Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Cheteria

golongan pembesar diraja Brunei

Cheteria merupakan salah satu golongan pembesar diraja Brunei, yang mana kedudukannya adalah di bawah Wazir dan di atas Manteri. Cheteria mempunyai tingkatan kedudukan berdasarkan sistem Empat Lipatan iaitu sehingga lipatan tiga puluh dua. Setiap orang yang diberi kedudukan dalam Cheteria juga diberi gelaran tertentu serta dirujuk dengan rujukan kehormat "Yang Amat Mulia". Gelaran Cheteria hanya diberikan kepada orang-orang yang berketurunan Pengiran, terutama sekali Pengiran Peranakan.[1] Pengurniaan gelaran diadakan dalam suatu upacara dan ianya dipanggil "mengangkat".[2]

Hierarki

sunting

Terdapat tujuh tingkatan dalam golongan Cheteria, iaitu:[3][4][5]

  • Kepala Cheteria
  • Cheteria 4
  • Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 4
  • Cheteria 8 atau Cheteria Besar
  • Cheteria 16 atau Cheteria Pengalasan Besar
  • Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 16
  • Cheteria 32 atau Cheteria Pengalasan Damit

yang mana Kepala Cheteria merupakan kedudukan yang tertinggi sekali bagi golongan Cheteria.

Jumlah orang bagi setiap tingkatan yang bernombor adalah seperti nama itu sendiri, contohnya Cheteria 8 terdiri dari lapan orang. Bagi Kepala Cheteria dan Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 16, terdapat dua orang setiapnya, sementara Cheteria Tambahan di Bawah Cheteria 4 hanya terdiri dari seorang Cheteria.

Terasul

sunting

Pada amnya gelaran Cheteria adalah berpangkal "Pengiran" dan diikuti dengan frasa tambahan. Manakala rujukan kehormat bagi orang-orang yang dikurniakan gelaran Cheteria ialah "Yang Amat Mulia", yang digunakan pada permulaan dalam menulis nama penuhnya dengan terasul. Contohnya, bagi seseorang yang dikurniakan gelaran "Pengiran Kesuma Negara" iaitu satu kedudukan dalam Cheteria 8,[5][3] terasulnya ialah "Yang Amat Mulia Pengiran Kesuma Negara",[5][3] diikuti dengan gelaran lain (jika ada) dan nama sebenar.

  1. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 14–15. ISBN 9991734228.
  2. ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 20. ISBN 9991734228.
  3. ^ a b c "Wazir dan Cheteria" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. 2017-01-17. Dicapai pada 2018-02-01. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Wazirs and Cheterias". www.bruneiresources.com (dalam bahasa Inggeris). 2012-05-28. Dicapai pada 2018-02-01. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ a b c Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. 9991734228: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 575–579. ISBN 9991734228.CS1 maint: location (link)

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting