (Cina Ringkas: 简体字; Cina Tradisional: 簡體字; pinyin: jiǎn tǐ zì) adalah satu daripada dua cara penulisan yang digunakan dalam Bahasa Cina. Cara yang bertentangan adalah tulisan cara tradisional. Tulisan Cina Ringkas merupakan Hanzi (perkataan-perkataan Cina) yang telah dipermudahkan cara penulisannya oleh kerajaan China dengan matlamat untuk mempromosikan kebolehan membaca dan menulis di kalangan rakyatnya, kerana adalah dikatakan bahawa para penduduk miskin seperti petani menghadapi kesukaran mempelajari tulisan tradisional.

Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Tulisan tulang ramalan
- Tulisan gangsa
- Tulisan mohor
- Tulisan kerani
- Tulisan biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Kaedah pemudahan

sunting

Terdapat pelbagai cara pemudahan aksara Cina, seperti yang berikut:

  1. Menggantikan komponen rumit dalam aksara umum dengan bentuk yang lebih ringkas:
    • ; ; ; dsb.
  2. Menukar komponen fonetik:
    • ; ; ; dsb.
  3. Menggugurkan seluruh komponen:
    • 广; ; ; dsb.
  4. Menggunakan bentuk kursif:
    • ; ; ; dsb.
  5. Mengambil bentuk kuno yang lebih ringkas:
    • ; ; ; dsb.
  6. Membentuk gugusan radikal dengan radikal baru:
    • ; ; ; dsb.
  7. Membentuk gugusan radikal dengan fonetik baru:
    • ; ; ; dsb.
  8. Menggabungkan satu aksara kepada satu aksara lain yang sama atau seiras bunyinya:
    • ; ; ; dsb.
  9. Menggabungkan sebilangan aksara menjadi aksara baru yang lebih mudah:
    • dan ; dan ; dsb.
  10. Mempermudah bentuk secara sistematik, agar setiap aksara yang menggunakannya turut dipermudah:
    • ; ; ; dsb. (satu pengecualian adalah aksara bagi "buka": , yang mana radikal pintu () digugurkan.)

Amalan pada masa kini

sunting

Tanah Besar China

sunting

Tulisan Ringkas diajar di sekolah dan digunakan dalam segala media percetakan di Tanah Besar China (Republik Rakyat China). Tulisan Ringkas hampir digunakan dengan sepenuh-penuhnya di China, oleh itu kenampakan Tulisan Tradisional sangat jarang. Pada masa pemerintahan Mao Zedong, selepas Tulisan Ringkas diperkenalkan, Tulisan Tradisional adalah dilarang digunakan. Namun kini pihak China telah menyedari kepentingan Tulisan Tradisional.

Singapura

sunting

Tulisan Ringkas sangat banyak digunakan di Singapura. Tulisan Ringkas digunakan di sekolah dan juga segala media percetakan. Kebanyakan papan-papan tanda perniagaan juga menggunakan Tulisan Ringkas.[1]

Malaysia

sunting

Kaum Cina di Malaysia juga menggunakan tulisan Cina ringkas dalam pendidikan sekolah dan kebanyakan media percetakan. Namun kebanyakan surat khabar Cina di Malaysia seperti Sin Chew Jit Poh(星洲日报) hanya menggunakan tulisan ringkas untuk kandungan dan menggunakan tulisan tradisional untuk tajuk-tajuk. Hanya Nanyang Siang Pau(南洋商报) menggunakan tulisan ringkas sepenuhnya, tetapi membenarkan iklan-iklan dalam tulisan tradisional.

Hong Kong

sunting

Hong Kong masih menggunakan tulisan tradisional. Namun penduduk-penduduk telah mula mempelajari tulisan ringkas.

Macau masih menggunakan tulisan tradisional.

Republik China Taiwan

sunting

Taiwan masih menggunakan tulisan tradisional. Tulisan ringkas pernah diharamkan di Taiwan oleh kerajaan Republik China Taiwan kerana tulisan ringkas adalah dari Tanah Besar China yang dikawal oleh musuh (Republik Rakyat China). Kini Tulisan Ringkas dibenarkan di Taiwan dan juga terdapatnya beberapa buah buku yang diterbit di Taiwan adalah dalam tulisan ringkas.

Tempat lain-lain di dunia

sunting

Penduduk di negara-negara barat biasanya menggunakan tulisan Cina tradisional apabila berniaga disebabkan kebanyakan mereka berasal dari negara Hong Kong dan Taiwan tetapi pendatang dari China semakin ramai dan justeru tulisan Cina ringkas pun diperkenalkan. Bahasa Cina merupakan salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selepas Republik Rakyat China mengganti tempat Republik China di PBB, penggunaan tulisan ringkas pun menggantikan penggunaan tulisan tradisional sebagai tulisan Cina rasmi di PBB.

Peluasan penggunaan

sunting

Jian hua zi zong biao (简化字总表), senarai muktamad aksara dipermudah yang diumumkan pada 1986, mengandungi yang berikut:

  • Carta 1 mengandungi 350 aksara yang dipermudah secara berasingan, dan pemudahannya tidak boleh digeneralisasikan ke aksara lain
  • Carta 2 mengandungi 132 aksara yang dipermudah serta 14 radikal yang dipermudah yang boleh digeneralisasikan ke aksara lain
  • Carta 3 mengandungi 1,753 aksara yang dipermudah menurut carta 2. Senarai ini tidaklah menyeluruh, maka mana-mana aksara yang boelh dipermudah menurut syarat carta 2 patut dipermudah, meskipun tidak muncul dalam carta 3.
  • Apendiks yang mengandungi:
    • 39 aksara yang secara rasminya dianggap sebagau kes yang mana sesuatu aksara variasi yang rumit tidak diganti oleh aksara yang baru, sebaliknya telah dimansuhkan dan diganti oleh aksara variasi yang lebih mudah. Namun, aksara ini kerap dianggap sebagai pemudahan dan, maka, termasuk di sini bagi tujuan rujukan.
    • 35 nama tempat yang telah dimodifikasi untuk mengganti aksara yang jarang digunakan dengan aksara yang lebih kerap digunakan. ini bukan pemudahan aksara, kerana ini cuma modifikasi bagi nama tempat, bukan aksara itu sendiri. Semenjak itu, satu nama tempat yang dimodifikasi telah dikembalikan kepada versi asalnya.

Di yi pi yi ti zi zheng li biao (第一批异体字整理表, "Siri Pertama Senarai Penyusunan Aksara Variasi") juga memberi perhatian kepada beberapa perbezaan ortografi antara Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan. Walaupun ini secara teknikal bukanlah satu "pemudahan", perbezaan ini sering dianggap sedemikian kerana kesannya sama. Ini mengandungi:

  • 1,027 aksara variasi yang dianggap pupus seperti pada penyemakan yang terakhir pada 1993. Antara aksara-aksara tersebut, ada yang turut pupus di Taiwan dan Hong Kong, namun yang lain masih digunakan.

Selepas Perang Dunia II, Jepun juga mempermudah sebilangan aksara Cina (kanji) yang digunakan dalam bahasa Jepun. Bentuk-bentuk baru ini bernama shinjitai. Berbanding dengan bahasa Cina, pembaharuan Jepun lebih menerus dan melibatkan hanya beberapa ratus aksara yang diganti dengan bentuk mudah, kebanyakannya sudah digunakan dalam tulisan kursif Jepun. Bilangan aksara dalam penerbitan turut dikurangkan, dan senarai rasmi aksara yang perlu dipelajari dalam setiap darjah persekolahan turut disediakan. Tujuan utamanya adalah untuk menyelaraskan pengajaran dan penggunaan tulisan Kanji dalam sastera dan media moden.

Pengekodan komputer

sunting

Dalam aplikasi teks komputer, skim pengekodan GB paling kerap digunakan untuk memaparkan aksara Cina ringkas ini, manakala Big5 lebih kepada pemaparan aksara tradisional. Meskipun kedua-dua pengekodan ini mempunyai hubungan jelas dengan satu set aksara tertentu, kekurangan pemetaan satu ke satu antara set aksara ringkas dan tradisional mencetuskan hubungan de facto.

Oleh sebab tulisan Cina ringkas menggabungkan banyak aksara menjadi satu dan versi asal skim pengekodan GB yang dikenali sebagai GB2312-80 mengandungi hanya satu titik kod untuk setiap aksara, adalah mustahil untuk menggunakan GB2312 untuk memetakan set aksara tradisonal yang lebih besar. Secara teori, bukanlah mustahil bagi menggunakan kod Big5 untuk memetakan set glif aksara mudah yang lebih kecil, sungguhpun pasaran untuk produk sedemikian amat kecil. Bentuk GB alternatif yang lebih baru dilengkapi sokongan untuk aksara tradisional. Terutamanya, pihak berkuasa tanah besar sudah mengasaskan GB 18030 sebagai piawaian pengekodan rasmi untuk kegunaan dalam semua penerbitan perisian tanah besar. Pengekodan ini mengandungi semua aksara Asia timur yang diterapkan dalam Unikod 3.0. Oleh itu, pengekodan GB 18030 mengandungi kedua-dua aksara ringkas dan tradisional yang terdapat dalam Big-5 dan GB, serta juga semua aksara yang didapati dalam pengekodan bahasa Jepun dan Korea.

Unikod menguruskan isu aksara ringkas dan tradisi sebagai sebahagian projek penyatuan Han dengan menerapkan titik kod untuk setiap aksara. Keperluan ini timbul kerana hubungan antara aksara ringkas dan tradisional bukan selalunya satu ke satu. Meskipun ini bermakna bahasa sesuatu sistem Unikod boleh memaparkan kedua-dua aksara ringkas dan tradisional, namun ini juga bermakna fail-fail penempatan berlainan diperlukan untuk setiap jenis aksara itu.

Aksara Cina yang digunakan dalam bahasa Jepun moden turut diringkaskan, tetapi secara amnya tidak menyeluruh seperti mana di China. Penyelarasan set-set aksara berlainan ini dalam Unikod dijadikan sebahagian proses penyatuan Han yang penuh kontroversi. Yang tidak memeranjatkan kita adalah bahawa sesetengah aksara Cina yang digunakan di Jepun tidak 'tradisional' dan tidak juga 'ringkas'. Dalam pada itu, aksara-aksara ini tidak terdapat dalam kamus bahasa Cina bertulisan tradisional mahupun ringkas.

Pautan luar

sunting