Pengaraban
Pengaraban atau Arabisasi (Arab: تعريب , taʻrīb) menerangkan kedua-dua proses pertumbuhan pengaruh Arab terhadap populasi bukan Arab, menyebabkan peralihan bahasa melalui penggunaan bahasa Arab secara beransur-ansur dan penggabungan budaya mereka, serta dasar nasionalis Arab beberapa pemerintahN di negara-negara Arab moden ke arah minoriti bukan Arab, termasuk Lubnan, Kuwait,[1] Iraq,[2] Syria, Sudan, Mauritania, Algeria,[3] Libya, dan (ketika memerintah wilayah) Negara Islam Iraq dan Levant .
Dari segi sejarah, aspek budaya Semenanjung Arab digabungkan dalam pelbagai bentuk dengan budaya wilayah yang ditakluki dan akhirnya dinamakan "Arab". Selepas kebangkitan Islam di Hijaz, budaya dan bahasa Arab tersebar di luar Semenanjung Arab melalui penaklukan, perdagangan dan perkahwinan antara anggota penduduk tempatan bukan Arab dan orang-orang Arab semenanjung. Bahkan di Semenanjung Arab itu sendiri, pengaraban berlaku kepada penduduk bukan Arab seperti orang-orang Saba' dari Yaman dan Hutaym dan Solluba dari Kuwait dan Arab utara. Bahasa Arab mula berfungsi sebagai lingua franca di daerah-daerah ini dan dialek mula dibentuk. Walaupun Yaman secara tradisional dianggap sebagai tanah air orang Arab Qahtani yang, menurut tradisi Arab, ialah orang Arab yang tulen, sebahagian besar penduduk Yaman sebenarnya tidak bertutur dalam bahasa Arab sebelum penyebaran Islam, tetapi sebaliknya bahasa Semit Selatan Lama.[4][5]
Pengaruh Arab telah mendalam di banyak negara lain yang budayanya telah dipengaruhi oleh Islam. Bahasa Arab ialah sumber kosa kata utama untuk pelbagai bahasa. Proses ini mencapai puncaknya antara abad ke-10 dan ke-14, titik puncak kebudayaan Arab.
Sejarah pengaraban
suntingContoh "pengaraban" yang paling awal dan yang paling penting ialah penaklukan Muslim awal oleh Muhammad dan seterusnya zaman kekuasaan khalifah Rasyidin dan Umayyah. Mereka membina Empayar Muslim yang tumbuh jauh di luar Semenanjung Arab, akhirnya sampai ke Sepanyol di Barat dan Asia Tengah ke Timur.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Language Maintenance or Shift? An Ethnographic Investigation of the Use of Farsi among Kuwaiti Ajams: A Case Study. AbdulMohsen Dashti. Arab Journal for the Humanities. Volume 22 Issue : 87. 2004.
- ^ Iraq, Claims in Conflict: Reversing Ethnic Cleansing in Northern Iraq.
- ^ Reynolds, Dwight F. (2 April 2015). The Cambridge Companion to Modern Arab Culture. Cambridge University Press. ISBN 9780521898072.
- ^ Nebes, Norbert, "Epigraphic South Arabian," in Uhlig, Siegbert, ed. Encyclopaedia Aethiopica (Wiesbaden: Harrassowitz Verlag, 2005), p. 335
- ^ Leonid Kogan and Andrey Korotayev: Sayhadic Languages (Epigraphic South Arabian) // Semitic Languages. London: Routledge, 1997, p[. 157-183.
Rujukan
sunting- Atribusi
- Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. .
- Rencana ini menerapkan teks daripada Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, Volume 17, oleh Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, JSTOR (Organization), sebuah penerbitan dari tahun 1888 yang sekarangnya dalam domain awam di Amerika Syarikat.</img>
- Rencana ini menerapkan teks daripada Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, Volume 17, oleh Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, JSTOR (Organization), sebuah penerbitan dari tahun 1888 yang sekarangnya dalam domain awam di Amerika Syarikat.</img>
Pautan luar
sunting- Bukti Genetik untuk Perluasan Suku Arab ke Levant Selatan dan Afrika Utara
- Bossut, Camille Alexandra. Arabisasi di Algeria : ideologi bahasa dalam wacana elit, 1962-1991 ( Abstrak ) - Tesis PhD, University of Texas di Austin, Mei 2016.