Alexander Nanta Linggi
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (lahir 16 Jun 1958) merupakan ahli politik Malaysia dari Parlimen Kapit, negeri Sarawak dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya selepas Kerajaan Perpaduan mempunyai mejoriti didalam Parlimen. Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 03 Disember 2022.[2] Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018.
Beliau adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi.[3] Beliau juga merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.[4]
Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat 'Datuk'.[5] Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.[6]
Keputusan Pilihan Raya
suntingTahun | Kawasan pilihan raya | Undian | Peratusan | Lawan(s) | Undian | Peratusan | Jumlah | % | Majoriti | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Kapit | Alexander Nanta Linggi (PBB) |
12,157 | 85.97% | Richard Nujong Abit (BEBAS) | 1,141 | 8.07% | 14,442 | 65.75 | 11,016 | ||
Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda (PKR) | 843 | 5.96% | ||||||||||
2004 | Alexander Nanta Linggi (PBB) |
Tidak bertanding | ||||||||||
2008 | Alexander Nanta Linggi (PBB) |
Tidak bertanding | ||||||||||
2013 | Alexander Nanta Linggi (PBB) |
13,446 | 78.35% | Ramli Malaka (DAP) | 3,715 | 21.65% | 17,474 | 66.71 | 9,731 | |||
2018 | Alexander Nanta Linggi (PBB) |
14,302 | 78.91% | Paren Nyawi (DAP) | 3,823 | 21.09% | 18,485 | 57.82 | 10,479 |
Pilihan raya Malaysia 2008
suntingDalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Alexander Nanta Linggi bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kapit , negeri Sarawak. Alexander Nanta Linggi telah menang tanpa bertanding.
Anugerah
sunting- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri (2020) [9]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-19.
- ^ Teo, John (25 January 2003). "Political legacy of paramount chief of Ibans lives on". New Straits Times. New Straits Times Press.
- ^ "Swee Joo To Expand Tanker Business With Regional Focus". Bernama. 2 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ "King Presents awards to 39 people at investiture". The Star. 5 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2010. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ "Alexander Nanta Linggi, New Rural And Regional Development Deputy Minister". Bernama. 15 May 2013. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 24 April 2010..
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-03-28.
- ^ Bernama (10 Oktober 2020). "Manyin dahului senarai penerima pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak".