Chan Kong Choy
Tan Sri Chan Kong Choy adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Timbalan Presiden MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional.
Yang Berbahagia Tan Sri Chan Kong Choy PSM; PNBS (Swk); DPMK (Kel); DPMS (Sel); DSAP (Phg) | |
---|---|
Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Julai 2003 – 18 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Ling Liong Sik |
Digantikan oleh | Ong Tee Keat |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Selayang | |
Didahului oleh | Zaleha Ismail |
Digantikan oleh | William Leong Jee Keen (PKR) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 17 Mei 1955 |
Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA) parti komponen Barisan Nasional |
Pasangan | Puan Sri Ann Chan |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Menteri Kabinet Pensyarah universiti |
Latar belakang
suntingChan Kong Choy dilahirkan di Bentong, Pahang pada 17 Mei 1955. Beliau memulakan alam persekolahan pada tahun 1962 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Khai Mun Pagi, Bentong. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Sulaiman di Bentong, beliau mengikuti Pengajian Tiong Hua di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian pada 1979.
Y.Bhg. Tan Sri Chan Kong Choy memulakan karier sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1980. Beliau kemudian diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan mendiang Dato' Chan Sing Sun pada tahun 1986. Bermula dari situ, kerjaya politik beliau terus bergemerlapan dan seterusnya dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanah Rata pada tahun 1986. Beliau menang kerusi berkenaan dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.
Politik
suntingSepanjang pembabitan dalam MCA, Chan Kong Choy telah memegang beberapa jawatan penting dalam parti. Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MCA Negeri Pahang sebelum dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA Malaysia pada tahun 1990. Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan memimpin MCA Negeri Terengganu pada tahun 1991.
Chan Kong Choy dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1990 selepas memenagi kerusi Parlimen Lipis. Pada penggal berikutnya beliau dipilih mewakili Parlimen Selayang dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas Pilihan Raya Umum 1999 sebelum diberikan mandat sebagai menteri penuh setelah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada bulan Jun 2003.
Kejayaan membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-11 telah membakar semangat Tan Sri Chan Kong Choy untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Beliau yang merupakan Timbalan Presiden MCA Malaysia, berikrar memikul mandat yang diberi dengan ikhlas dan gigih berpandukan matlamat Wawasan 2020.
Selain itu, beliau juga akan terus berusaha memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan bekerjasama dengan semua pihak bagi mengenal pasti permasalahan rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Beliau yang kini merupakan Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia merangkap Naib Presiden Kesatuan Ping Pong ASEAN telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Lai Yoke Lan dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Beliau amat mengagumi karisma dan ketokohan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta mendiang Deng Xiao Peng. Bagi memanfaatkan masa lapang, beliau gemar membaca dan bermain golf.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | N.1 Tanah Rata P.72 Lipis | Chan Kong Choy (MCA) | 4.006 | 52.22% | Poom Man Kem (DAP) | 2,117 | 27.60% | 7,671 | 1.889 | 63.22% | ||
Aleyak (IND) | 890 | 11.60% | ||||||||||
Haji Mazlan Taib (IND) | 318 | 4.15% |
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | P.72 Lipis, Pahang | Chan Kong Choy (MCA) | 15,170 | 57.64% | Amin Hussaini Abd Manan (S46) | 11,148 | 42.36% | 27,462 | 4,022 | 70.37% | ||
1995 | P.90 Selayang, Selangor | Chan Kong Choy (MCA) | 45,392 | 87.03% | Zainul Amri Abdul Aziz ([IND) | 6,765 | 12.97% | 54,731 | 38,627 | 69.89% | ||
1999 | Chan Kong Choy (MCA) | 34,979 | 57.23% | Zaitun Mohamed Kasim (DAP) | 26,144 | 42.77% | 63,275 | 8,835 | 73.94% | |||
2004 | P.97 Selayang, Selangor | Chan Kong Choy (MCA) | 36,343 | 73.48% | Koh Swe Yong (PKR) | 13,117 | 26.52% | 51,033 | 23,226 | 71.72% |
Rujukan
sunting- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
Pautan luar
sunting- http://pmr.penerangan.gov.my/custom.cfm?name=lihatbiodatadetail.cfm&id=21 Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
Penyandang Terdahulu | Timbalan Presiden MCA ??– 2008 |
Penyandang Kemudian |
?? |
Chua Soi Lek |
Penyandang Terdahulu | Menteri Pengangkutan 1 Julai 2003– 18 Mac 2008 |
Penyandang Kemudian |
Tun Dr. Ling Liong Sik |
Dato' Seri Ong Tee Keat |