Awang Abdul Aziz bin Juned
Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Dr. Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (Jawi: اوڠ عبد العزيز بن جنيد) ialah ulama Islam dan Mufti Kerajaan Brunei sekarang.[1][2][3] Sebagai Mufti Kerajaan, beliau merupakan pihak berkuasa sah dan ugama orang Islam Ahli Sunah Waljamaah yang terkanan dan yang paling berpengaruh di dalam negara. Sebelum 22 Oktober 2015, beliau merupakan salah satu pemegang jawatan bukan bertaraf menteri di Kabinet Brunei.[4]
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Dr. Haji Awang Abdul Aziz bin Juned P.S.S.U.B., D.S.L.J., P.H.B.S., P.B.L.I., P.K.L. | |
---|---|
Mufti Kerajaan Brunei | |
Menyandang jawatan 1 September 1994 | |
Raja | Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah |
Timbalan | Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin |
Didahului oleh | Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Setia Pahlawan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan), Brunei | 22 Disember 1941 /3 Zulhijah 1360
Kewarganegaraan | Brunei |
Pasangan | Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad |
Anak | 2 lelaki dan 1 perempuan |
Bidang pengkhususan | Ulama |
Dikenali dengan | Fatwa, penubuhan hukum hudud di Brunei |
Pendidikan
suntingYang Berhormat Pehin melanjutkan pelajaran ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Singapura pada tahun 1955. Beliau kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Kolej Islam Malaya pada tahun 1962 dan Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1968.[5]
Terasul dan gelaran
sunting- 26 Mac 1983 – 6 November 1984: Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib
- 6 November 1984 – 9 Mei 1996: Yang Dimuliakan Pehin Tuan Imam
- 9 Mei 1996 – 1984: Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja
- 1984 – kini: Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
Bintang kebesaran dan pingat kehormatan
suntingDarjah kebesaran
sunting- Brunei
- Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B) - 1982.
- Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J) - Dato Seri Laila Jasa (1983).
- Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Pertama (P.S.S.U.B) - Dato Paduka Seri Setia.(1984)
- Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I)
- Pingat Kerja Lama (P.K.L)
- Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama (P.H.B.S) - 15 Julai 2010.
Ijazah kehormat
sunting- Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Brunei Darussalam (11 September 2007)
Karya
sunting- Lawatan Negara: Satu Wadah Kerana Allah
- Buku Mushaf, Tasbih, Tongkat Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
- The Shari‘ah Penal Code An Introduction
- Bandar Seri Begawan Menagih Berkat Dari Langit dan Bumi
- Gaya Hidup Sihat dan Permakanan Sihat Menurut Perspektif Islam
- Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei
- Negara Zikir
- Melayu Islam Beraja “Mahkota Negara”
- Perintah Qanun Jenayah Syar’iah “NERACA ALLAH”
Rujukan
sunting- ^ "Teachers Day Celebration and 100 Years of Formal Education". Radio Televisyen Brunei. Prime Minister's Office Brunei Darussalam. 9 October 2014. Dicapai pada 1 November 2014.
- ^ Faiq Airudin (4 Januari 2014). "Syariah law critics do not understand Islam: Mufti". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2014. Dicapai pada 1 November 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Izzan Kassim (20 August 2014). "Islamic law is respected even by non-Muslims: Mufti". The Brunei Times. Dicapai pada 1 November 2014.
- ^ "Titah KDYMM Mengenai Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Dan Pelantikan-Pelantikan Baru". Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 6 November 2018.
- ^ "Mufti Kerajaan". Jabatan Mufti Kerajaan. Dicapai pada 6 Oktober 2018.