Bulu anjing
Bulu anjing bela jinak (Canis lupus familiaris) merujuk bulu yang melitupi badannya. Bulu anjing mungkin bulu dua lapis, diperbuat daripada bulu lapis bawah lembut dan rerambut pengawal kasar, atau bulu satu lapis, yang kekurangan bulu lapis bawah.
Warna dan corak
suntingWarna
suntingWarna yang sama mungkin disebut dengan nama lain pada baka berlainan.
Anjing pengutip Teluk Chesapeake perang |
Kelpie Australia perang gelap |
Perang dan variannya, termasuk mahogani, perang ton tengah, kelabu-perang, perang kehitaman. |
Seter Ireland |
Chow chow merah |
Merah (pandan)—warna hampir dengan kayu kemerahan seperti ceri atau mahogani—dan variannya, termasuk perang berangan, kuning keperang-perangan, jingga, roan, karat, merah-emas, perang kemerahan, gangsa, kayu manis, sawo matang, dan merah delima. |
Pudel aprikot |
Anjing pengutip keemasan gelap |
Emas (nibung)—kuning kemerahan kaya, seperti pada anjing pengutip keemasan, dan variannya, termasuk kuning-emas, warna singa, perang kekuning-kuningan, aprikot, gandum (kuning pucat atau perang kekuning-kuningan, seperti warna gandum masak), kuning jerami, kuning-merah, biji sawi, kepasiran, madu. |
Dachshund kuning |
Anjing pengutip Labrador kuning |
Kuning (langsat)—sawo matang emas kekuningan, seperti pada anjing pengutip Labrador kuning —dan variannya, termasuk perang muda dan kuning limau. Kuning limau ialah kuning sangat pucat atau warna gandum yang tidak ada pada kelahiran (anak anjingnya lahir putih) tetapi secara beransur menjadi jelas, biasanya semasa enam bulan pertama hidup. |
Buldog Perancis krim |
Anjing Akita krim |
Krim: Kadangkala susah untuk mentakrifkan garisan antara kuning pucat dengan krim. Bergantung pada baka dan individu, krim berjulat dari putih melalui gading dan perang muda, kerap wujud dengan atau di bawah kuning limau, kuning dan sabel. |
Anjing Newfoundland hitam |
Anjing pengutip Labrador hitam |
Hitam (kumbang, lotong): Biasanya hitam tulen tetapi kadangkala beruban, terutamanya kerana anjing menua dan mendapat bulu putih, biasanya di sekitar muncung. |
Terier biru Kerry kelabu (biru) progresif |
Anjing baka kacuk biru |
Biru: Kelabu kelogaman gelap, kerap sebagai biru merle, berintik dengan hitam. Terier biru Kerry, terier sutera Australia, anjing gembala Australia, collie berjanggut, anjing Denmark besar, dan mastif Napoli adalah antara baka yang terdapat dengan warna "biru". |
Anjing Weimar kelabu ungu lembut |
Schnauzer kecil garam dan kelabu lada |
Kelabu—kadangkala juga dipanggil biru—dan variannya, termasuk kelabu pucat hingga gelap, perak, lada, putih uban, sabak, kelabu biru-hitam, hitam dan perak, keluli, gandaria, perak-perang muda. |
Anjing Eskimo Amerika |
Bichon frisé putih |
Putih (sabun): Seperti krim muda yang dilihat dan digambarkan sebagai putih tulen, menjadikannya berbeza daripada anjing balar. Anjing putih, yang bukan balar, mempunyai pigmen gelap di sekitar tepi mata dan hidung, kerap bersama dengan mata berwarna gelap. |
Corak
suntingCorak yang sama mungkin disebut dengan nama lain pada baka berlainan.
Kelpie Australia perang hati dan sawo matang |
Anjing Rottweil hitam dan sawo matang |
Hitam dan sawo matang, perang hati dan sawo matang, biru dan sawo matang (Ladang): Bulu mempunyai kedua-dua warna tetapi sejelasnya ditakrifkan sebagai kawasan terasing, biasanya dengan warna lebih gelapa pada kebanyakan badan dan sawo matang (varian kemerahan) di bawah dan di bahagian terang seperti bulu kening. |
Collie sempadan hitam dan pputih |
Cavalier King Charles spaniel blenheim (merah-perang dan putih) |
Dwiwarna (juga dipanggil Dua warna, Berbintik Ireland, Menjolok mata, Bertampal, Tuksedo) Mana-mana warna atau corak dengan bintik putih. Ini mungkin terletak di mana-mana daripada jari kaki dan hujung ekor putih hingga anjing banyak putih di sekitar dasar telinga dan ekor. Sesetengah baka mempunyai nama istimewa untuk kombinasi warna; contohnya, cavalier King Charles spaniel menggunakan blenheim untuk perang kemerahan (perang berangan) dan putih. Corak berbintik Ireland atau menjolok mata adalah bersimetri dan termasuk dada putih, jalur putih di sekitar leher, perut putih, dan kaki atau "but" putih. Corak ini banyak dilihat pada anjing gembala, dan boxer, daripada yang lain. |
Anjing gunung Entlebuch triwarna hitam |
Beagle triwarna |
Triwarna: Tiga warna jelas, biasanya hitam, perang hati, atau biru di bahagian atas anjing, putih di bawah, dengan sempadan sawo matang di antara dan bahagian terang sawo matang. Triwarna juga boleh merujuk anjing yang bulunya bertompok, biasanya dua warna (seperti hitam dan sawo matang pada latar belakang putih. |
Anjing gembala Australia triwarna merle biru |
Anjing harimau bintang Catahoula merle merah |
Merle: Bulu marmar dengan tompok dan bintik lebih gelap untuk warna tertentu. Merle dirujuk sebagai "dapple" pada dachshund. |
Fail:Tuxedomix.jpg Anjing baka kacuk tuksedo |
Fail:Red tuxedo2.jpg Anjing baka kacuk tuksedo |
Tuksedo: Ekawarna (biasanya hitam) dengan tompok putih (hadapan baju) di dada dan dagu, dan putih di sebahagian atau keseluruhan kaki. Pewarnaan biasa pada kacukan anjing pengutip Labrador Common coloration in Labrador yang berleluhurkan anjing air St. John's. |
Anjing Denmark besar harlekuin |
Harlekuin: Tompok hitam "koyak" pada putih. Hanya Anjing Denmark besar memaparkan corak bulu ini. | |
Anjing Dalmatia berbintik |
Anjing baka kacuk berbintik di Sinamaica, Venezuela |
Berbintik (Sokom) Paling kerap bintik berpigmen gelap pada latar belakang terang |
Anjing lembu Australia berbintik merah |
Anjing penuding berbulu pendek Jerman berbintik perang hati |
Bertompok, berbintik: juga dipanggil belton pada seter Inggeris |
Fail:English Setter in Tallinn 2.jpg Seter Inggeris belton (jingga dan berbintik putih) jingga |
Anjing lembu Australia berbintik biru | |
Terier Boston berjalur-jalur lebih gelap dan putih |
Greyhound Sepanyol berjalur-jalur sederhana |
Berjalur-jalur (Koreng): Campuran hitam dengan perang, sawo matang, atau emas; biasanya dalam corak "belang harimau". |
Mountain cur berjalur-jalur gelap |
Anjing Denmark besar sangat jarang berjalur-jalur | |
Terier Airedale dengan pelana hitam besar |
Anjing Dunker Norway dengan pelana hitam merle |
Pelana atau selimut: Warna berlainan, biasanya lebih gelap, di sepanjang tengah-tengah belakang. |
Anjing Pomerania sabel jingga tua |
Anjing gembala Shetland sabel lebih terang |
Sabel: Bulu berhujung hitam; warna latar belakang mungkin emas hingga kuning, perak, kelabu, atau sawo matang. |
Lihat juga
suntingNota
sunting
Rujukan
suntingBacaan tambahan
sunting- Cunliffe, Juliette (2004). "Coat Types, Colors and Markings". The Encyclopedia of Dog Breeds. Paragon Publishing. m/s. 20–23 and various. ISBN 0-7525-8276-3.
- Fogle, Bruce (2000). "The Breed Section Explained". The New Encyclopedia of the Dog. Dorling Kindersley. m/s. 83 and various. ISBN 0-7513-0471-9.
Pautan luar
sunting- Schmutz, Sheila M. (4 Mac 2010). "Dog Coat Color Genetics". University of Saskatchewan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-14. Dicapai pada 12 September 2010.