Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Astrid Sartiasari

pemeran wanita dan penyanyi asal Indonesia
(Dilencongkan daripada Astrid)

Astrid Sartiasari (lahir 27 Januari 1982 di Surabaya, Jawa Timur) atau lebih dikenali sebagai Astrid adalah seorang penyanyi wanita Indonesia. Suara beliau pernah digunakan dalam beberapa runut bunyi filem di Indonesia dan pernah berduet dengan beberapa ahli muzik lainnya di Indonesia dalam urusan menyanyi.

Astrid
Nama lahirAstrid Sartiasari Basjar
Kelahiran (1982-01-27) 27 Januari 1982 (umur 42)
Surabaya, Jawa Timur, Indonesia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2003–kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • Andy /rif
  • Padi
  • Saint Loco
  • Ello
Laman sesawang
astridmusics.com

Biografi

sunting

Astrid Sartiasari dilahirkan kepada pasangan Drs. HM Ali Basjar dan Dra. Siti Kustiiyah pada 27 Januari 1982 di Surabaya. Beliau mendapat pendidikan di SDN. Dr Soetomo VIII Surabaya, SMPN 1 Surabaya, SMUN 2 Surabaya dan Perguruan Tinggi Sekolah Tinggi Teknik Surabaya.

Kerjaya

sunting

Ketertarikan Astrid pada dunia nyanyian sudah terlihat sejak kecil. Semasa SMA, Astrid sempat bergabung dalam sebuah band, namun akhirnya Astrid memilih berkerjaya solo kerana band yang selama ini bersamanya bubar kerana sesuatu hal. Astrid pun bersolo dengan bernyanyi dari kafe ke kafe. Dan selama dua tahun Astrid rajin mengirimkan demo ke beberapa label rakaman. Hingga akhirnya “Sony BMG” pun tertarik dan mengajak Astrid untuk bekerja sama untuk mengisi runut bunyi filem “Tusuk Jelangkung”, lagu yang berjudul “Ratu Cahaya”. Setelah itu kerjayanya pun melonjak, pada tahun 2003 Astrid diajak bergabung dalam album kompilasi berjudul “ A Portrait of Yovie” dengan membawakan single terbaru dari Yovie berjudul “Tak 100%”. Selain itu dia juga mengisi runut bunyi filem berjudul “Vina Bilang Cinta”.

Di tahun 2005 Astrid menegeluarkan sebuah album dengan single hitsnya “Cinta Itu” dengan mengusung warna yang berbeza, dark-pop. Lagu ini terdengar sangat gelap yang menjadi sebuah runut bunyi filem layar lebar yang dibintangi oleh “Nirina Zubir” berjudul “Mirror”. Tidak hanya itu lagu lainnya yang diisi oleh astrid di antaranya “Ku Mau kamu Selamanya”, “Cahaya Cinta”, dan “Perpisahan”. Di album Astrid juga berduet dengan Andi Rif di lagu “Ku Mau Kamu Selamanya”.

Pada tahun 2007, Astrid mengeluarkan album repackage dengan menampilkan hit-singlenya “Jadikan Aku Yang Kedua”. Lagu ini pernah menjadi juara di pertandingan CILAPOP 2006 yang merupakan lagu karya M. Novi Umar.

Single

sunting
  • Cinta Itu
  • Mengapa
  • Ku Mau Kau Selamanya (duet dengan Andy Rif)
  • Cemburu
  • Tak Bisa Kembali
  • Perpisahan
  • Curiga
  • Cahaya Cinta
  • Ku Cinta Dia
  • Kosong
  • Tentang Rasa

Diskografi

sunting
  • Indie Colors (1998, Aku Jiwaku)
  • OST Tusuk Jelangkung (Ratu Cahaya, 2003)
  • Backing vocal album Padi Save My Soul (Sesuatu Yang Tertunda, 2003)
  • Album Portrait of Yovie (Tak 100%, Juli 2005)
  • OST. Vina Bilang Cinta (Didadaku Ada Kamu, Cinta, 2005)
  • Astrid (2005)
  • Jadikan Aku Yang Ke-2 (2007)
  • Kedamaian, kerjasama dengan Saint Loco (2007)
  • Lihat Aku Sekarang (2010)

Pautan luar

sunting