Chee Hood Siong
Chee Hood Siong merupakan salah seorang pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, “Baba Nyonya”. Chee Hood Siong meninggal dunia pada 5 Oktober 2011, Ahad akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.
Chee Hood Siong | |
---|---|
Kelahiran | 1945 |
Meninggal dunia | 5 Oktober 2011 (umur 66) |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon |
Terkenal kerana | watak Ah Chim |
Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.
Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai siri televisyen paling lama di Malaysia apabila ia memulakan siaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.
Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.[1]
Rujukan
sunting- ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-17.