Apple Music
Apple Music ialah perkhidmatan penstriman muzik dan video yang dibangunkan oleh Apple Inc. Pengguna memilih muzik untuk distrim ke peranti mereka berdasarkan permintaan, atau mereka dapat mendengar senarai main yang ada. Perkhidmatan ini juga merangkumi stesen radio Internet Apple Music 1, Apple Music Hits, dan Apple Music Country, yang disiarkan secara langsung ke lebih 200 negara 24 jam sehari. Perkhidmatan ini diumumkan pada 8 Jun 2015, dan dilancarkan pada 30 Jun 2015. Pelanggan baru mendapat tempoh percubaan percuma selama enam bulan sebelum perkhidmatan tersebut memerlukan langganan bulanan.[1]
Pemaju | Apple Inc. |
---|---|
Orang utama | Oliver Schusser (Ketua Apple Music seluruh dunia) Brian Bumbery (pengarah, Apple Music Publicity) Trent Reznor (Pegawai Kreaitf) |
Tarikh pelancaran | 30 Jun 2015 |
Kali terakhir dikemaskini | 16 September 2020 |
Platform | macOS, iOS, iPadOS, tvOS, watchOS, CarPlay, HomePod, Windows, Android, Chrome OS, Amazon Echo, Sonos, dan Web |
Model harga | US$9.99 / sebulan untuk single berlesen US$99.00 / setahun untuk single berlesen US$14.99 / sebulan untuk lesen keluarga US$4.99 / sebulan untuk lesen pelajar |
Ketersediaan | 167 negara terutamanya di Amerika, Eropah, Asia, dan Oceania, dan sebahagian daripada Afrika dan Timur Tengah |
Laman web |
|
Rujukan
sunting- ^ "Apple Music Now Has 56 Million Users: Report". Billboard. Dicapai pada 2018-12-03.