Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Bahasa Melayu Pahang

loghat Melayu di negeri Pahang

Bahasa Melayu Pahang (Jawi: بهاس ملايو ڨهڠ) ialah sebuah Bahasa Austronesian dan suatu varian bahasa Melayu yang ditutur di negeri Pahang, Malaysia. Bahasa ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir termasuk di sekitar Pekan dan Rompin; bahagian Pahang Tengah termasuk di sekitar Maran, Bera, Temerloh dan Chenor; serta bahagian Pahang Hulu termasuk di sekitar Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Tanah Tinggi Cameron. Manakala bahasa yang dituturkan di Pulau Tioman iaitu Bahasa Melayu Tioman dianggap berbeza daripada bahasa ini. Bahasa ini juga sering dianggap sama dengan Bahasa Terengganu dan Bahasa Kelantan. Bahasa ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi penuturan dan istilah yang digunakan. Kebanyakan istilah tersebut tidak ada dalam Bahasa Melayu Piawai dan disebut dengan sebutan berbeza. Agak jarang bahasa ini digunakan kerana takut dapat membatasi komunikasi antara masyarakat. Secara umum masyarakat pengguna Bahasa Melayu tidak menyedari kewujudan varian ini dan dianggap bahawa varian tersebut ialah Bahasa Melayu Piawai.

Bahasa Melayu Pahang
بهاس ملايو ڨهڠ
Base Pahang/Cakak Pahang
Pahang (merah) di Malaysia
Asli kepadaMalaysia
Kawasan Pahang
EtnikOrang Melayu Pahang
Penutur bahasa
2,000,000
Austronesian
Dialek/loghat
  • Pekan
  • Benta
  • Raub
  • Ulu Tembeling
  • Rompin
  • Temerloh
  • Kuala Lipis
  • Bentong
Kod bahasa
ISO 639-3

Kosa kata

sunting
Bahasa Melayu Piawai Bahasa Melayu Pahang
saya

* kawan,kawang,kuwan,Kuan, ( Pekan, Maran, Rompin dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* kaweh,kawas,kuai, ( Jerantut, Lipis, Raub dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* koi, ( Temerloh, Bera dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* kas,kaeh,kash,kah,keh, ( Lipis, Raub, Jerantut dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* akuq,akuk, ( Hulu Tembeling, Jerantut dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* kencah,kencoh, ( Hulu Rompin )

* kon,kun,koin,koing, ( Bentong, Lanchang, Temerloh dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* man, ( Pulau Tioman, * mungkin dianggap sebagai bahasa yang berbeza )

* kamin, ( Temerloh, Bentong dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

* aye (Saya)

* kome,kume,komeh,kemeh,komo, ( seluruh pahang dan berbeza cara sebutan mengikut dialek masing-masing, * erti sebenar membawa maksud kami tetapi membawa maksud saya untuk keadaan yang lebih sopan)

awak awok (awak), aok, ork, ( seluruh Pahang )

oak, ( Jerantut, Lipis, Raub dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

engka, ka, ( Kuantan dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

oung, ong, omm, ( Hulu Tembeling, Jerantut dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

aji, ( Pulau Tioman * mungkin dianggap sebagai bahasa yang berbeza )

wah, ( Pulau Tioman * mungkin dianggap sebagai bahasa yang berbeza )

diri, ( Chenor, Bera dan kawasan sekitarnya / sempadan daerah )

di, ( Pulau Tawar )

kucah, kucoh, ( Hulu Rompin )

kai, ( Hulu Rompin )

mereka demeh, dime, gon, decah
yang itu hok tu
yang ini hok ni
beritahu royek, kabo (khabar), suroh, beringor, beretong, wayat
rambutan muktan, mutan
keluar tubik, keluor (keluar)
orang ora (orang) oang, oghang, ogha, urang, ughang, ugha
tidur reloh, retuh, machoong, mole
buang air besar ronoh, perot (perut), berok, meruntuh, meruyas,
kenapa ngaper (mengapa),

matnyer,

bakpe,

maek,

masék

plastik jabir, kampit, sumpit, kelompeng, plestik/pestik
bekas plastik molor
selimut gebor
selalu senalo, sokmo
jenis jenih (jenis)
malas maleh (malas) tok kose
letih kehut, kohot, kohouk, tok rot, re'er
gelojoh polok, orkak, hokok, huduh, kebobo
baiki bele
tilam lece, lembayk
penuh mombong, melengey, merunju, mumbu, merabom, menumpi
di sana setoho
di sini seneha
macam ini geneha
macam itu genoho
suruh nyeraya
kebas kaki sesemut, senyor, sereban
budu pede
tercekik mengkelan, gesok
selirat sengkelik
leka ralik
tangis rahang, lalok, merabok
pening oteng, ketoyong
bengkak merenin, mumo
telekung mahane, menkane
tipu pedo'oh, bobok, mahom, mungkor, tumbuong, ngakel, ngecong, ngarang, meraban, lembang, kutau, cengkelat
malu kenyar, konyo, jengie, kongo, jaluk
berhati-hati berambi
tidak berhati-hati ledei
boleh emboh
sanggup cekok, cekak
mudah sedey, seder
bosan cemuih
goyang olen, ogey
lemas cengkelik
lari laju coteing, mencibang, menciput, mencurat, mencicit, memoteng, mentibang, mencenceng
takut kerayan

peringatan: sesetengah perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut berlainan kawasan.

Pecahan Dialek Pahang

sunting

Terdapat banyak jenis dialek dalam Pahang. Cubaan untuk mengklasifikasikan dialek Pahang ini kepada beberapa pecahan dialek ternyata susah, namun seorang sarjana bahasa, Asmah Omar menyenaraikan terdapat 8 jenis dialek Pahang iaitu Pekan, Benta, Raub, Ulu Tembeling, Rompin, Temerloh, Kuala Lipis dan Bentong. Dialek yang dituturkan di Kuantan, Jerantut dan beberapa bahagian di Pekan juga berbeza daripada beberapa aspek.

Ada juga yang mengklasifikasikan dialek Pahang berdasarkan sungai Pahang, Mereka membahagikan dialek Pahang kepada tiga kumpulan berdasarkan Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bertemu di Kuala Tembeling membentuk Sungai Pahang yang seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. [1]

Bahasa Melayu Piawai Pekan Benta Raub Ulu Tembeling Rompin (ulu) Temerloh Kuala Lipis Bentong
Saya kawan, kawang,

kuwan, Kuan

kas, kaeh,

kash, kah,

keh

kas, kaeh,

kash, kah,

keh

Kawah, kaweh

Akuk kencah, kencoh koi, kamin kas, kaeh,

kash, kah,

keh

kon, kun,

koin, koing,

Kamin

kalau kala kala amae kala amon mengkala, mengkalo, kala, kalo ame mun, mengkalau
kenapa bakpe maeknye maeknye Masek nape ngape maeknye maek, kenapo, ngapo

Perkataan yang berpenghujung 'an','am','ang'

sunting

Perkataan piawai yang berpenghujung an biasanya disebut /ai̯/ manakala untuk am dan ang disebut /ar/.

Dialek Bahasa Melayu Piawai Dialek Hulu Pahang Dialek Barat Pahang Dialek Hulu Tembeling Dialek Pahang Tengah Dialek Pahang Hilir Dialek Pahang Timur
Sub-Dialek Umum Umum Temerloh Utara Temerloh Selatan Bera
an jangan jangae jangaeh jangaeh jangait jangae jangaen jangaeng jangang
ikan ikae ikaeh ikaeh ikait ikae ikaen ikaeng ikang
depan depae depaeh depaeh depait depae depaen depaeng depang
makan makae makaeh makaeh makait makae makaen makaeng makang
am ayam aya ayao aya ayap ayang ayaang ayan ayaeng ayang
malam mala malao mala malap malang malaang malan malaeng malang
macam maca macao maca macap macang macaang macan macaeng macang
ang tebang teba tebao tebae tebak tebang tebaang teban tebaeng tebang
padang pada padao padae padak padang padaang padan padaeng padang
tulang tula tulao tulae tulak tulang tulaang tulan tulaeng tulang
pisang pisa pisao pisae pisak pisang pisaang pisan pisaeng pisang

Perkataan yang berpenghujung 'a'

sunting
Bahasa Melayu Piawai Bahasa Melayu Pahang

Umum

Bahasa Melayu Pahang

Bentong

Bahasa Melayu Pahang

Hulu Tembeling

Bahasa Melayu Pahang

Hulu Rompin

baca bace/mace baco/maco baceq bacok
dua duwe duwo duweq duwok
buta bute buto buteq butok
rasa rase raso raseq rasok
sama same samo sameq samok
tiga tige tigo tigeq tigok

Bunga Bahasa

sunting
Bunga Bahasa Maksud
ork, dak tidak
doh jadi (kata seru)
har, hor baik (kata seru)
dok, idok bukan
yak iyakan

Kata penguat

sunting
Kata Penguat Maksud
manih meletiang, manih letiang, manis leju, manis medu sangat manis
pahit lepang sangat pahit
tawor heber sangat tawar
itar legang sangat hitam
lawo mat sangat cantik
busuk melantong, busuk lantong sangat busuk
ngerlang sangat cerah
wangi merohong sangat wangi
tebei bakut sangat tebal
masar menaung sangat masam
ketor ngelugut sangat mengeletar

Lihat juga

sunting