Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Koordinat: 4°07′N 101°17′E / 4.117°N 101.283°E / 4.117; 101.283 Bidor ialah sebuah pekan di negeri Perak, Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk yang dianggarkan seramai 30,000 orang yang lahir daripada aktiviti perlombongan bijih timah.bidor terkenal dengan produk buah-buahan seperti jambu batu,jambu air,petai dan buah-buahan kampung yang lain.

Bidor
Bandar
Bidor yang terletak di Negeri Perak
Bidor
Bidor
Koordinat: 4°06′50″N 101°17′18″E / 4.1139°N 101.2884°E / 4.1139; 101.2884
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Batang Padang
Aras
39 m (128 ft)

Lokasi

sunting
 
Menghampiri persimpangan bertingkat Bidor di Lebuhraya PLUS.

Bidor terletak di tengah-tengah daerah Batang Padang, sebuah daerah di tenggara negeri Perak Darul Ridzuan. Bersempadanan dengan mukim Bidor di sebelah timur ialah negeri Pahang. Capaian ke pekan Bidor dari selatan ialah pekan Sungkai; dari utara ialah pekan Tapah, dan dari barat ialah pekan Changkat Jong dan bandar Teluk Intan.

Bidor juga merupakan tempat yang biasanya akan dilalui apabila menuju ke Teluk Intan dan bandar-bandar lain di barat Perak. Susur keluar ke Bidor dari Lebuhraya Utara-Selatan (E1) bernombor 130 (Exit 130).

Bahagian utara pekan Bidor dipisahkan oleh Sungai Gedong manakala bahagian selatan pekan dipisahkan oleh Sungai Bidor. Kedua-dua batang sungai bertemu di Belakang Pasar dimana kuala Sungai Gedong bersambung ke Sungai Bidor.

Pada bulan September 2009, jalan pintasan yang menghubungkan jalan persekutuan 58 (Jalan Teluk Intan) dan jalan persekutuan 1 (Jalan Sungkai) telah siap. Jalan pintasan tersebut berharga RM19 juta dan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan. Jalan ini diharapkan dapat mengurangkan limpahan kesesakan trafik yang menghala ke Teluk Intan dan Lumut dari Lebuhraya Utara-Selatan yang melalui pekan Bidor. Walau bagaimanapun, jalan yang hampir siap ini telah ditutup semula pada bulan Oktober 2009 untuk lalulintas atas sebab-sebab tertentu dan dibuka semula pada tahun 2010.

Sejarah

sunting

Sebelum British

sunting

Sebelum bermulanya kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan zaman Kesultanan Melayu Perak, mukim Bidor terletak dalam jajahan pemerintahan kerajaan Hindu Gangga Negara yang berpusat di Beruas, Perak. Jajahan ini telah menerima pengaruh Hindu-Buddha sejak 900 tahun dahulu. Ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan artifak gangsa yang bermotifkan dewa-dewa Hindu ketika penerokaan kawasan perlombongan bijih timah di akhir tahun 1930-an.

Mengikut sejarah, semasa pemerintahan Sultan Salehuddin, Sultan Perak ke-9 Bidor dibuka kerana aktiviti perlombongan bijih timahnya. Perkataan Bidor berasal daripada acuan bijih timah yang dibuat daripada kayu bagi menyukat bijih. Setiap satu Bidor mengandungi kira kira 70 kati bijih timah.

Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani dan dipercayai beliau juga adalah peneroka terawal di Bidor.

Orang Melayu yang mendiami kawasan Bidor majoritinya dari suku Suku Rawa. Suku Rawa berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Manakala Orang Asli dari suku Semai pula mendiami kawasan bukit dan pergunungan di timur Bidor.

Orang Cina dari suku Kantonis adalah suku orang Cina yang paling dominan di pekan Bidor diikuti orang Hakka serta Hokkien. Orang Cina yang mendominasi populasi pekan Bidor adalah hasil daripada migrasi komuniti tersebut dari Teluk Intan (suku Hokkien dari wilayah Fujian, China), daerah Kampar serta daerah Kinta - kawasan lembah Kinta (suku Kantonis dari wilayah Guangdong dan Guangxi, China) dan Hulu Selangor di negeri Selangor (suku Hakka dari wilayah Guangdong, China) ke kawasan perlombongan bijih timah ketika penjajahan Inggeris.

Orang India pula dibawa masuk untuk mengusahakan estet-estet majikan Inggeris, bekerja di landasan keretapi, selain menjadi askar dan polis bantuan.

Perang Dunia Kedua

sunting

Ketika Perang Dunia ke-2 meletus, pekan Bidor juga terlibat dalam Perang Kampar diantara tentera Jepun dan British. Bidor menjadi saksi pengunduran tentera British dari 501 Battery yang berundur dari Kampar apabila diasak oleh tentera Jepun yang mara dari utara pada 29hb Disember 1941. Rejimen 137 War Diary pula diserang kapal terbang Jepun berdekatan Bikam dan berjaya dilumpuhkan. Saki baki tentera British yang berkubu di Bidor yang rata-ratanya askar upahan dari India yang tidak berpengalaman, berundur ke Slim River seterusnya ke selatan.

Pada 31 Disember 1943 ketika Tanah Melayu masih di bawah penjajahan Jepun, Bidor menjadi tumpuan operasi MPAJA dari patrol pertama, Rejimen Ke-5 yang dipimpin oleh Huang Song dan Cai Dadi. Mereka ditugaskan untuk melindungi ejen-ejen British yang mewakili Komander Tertinggi Tentera Perikatan; Laksamana Lord Louis Mountbatten iaitu Kolonel John Davis, Mejar Frederick Spencer Chapman, Kapten Richard Broome dan Lim Bo Seng (ejen Kuomintang yang bertindak sebagai penterjemah).

Ejen-ejen tersebut telah menyusup masuk melalui kapal selam di Tanjung Hantu, Segari dengan bantuan MPAJA. Mereka didatangkan khas ke Bidor secara rahsia untuk menubuhkan bilik operasi Force 136 bersama MPAJA di Kem Bukit Belantan, 7 batu ke timur-laut pekan Bidor. Dalam mesyuarat penubuhan Force 136 di Bidor, MPAJA diwakili oleh Lai Te (nama samaran Chang Hong) dan Chin Peng, yang ketika itu Pemangku Setiausaha PKM negeri Perak. Perjanjian kerjasama British Force 136 dan MPAJA (PKM) atau dikenali sebagai 'The Bukit Bidor Agreement' (Perjanjian Bukit Bidor) telah ditandatangani pada 1 Januari 1944.

Tujuan Perjanjian Bukit Bidor dibuat adalah membentuk pakatan bersama tentera British dan MPAJA (PKM) untuk menggugat pentadbiran Jepun di Perak melalui aktiviti pengintipan, sabotaj, penyaluran intelijen dan serangan gerila di Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Kampar, Bidor dan Slim River.

Lim Bo Seng telah ditangkap pada 26 Mac 1944 di Gopeng dalam satu sekatan jalan ketika dalam perjalanan ke Ipoh dari Bidor. Beliau diseksa dan dibunuh selepas soal siasat dan mayatnya ditanam di Batu Gajah. Berikutan penangkapan ramai ejen-ejen British di Ipoh, rahsia pusat operasi Kem Bukit Belantan di Bidor telah diketahui. Pada pertengahan tahun 1944, Kem Bukit Belantan di Bidor telah digempur oleh tentera Jepun dan markas tersebut dibakar.

Pegawai-pegawai Force 136 dan MPAJA yang terselamat telah melarikan diri dan mendirikan markas baru berdekatan Bukit Belantan dengan bantuan Orang Asli. Operasi mereka diteruskan sehingga pihak Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Zaman Darurat

sunting

Selepas Jepun menyerah kalah, Bidor menjadi saksi kepada kekejaman pengganas komunis yang enggan meletak senjata selepas kembalinya British ke Tanah Melayu. Kapten A.R.Pickin dari Rejimen Ke-7 Duke of Edinburgh's Own Gurkha Rifles (No.Tentera: 375953) dibunuh pengganas komunis pada 18hb Julai 1948.

Pembunuhan pegawai British berlaku lagi di Bidor pada 2hb Oktober 1948. Seorang pegawai bernama Kapten D.G. Lock (No.Tentera: 113776) dari Somerset Light Infantry dibunuh ketika mandi di sungai berdekatan Bidor. Juga pada hari yang sama, 3 askar dari King's Own Yorkshire Light Infantry (K.O.Y.L.I) iaitu Lans Koperal K.Hutchinson, Prebet A.Dobson dan Prebet H.Woodhouse terbunuh dalam operasi. Berikutan kematian mereka, seluruh Platun Ke-4, Batalion Pertama K.O.Y.L.I telah berjaya dimusnahkan oleh pengganas komunis di sebuah lombong tinggal di Bidor.

Ekoran insiden peristiwa tersebut, Briged Infentri Ke-26 Gurkha dan Charlie Troop dari 95 Independent Field Battery, 48 Field Regiment dari tentera Artileri Di-Raja British telah ditempatkan di Bidor dari tahun 1957 ke 1959 untuk menyekat dan membasmi gerakan pengganas komunis.

Selepas kemerdekaan, pekan Bidor berada dalam pengawasan Batalion Ke-20, Pasukan Polis Hutan (PPH). Unit ini terkenal dengan unit elitnya yang dipanggil Senoi Praaq yang bermaksud 'Orang Perang' dalam bahasa Semai. Senoi Praaq dianggotai anak-anak tempatan Orang Asli dari suku Semai yang dilatih oleh S.A.S (Special Air Service), skuad elit dari tentera Britain. Senoi Praaq ditubuhkan pada bulan Mei 1957 oleh Leftenan-Kolonel R.O.D. Noone yang ketika itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan dilatih oleh Mejar John Slim (S.A.S) untuk menjejak dan memusnahkan kem-kem pengganas. Pada tahun 1957, Senoi Praaq mempunyai 2 skuardon dengan kekuatan 160 orang. Dua tahun kemudian, skuad ini berkembang kepada 4 skuardon dengan kekuatan lebih 200 orang. Kem sedia ada Batalion 18 PGA dan Batalion 3 PGA di Jalan Tapah yang berkeluasan 389 hektar siap pada tahun 1983.

Disebabkan konsentrasi masyarakat Cina yang ramai, pihak British telah menyegerakan penempatan semula (Rancangan Briggs) untuk orang Cina yang bertaburan disekitar luar pekan Bidor khasnya di Jalan Tapah, Jalan Sungkai dan Jalan Teluk Intan. Oleh yang demikian, maka lahirlah kampung-kampung baharu seperi Kampung Baharu Bidor Stesen, Kampung Baharu Coldstream dan Kampung Baharu Kuala Bikam di Jalan Teluk Intan; Kampung Baharu Tanah Mas di Jalan Tapah, Kampung Baharu Pekan Pasir di Jalan Sungkai dan Kampung Baharu Timur (Kem Cina) di utara pekan Bidor.

Sebahagian daripada pekan Bidor terutamanya di bahagian timur masih menjadi kawasan hitam sehingga tahun 1989 selepas perjanjian damai diantara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya.

Ekonomi

sunting

Dahulu ekonomi pekan Bidor bergantung kepada pertanian seperti perusahaan jambu batu, buah-buahan eksotik, penternakan ayam/itik, getah, dan kelapa sawit. Kini, perindustrian telah sedia terdapat atas galakan kerajaan negeri yang membawa masuk usahawan dari luar negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan untuk menjana industri kecilan yang berasaskan elektronik, dan barang konsumer. Juga, salah satu punca pendapatan Bidor datangnya daripada orang luar yang singgah di bandar ini dalam perjalanan mereka ke tempat lain disebabkan populariti makanan dan hasil tani pekan ini.

Sebelum pengenalan Lebuhraya Utara-Selatan, Bidor ialah bandar persinggahan yang tidak boleh dielakkan oleh semua pemandu. Kini, pemandu tetap memilih untuk singgah di Bidor untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Bidor amat terkenal dengan buah jambu (Psidium guajava) tanpa biji dan petai (Parkia speciosa). Juga terkenal ialah Biskut Ayam Pun Chun, 'Sat Kai Ma' (kuih tradisional Cina), Mee Wantan, Khinzir Panggang (Roast Pork) Pasar Bidor dan Mee Peha Itik Pun Chun. Bidor juga terkenal dengan persinggahan pelancong dari Taiwan, China dan Hongkong. Disebabkan galakan daripada kegiatan pelancongan tersebut, sebatang jalan kecil berdekatan Jalan Persatuan telah dinamakan 'Taiwan Street'. Taiwan Street menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati manisan, kuih, buah-buahan dan masakan tempatan.

Bidor juga menjadi tumpuan acara marathon yang disertai pelari-pelari tempatan dan luar negara. Setiap tahun, kelab marathon akan menganjurkan larian yang bermula di Dewan Muhibbah, berdekatan Taiwan Street. Larian biasanya menjangkaui 7-10km yang bermula di pekan Bidor dan membuat pusingan merentasi Jalan Paku ke Kampung Chang dan kembali ke Bidor. Larian ini juga menjadi penggalak kepada aktiviti pelancongan dan ekonomi di Bidor.

Pejabat kerajaan

sunting
  • Balai Polis Bidor
  • Balai Bomba Bidor
  • Pejabat Pos Bidor
  • Pusat Kesihatan Kecil Bidor
  • Klinik LPPKN Bidor
  • Pejabat Majlis Daerah
  • Pejabat Penghulu
  • Pejabat RISDA

Agensi prasarana

sunting
  • Pejabat TNB Bidor
  • Pejabat Telekom Bidor

Perumahan

sunting

Perkampungan

sunting

Ladang/Estet Pertanian

sunting
  • Ladang Banopade, Jalan Teluk Intan
  • Ladang Bedrock, Jalan Sungkai
  • Ladang Bidor Baharu, Jalan Sungkai
  • Ladang Bidor Tahan, Jalan Sungkai
  • Ladang Bukit Katho, Jalan Kg.Poh
  • Ladang Gedong, Bukit Bidor

Rumah ibadat

sunting
  • Masjid Jamek Bidor, Jalan Sungkai
  • Masjid Jeram Mengkuang, Jalan Teluk Intan
  • Masjid Jamek Kampung Poh, Kampung Poh
  • Tokong Tai Siong Low Kuan, Jalan Bruseh
  • Gereja Charis, Kampung Baharu Coldstream
  • Gereja St. Joseph, Jalan Bruseh
  • Gereja St. Andrew, Taman Civil
  • Kuil Sri Sithi Vinayagar, Jalan Persatuan
  • Gurdwara Sahib Bidor, Jalan Besar

Pendidikan

sunting

Pautan luar

sunting