Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
Parti Berjasa Malaysia (BERJASA; Jawi: باريسن جماعه اسلاميه سمليسا ) ialah sebuah parti politik di Malaysia. BERJASA merupakan parti yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau disingkirkan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Parti Barisan Jemaah Islamiah Malaysia Parti Barisan Jemaah Islamiah Malaysia | |
---|---|
- | |
Singkatan | BERJASA |
Pemimpin | Zamani Ibrahim |
Presiden | Zamani Ibrahim |
Setiausaha agung | Zulkifli Yahya |
Setiausaha pertama | - |
Presidium | - |
Jawatankuasa tetap | - |
Timbalan Presiden | Dato' Mohd. Rosli Ramli |
Naib Presiden |
|
Ketua Wanita | Dr Hajjah Fadilah Ashari |
Ketua Pemuda | Fahmi Bazlan Muda |
Ketua Pemudi | Nor Azliza Rajiain |
Pengasas | Mohamed Nasir |
Ditubuhkan | 25 Disember 1977 |
Didaftarkan | 27 Disember 1977 |
Disahkan | 10 Januari 1978 |
Dibubarkan | - |
Pecahan | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Didahului oleh | - |
Digantikan oleh | --- |
Ibu pejabat |
|
Akhbar | ---- |
Badan pemikir | --- |
Sayap pelajar | - |
Sayap belia | Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA - (ANGKASA) |
Sayap wanita | Wanita BERJASA |
Keanggotaan (Mac 2024) | 56,790 |
Ideologi | islamik demoratik |
Kedudukan politik | Berhaluan kanan |
Agama | Islam |
Penggabungan kebangsaan |
|
Penggabungan serantau | asia tggh |
Penggabungan benua | asia |
Penggabungan antarabangsa | - |
- | - |
- | - |
Warna | Magenta |
Slogan | malaysia bermaruah dan berhitmat |
Lagu parti | Bersama Pimpin Negara |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 0 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 0 / 576
|
Majlis Tempatan | 900 |
Menteri Besar | - |
Simbol pilihan raya | |
GTA-flag.svg | |
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
https://berjasa.org.my/ | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
BERJASA kini diketuai oleh Zamani bin Ibrahim.
Sejarah
suntingSebelum Penubuhan ː Pengekalan Kuasa UMNO di Kelantan
suntingPelantikan Datuk Mohd Asri Muda sebagai Menteri dalam Kabinet Persekutuan semasa kerajaan campuran yang sebelumnya menjadi sumber kekuatan PAS Kelantan memberikan kelebihan kepada UMNO untuk memperkukuhkan kedudukan parti tersebut dalam proses politik Kelantan. UMNO Kelantan menyedari parti tersebut berada di pihak yang lemah sekiranya PAS terus diberi peluang menerajui kerajaan negeri. Menyedari hakikat tersebut, UMNO tidak mempunyai pilihan lain kecuali melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberi keuntungan kepada UMNO tanpa mengubah struktur yang sedia ada. [1]
Pada PRU-4 (1974), UMNO diperuntukkan sebanyak 13 kerusi, manakala PAS diberikan sebanyak 22 kerusi. Oleh itu, bagi memastikan UMNO mempunyai suara yang kuat dalam Kerajaan BN di negeri Kelantan, UMNO tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan Menteri Besar dari kalangan ahli PAS yang bakal dilantik itu boleh bekerjasama dengan parti tersebut. Bahkan, keadaan akan menjadi lebih baik lagi sekiranya Menteri Besar itu berada di bawah pengaruh UMNO. Jika ini berlaku, tindakan UMNO untuk melaksanakan agenda pambangunan di Kelantan akan menjadi lebih mudah, sekaligus dapat meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan. [2]
Berasaskan kepada perkiraan tersebut, UMNO Kelantan melalui Tengku Razaleigh yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Istana Kelantan telah mendekati dan melobi pihak Istana terlebih dahulu, sebelum pihak PAS mengemukakan calonnya kepada Sultan untuk diperkenankan. Memandangkan kuasa melantik Menteri Besar adalah merupakan kuasa Perdana Menteri, UMNO mengemukakan nama Muhammad Nasir sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baru.[2]
Sebelum Penubuhan ː PAS Berpecah Kepada Dua Pihak
suntingSebelum PRU-4 (1974), Muhammad Nasir merupakan Timbalan Menteri Besar. Mengenai pencalonan Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar, Sultan juga turut dimaklumkan bahawa Tun Razak merestui pemilihan tersebut. Akibatnya, PAS melalui Asri Muda terpaksa bersetuju dengan cadangan UMNO bagi menjaga hubungan baik dengan Tun Razak dan turut didorong oleh hasrat ingin melihat perpaduan UMNO dan PAS terus berkekalan dalam BN. Tambahan pula, Muhammad Nasir juga merupakan ahli PAS walaupun Asri Muda terpaksa berpuas hati dengan pelantikan calon pilihannya iaitu Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Besar. [2][3]
Situasi berkenaan menjadi kemelut yang akhirnya telah menggugat perpaduan dalam PAS iaitu wujud satu pihak yang menyokong Asri Muda dan satu pihak lagi menyokong Muhammad Nasir. Tambahan pula, tindak tanduk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar dalam urusan politik dan pentadbiran negeri memberikan lebih banyak keuntungan kepada UMNO berbanding PAS. Berikutan itu, PAS Kelantan memaksa Muhammad Nasir meletak jawatan melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri pada 15 dan 16 Oktober 1977. Akibatnya, kedudukan BN tergugat setelah pihak UMNO menentang tindakan itu.[4]
Penubuhan BERJASA
suntingSelepas dipecat daripada PAS[5], Muhammad Nasir mengadakan mesyuarat bersama-sama pengikutnya dalam usaha menubuhkan parti baharu. Muhammad Nasir kemudiannya menubuhkan BERJASA pada Disember 1977 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS setelah parti itu meninggalkan BN. BERJASA kemudiannya mengadakan kerjasama politik dengan UMNO bagi mengharungi PRU-5 (1978), terutamanya bertujuan untuk menentang PAS, khususnya di Kelantan.
BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980. UMNO dan BERJASA bekerjasama erat untuk menjatuhkan PAS. Pembahagian kerusi DUN dan parlimen antara UMNO dan BERJASA dibuat dengan UMNO berjaya mendapat lebihan kerusi berbanding BERJASA. UMNO sebagai parti induk meletakkan lebih ramai calonnya dalam Pilihan Raya Negeri 1978. Faktor kekalahan PAS kepada UMNO di Kelantan pada pilihan raya tersebut adalah disumbangkan oleh kewujudan BERJASA yang menyokong UMNO dalam pilihan raya itu.[6]
Kepimpinan Pertama
suntingJAWATAN | NAMA PENUH |
---|---|
Yang Dipertua | Dato' Biji Sura Muhamed bin Nasir |
Timbalan Yang Dipertua | Ustaz Ali Taib |
Naib Dipertua | Dato' Hassan Adli Mohd Arshad |
Naib Yang Dipertua | Ustaz Abu Bakar Hamzah |
Ketua Ulamak | Dato' Haji Muhammad Che Wok |
Ketua Muslimat | Ustazah Fatimah Az-Zahra |
Ketua Pemuda | Dato' Ibrahim Ali |
Setiausaha Agung | Profesor Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid |
Bendahari | Dato' Wan Hashim Wan Ahmad |
Organisasi
suntingSenarai Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA 2019 – 2021[7]
JAWATAN | NAMA PENUH |
---|---|
Presiden | Dato' Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz |
Timbalan Presiden | Hamidi bin Abu Hassan |
Naib Presiden | Mohd Hazizi bin Ab Rahman |
Naib Presiden | Mohd Shokri bin Mahmood |
Ketua Wanita | Azizah binti Che Awang |
Ketua Angkatan Pemuda Pemudi |
Hazwan bin Mohamad[8] |
Setiausaha Agung | Abd Aziz bin Sardan |
Penolong Setiausaha | Muhammad Thalhah bin Kamarol Zaman |
Bendahari | Abdul Razak bin Jantan |
Penolong Bendahari | Siti Aishyah binti Sulaiman |
Ketua Penerangan | Hazwan bin Mohamad |
Ahli Jawatankuasa | Shaharuzzaman bin Bistamam |
Ahli Jawatankuasa | Asral Widad binti Ahmad Asnawi |
Ahli Jawatankuasa | Abdul Fisol bin Mohd Isa |
Ahli Jawatankuasa | Zainal Abidin bin Abd Rahman |
Ahli Jawatankuasa | Azura binti Ali |
Ahli Jawatankuasa | Bariman bin Yasimin |
Ahli Jawatankuasa | Mukram bin Mohd Taib |
Kerjasama dengan Parti Politik Lain
sunting- Menyertai Barisan Nasional pada 1980 [9] bagi menghadapi PRU07 1982.
- Bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah APU, bersama-sama parti PAS, S46, HAMIM dan KIMMA bagi menghadapi PRU09 1990 dan PRU10 1995.
- Menyertai Gagasan Sejahtera GS, pada 23 September 2016 bersama dengan PAS, IKATAN, PCM, PAP dan PHM bagi menghadapi PRU14 2018.
- Bergabung dalam Gerakan Tanah Air GTA, bersama-sama parti PEJUANG, PUTRA dan IMAN bagi menghadapi PRU16 2022 dan PRU17 2028.
Penglibatan dalam Pilihan Raya Malaysia
suntingPilihan Raya Negeri Kelantan 1978
Pilihan Raya DUN Kelantan tahun 1978 merupakan pilihan raya pertama yang ditandingi oleh BERJASA. Pilihan raya ini diadakan setahun lebih awal dari masa yang sepatutnya setelah berlakunya krisis politik di Kelantan yang berakhir dengan pelaksanaan darurat. Pengalaman pertama menyertai pilihan raya bagi parti yang baru ditubuhkan dengan memperoleh 11 kerusi daripada 24 kerusi DUN merupakan pencapaian yang memberangsangkan bagi BERJASA. Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978 telah menyaksikan kejatuhan pemerintahan PAS selepas 4 penggal. BERJASA yang diatur penubuhan dan kerjasama UMNO didaftarkan dalam tempoh yang pendek sebagai persiapan untuk PRN.
UMNO/BN bersama BERJASA membentuk kerajaan campuran, di mana Tan Sri Mohamed Yaacob, ADUN Lanas dari UMNO/BN menjadi Menteri Besar, manakala Tan Sri Muhamed bin Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.
Dari sudut pembahagian kerusi, 12 kerusi ditandingi BN bagi melawan PAS, 12 kerusi ditandingi BERJASA bagi melawan PAS, manakala baki 12 kerusi ditandingi secara bersama antara BN dan BERJASA bagi menentang PAS.
Hasil keputusannyaː
- BN menang 23 kerusi daripada 24 yang ditandingi, termasuk semua kerusi yang ditandingi bersama BERJASA bagi melawan PAS.
- BERJASA pula menang 11 dari 12 kerusi yang melawan PAS, manakala kalah di kesemua 12 kerusi yang ditandingi bersama BN bagi melawan PAS.
- PAS menang 2 kerusi sahaja
BERJASA kalah kepada PAS di DUN Sering dengan majoriti kecil, 84 undi. Keputusan di 4 kerusi DUN yang ditandingi secara bersama dengan BN bagi melawan PAS iaitu Bandar Pasir Mas, Telipot, Gual Ipoh dan Bandar Machang, calon BERJASA mendapat undi lebih besar berbanding undi calon PAS. Walau bagaimanapun, 5 calon BERJASA hilang wang pertaruhan, di kerusi saingan 3 atau 4 penjuru bersama calon bebas.
Dalam keputusan tersebut, UMNO/BN bersama BERJASA membentuk kerajaan campuran, di mana Tan Sri Mohamed Yaacob, ADUN Lanas dari UMNO/BN menjadi Menteri Besar, manakala Tan Sri Muhamed bin Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri. Selepas daripada itu, BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980.[9]
Pilihan Raya Umum Malaysia 1982
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, BERJASA diperuntukkan 12 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang ditandingi secara langsung dengan PAS dalam PRN 1978, atas tiket BN. Calon BERJASA mewakili BN hanya mampu bertahan 4 kerusi sahaja: Simpangan, Tendong, Tok Uban dan Peringat, dengan majoriti yang berkurangan. Calon BERJASA di Kemumin dan Salor, di samping calon UMNO di Selising hilang kelayakan bertanding, memberikan PAS menang tanpa bertanding di Kemumin dan Selising, sementara di Salor, PAS menang setelah mengalahkan calon bebas yang disokong UMNO.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1986
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1986, BERJASA tidak menyertai pilihan raya kerana BERJASA telah keluar dari Barisan Nasional dan membantah penerimaan masuk Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) ke dalam BN. Presiden BERJASA ketika itu ialah Dato Wan Hashim Wan Ahmad[10].
Pilihan Raya Umum Malaysia 1990
Pada 1989, BERJASA menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama Parti Melayu Semangat 46, PAS dan HAMIM. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990, BERJASA diperuntukkan kerusi Sungai Keladi untuk menentang BN yang diwakili MCA. Buat pertama kali, kerusi yang dimenangi oleh calon MCA di pusat bandar Kota Bharu sejak 7 kali pilihan raya ditumpaskan oleh seorang calon Melayu yang bertanding dengan lambang parti BERJASA. Presiden BERJASA, Dato' Wan Hashim Wan Ahmad dilantik sebagai anggota EXCO.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1995
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, kerusi DUN Sungai Keladi yang ditukar nama selepas persempadanan 1993, DUN Kota Lama, yang ditandingi oleh Timbalan Presiden BERJASA, Yusoff Mohd Noor kalah kepada calon MCA. Selepas Semangat 46 membubarkan parti dan ahli-ahlinya menyertai UMNO, Angkatan Perpaduan Ummah terbubar sendirinya. Selepas daripada pembubaran APU, BERJASA bersendirian dan tidak aktif dalam politik pilihan raya.[11]
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, BERJASA telah bertanding di Parlimen Kota Bharu menentang BN dan Keadilan. Bagaimanapun, calon tersebut kalah dan hilang deposit.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2013
Parti ini muncul semula pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, dengan penampilan berbeza setelah membuat kerjasama dengan NGO Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, prestasi BERJASA dan ISMA pada pilihan raya tersebut tidaklah memberangsangkan setelah kalah di semua 14 kerusi yang ditandingi serta hilang wang deposit [12][13]
Pilihan Raya Umum Malaysia 2018
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, BERJASA turut menyertainya dan bergabung dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai oleh PAS[14]. Gagasan Sejahtera telah bersetuju untuk menggunakan lambang PAS sebagai lambang bersama bagi parti gabungan Gagasan Sejahtera[15]. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kerusi yang ditandingi BERJASA atas tiket sendiri, bukan PAS[16].
Sejarah penyertaan pilihan raya
suntingTahun | Jenis | Kawasan | Negeri | Nama Calon | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Pilihan raya kecil | Parlimen Tanjung Piai | Johor | Prof. Dato' Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz | Hilang Deposit |
2018 | Pilihan raya umum | Parlimen Selayang | Selangor | Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim | Calon Gagasan Sejahtera
Kalah |
Parlimen Tanjung Piai | Johor | Nordin Othman | Calon Gagasan Sejahtera
Hilang Deposit | ||
Parlimen Cameron Highlands | Pahang | Mohd Tahir Kassim | Hilang Deposit | ||
DUN Batu Kurau | Perak | Zainal Abidin Abd Rahman | Hilang Deposit | ||
DUN Sungai Manik | Perak | Datuk Mustapa Kamal Maulut | Hilang Deposit | ||
2013 | Pilihan raya umum | Parlimen Cameron Highlands | Pahang | Mohd Shokri Mahmood | Hilang Deposit |
Parlimen Batu | Wilayah Persekutuan | Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim | Hilang Deposit | ||
Parlimen Alor Setar | Kedah | Ahmad Fisol Mohd Isa | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
Parlimen Padang Serai | Kedah | Hamidi Abu Hassan | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
Parlimen Tapah | Perak | Shaharuzzaman Bistamam | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
Parlimen Selayang | Selangor | Mohd Hazizi Ab Rahman | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
Parlimen Subang | Selangor | Mohamad Ismail | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
Parlimen Kapar | Selangor | Mohd Pathan Hussin | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
Parlimen Seremban | Negeri Sembilan | Abdul Halim Abdullah | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
DUN Kulim | Kedah | Mohd Junip Huzayin | Hilang Deposit | ||
DUN Derga | Kedah | Ahmad Fisol Mohd Isa | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
DUN Kuala Sapetang | Perak | Zainal Abidin Abd Rahman | Hilang Deposit | ||
DUN Hutan Melintang | Perak | Azahari Abdullah | Hilang Deposit | ||
DUN Kajang | Selangor | Mohamad Ismail | Tajaan ISMA
Hilang Deposit | ||
1999 | Pilihan raya umum | Parlimen Kota Bharu | Kelantan | Mohd Din Nizamdin | Hilang deposit |
1995 | Pilihan raya umum | DUN Kota Lama | Kelantan | Mohd Yusoff Haji Mohd Nor | Calon Angkatan Perpaduan Ummah
Kalah |
1990 | Pilihan raya umum | DUN Padang Garong | Kelantan | Datuk Wan Hashim Wan Ahmad | Calon Angkatan Perpaduan Ummah
Menang Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri |
1983 | Pilihan raya kecil[17] | DUN Kemumin | Kelantan | Omar Ibrahim | Calon Barisan Nasional
Menang |
1982 | Pilihan raya umum | Parlimen Bachok | Kelantan | Ghazali Awang Ibrahim | Calon Barisan Nasional
Kalah |
DUN Simpangan | Kelantan | Tahir Abdul Aziz | Calon Barisan Nasional
Menang | ||
DUN Tendong | Kelantan | Abdul Ghani Mahmud | Calon Barisan Nasional
Menang | ||
DUN Tok Uban | Kelantan | Daud Yatimee Ahmad | Calon Barisan Nasional
Menang | ||
DUN Peringat | Kelantan | Wan Hashim Wan Ahmad | Calon Barisan Nasional
Menang | ||
DUN Meranti | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
DUN Kubang Kerian | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
DUN Tawang | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
DUN Perupok | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
DUN Lemal | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
DUN Salor | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
DUN Sering | Kelantan | Calon Barisan Nasional
Kalah | |||
1978 | Pilihan raya kecil[18] | DUN Tendong | Kelantan | Ghazali Awang Ibrahim | Menang |
Pilihan raya negeri | DUN Simpangan | Kelantan | Tahir Abdul Aziz[19] | Menang | |
DUN Kemumin | Kelantan | Omar Ibrahim[20] | Menang | ||
DUN Tendong | Kelantan | Datuk Mohamed Nasir[21] | Menang, meletak jawatan pada 19 April 1978 untuk dilantik sebagai Senator | ||
DUN Meranti | Kelantan | Hanifa Ahmad[22] | Menang
Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri | ||
DUN Kubang Kerian | Kelantan | Nik Bahari Shah Jusoh | Menang | ||
DUN Tawang | Kelantan | Dato' Mohd Daud Mohd Ali | Menang | ||
DUN Perupok | Kelantan | Wan Mohamad Wan Ahmad | Menang | ||
DUN Lemal | Kelantan | Noor Mohamad Mohd Din | Menang | ||
DUN Tok Uban | Kelantan | Daud Yatimee Ahmad[23] | Menang
Dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | ||
DUN Salor | Kelantan | Mohd Safian Awang | Menang | ||
DUN Peringat | Kelantan | Wan Hashim Wan Ahmad[24] | Menang
Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri | ||
DUN Sering | Kelantan | Che Ismail Abdullah[25] | Kalah | ||
DUN Telipot | Kelantan | Hassan Yaakob[26] | Kalah | ||
DUN Bandar Pasir Mas | Kelantan | Tengku Iskandar Ahmad[27] | Kalah | ||
DUN Gual Ipoh | Kelantan | Shafii Abdul Rahman[28] | Kalah | ||
DUN Bandar Machang | Kelantan | Tuan Ismail Tuan Mat | Kalah | ||
DUN Semut Api | Kelantan | Nik Mat Nik Din | Kalah | ||
DUN Lanas | Kelantan | Shahidin Abdul Rahman | Hilang Deposit | ||
DUN Sungai Rasau | Kelantan | Abdullah Ahmad | Hilang Deposit | ||
DUN Selising | Kelantan | Setapa Abdul Rahman | Hilang Deposit | ||
DUN Bandar Pasir Putih | Kelantan | Abdul Razak Awang Kechik | Hilang Deposit | ||
DUN Temangan | Kelantan | Ahmad Tabarani Harun | Kalah | ||
DUN Guchil | Kelantan | Mat Hussin Hassan Gul | Kalah | ||
DUN Jeli | Kelantan | Che Mahmud Mohd Ali | Hilang Deposit | ||
1974 | Pilihan raya umum | DUN Tendong | Kelantan | Datuk Mohamed Nasir | Menang atas tiket BN-PAS menentang Bebas Bersatu
Mengasaskan BERJASA selepas dipecat PAS pada 1977 |
DUN Telipot | Kelantan | Hassan Yaakob | Menang atas tiket BN-PAS menentang Bebas Bersatu
Menyertai BERJASA pada 1978, sebelum pilihan raya negeri |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Mohd Ali Kamarudin. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan, 1946-1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004, hlm. 155-156
- ^ a b c Mohd Ali Kamarudin. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan, 1946-1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004, hlm. 156.
- ^ Zaidi Abdul Rahman dan Osman Md Rasib. Penglibatan BERJASA Dalam Pilihan Raya Umum Di Malaysia, 1977-2013. Dlm. Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Demokrasi dan Pilihan Raya. Jilid 2. Bil 1, Januari – Disember 2013, hlm. 106.
- ^ Utusan Melayu, 16 Oktober 1977.
- ^ https://www.bharian.com.my/node/5160
- ^ Mahadzir Mohd Khir. Kuasa Melayu: Satu Analsisi Peralihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012, hlm. 184.
- ^ Gandingan Profesional, Ulama dan Orang Muda Terajui Kepimpinan Berjasa. BERJASA
- ^ Saf kepimpinan baharu Pergerakan Pemuda BERJASA BERJASA
- ^ a b Utusan Zaman, 17 Ogos 1980.
- ^ http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890606-1.2.15.6?ST=1&AT=search&k=1978%20berjasa&QT=1978,berjasa&oref=article
- ^ Michael Leifer. Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia. Taylor & Francis. m/s. 73. ISBN 0-415-23875-7.
- ^ Keputusan PRU13 bagi 7 tokoh ISMA Diarkibkan 2013-05-08 di Wayback Machine. ISMA web. Capaian 7-5-2013
- ^ Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa Diarkibkan 2014-05-13 di Wayback Machine. Sinar Harian. Capaian 07-03-2013.
- ^ https://www.thestartv.com/v/barisan-jemaah-islamiah-se-malaysia-to-join-gagasan-sejahtera
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/409580
- ^ http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-berjasa-bertembung-di-kerusi-parlimen-cameron-highlands-dun-batu-kurau-174135
- ^ Pilihan Raya Kecil DUN Kemumin, Kelantan diadakan pada 8 September 1983 berikutan pembatalan kemenangan wakil PAS oleh Mahkamah
- ^ Pilihan Raya Kecil DUN Tendong diadakan pada 10 Jun 1978 berikutan perletakan jawatan penyandangnya yang dilantik sebagai Senator.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Simpangan.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Kemumin.
- ^ Beliau merupakan calon Barisan Nasional (PAS) yang menentang calon Bebas Bersatu dalam PRU 1974 bagi DUN Tendong. Selepas PRU 1974, UMNO (Komponen Barisan Nasional) melantik beliau sebagai Menteri Besar Kelantan, sedangkan PAS (juga komponen Barisan Nasional) mempunyai calon lain. Pada September 1977, beliau telah dipecat daripada PAS dan menubuhkan BERJASA. Selepas PRN 1978, beliau meletak jawatan sebagai ADUN selepas dilantik menjadi Ahli Dewan Negara dan menjadi salah seorang Jemaah Menteri peringkat Persekutuan.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Meranti.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Jeli.
- ^ Beliau merupakan calon PAS yang berjaya menentang calon Barisan Nasional (UMNO) dalam PRU 1969 bagi DUN Kota Bharu Timur. Beliau turut dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Telipot.
- ^ Beliau merupakan calon Barisan Nasional (PAS) yang menentang calon Bebas Bersatu dalam PRU 1974 bagi DUN Telipot. Beliau juga merupakan calon PAS yang menentang calon Barisan Nasional dalam PRU 1977 bagi DUN Telipot. Walau bagaimanapun, pada 10 Februari 1978, beliau telah keluar PAS dan menyertai BERJASA seterusnya menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan sehingga DUN Kelantan dibubarkan pada 13 Februari 1978.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Bandar Pasir Mas.
- ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Gual Ipoh.