Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Cuti umum di Indonesia

rencana senarai Wikimedia

Hari cuti di Indonesia yang diakui secara rasmi oleh pemerintah Indonesia, baik secara pusat mahupun berdasarakan daerah, terdiri dari dua jenis, iaitu jenis kebangsaan dan "fakultatif". Selain itu, kerajaan juga menentukan hari cuti khusus bagi pegawai negeri yang disebut "cuti bersama".

Hari cuti kebangsaan

sunting

Hari cuti kebangsaan sentiasa ditetapkan setiap tahunnya oleh pemerintah kebangsaan Indonesia, khususnya oleh gabungan Kementerian Agama, Kementerian Ketenagakerjaan, dan Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi. Hari-hari yang ditetapkan sebagai hari cuti kebangsaan umumnya berupa hari-hari besar keagamaan, khususnya yang diakui secara rasmi di Indonesia, hari-hari peristiwa penting Indonesia, atau hari besar antarabangsa yang lazimnya disambut secara global. Hari-hari cuti kebangsaan umumnya dirayakan selama sehari, kecuali Aidilfitri yang dirayakan selama dua hari.

Jumlah (hari) Tarikh Nama Sifat Tahun dicutikan Keterangan Rujukan
Takwim Gregorius Takwim berkaitan
1 1 Januari Tahun Baru Umum (Antarabangsa) 1946–sekarang Hari tahun baru dalam takwim Masihi (Gregorius).
Antara 21 Januari – 20 Februari 1 Cia Gwee (Imlek) Tahun Baru Cina (Tahun Bahu Imlek) Keagamaan (Kofusianisme) 2003–sekarang Hari tahun baru dalam takwim Cina. Hari keagamaan bagi umat Konfusius dan perayaan tradisonal bagi warga Tionghoa Indonesia bukan Konfusius.
Antara 5 Mac – 2 April 1 Kadasa (Saka) Hari Suci Nyepi
Tahun Baru Saka
Keagamaan (Hindu) 1983–sekarang Hari tahun baru dalam takwim Saka. Hari suci bagi umat Hindu Indonesia dengan diadakannya perayaan Nyepi
Jumaat antara 20 Mac –23 April Jumaat Agung Keagamaan (Kristian) 1953–1962, 1971–sekarang Hari peringatan Kristian atas peristiwa kesengsaraan, penyaliban, dan kematian Yesus Kristus. Penentuan hari berdasarkan pengiraan hari (computus) dari Bulan Purnama Paskah.
Khamis antara 30 April –3 Jun Kenaikan Isa Almasih (Yesus Kristus) 1953–1962, 1968–sekarang Hari peringatan Kristian bagi peristiwa kenaikan Yesus Kristus ke syurga. Penentuan hari berdasarkan pengiraan hari (computus) dari Bulan Purnama Paskah. [1]
1 Mei Hari Pekerja Umum (Antarabangsa) 1953–1968, 2014–sekarang Perayaan bagi kaum buruh dan pekerja di seluruh dunia.
6 Mei –4 Jun 15 Waisaka (Buddha) Hari Wesak Keagamaan (Buddha) 1983–sekarang Hari peringatan Buddha atas tiga peristiwa penting Siddhartha Gautama, iaitu peristiwa kelahiran, kesedaran (nirvana), dan kematian (parinirvana) Buddha. [2]
1 Jun Hari Lahir Pancasila Umum (Kebangsaan) 2016–sekarang Hari peringatan warga Indonesia atas peristiwa pembacaan pidato "Lahirnya Pancasila" oleh Soekarno, yang menjadi dasar dari konsep Pancasila sebagai ideologi Indonesia.
17 Ogos Hari Kemerdekaan Republik Indonesia 1945–sekarang Hari peringatan peristiwa pembacaan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia oleh Soekarno dan bapa pengasas Indonesia. Hari kemerdekaan rasmi bagi Republik Indonesia. [1]
25 Disember Krismas Keagamaan (Kristian) 1953–sekarang, Hari peringatan Kristian atas peristiwa kelahiran Yesus Kristus.
Tarikh sentiasa berubah setiap tahun[a] 1 Muharam (Hijrah) Awal Muharram Keagamaan (Islam) 1953–1962,1968–sekarang Hari tahun baru dalam takwim Hijrah (Islam).
12 Rabiulawal (Hijrah) Maulid Nabi Muhammad SAW Hari peringatan atas peristiwa kelahiran Nabi Muhammad.
27 Rajab (Hijrah) Isra Mikraj Hari peringatan peristiwa penting Nabi Muhammad, iaitu peristiwa Isra (Nabi Muhammad menunggangi Buraq dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa) dan Mikraj(Nabi Muhammad dibawa Jibril sehingga ke Sidratul Muntaha).
2 1 dan 2 Syawal (Hijrah) Hari Raya Aidilfitri 1953–sekarang, Perayaan umat Islam yang telah selesai berpuasa dari subuh sehingga maghrib selama sebulan penuh dalam bulan Ramadan. Sering juga disebut sebagia Lebaran.
1 10 Zulhijah (Hijrah) Hari Raya Aiduladha Hari peringatan peristiwa korban; Nabi Ibrahim bersedia menyembelih anaknya Nabi Ismailsebagai tanda kepatuhannya kepada Allah sebelum dihentikan oleh-Nya. Biasanya juga disebut hari Lebaran Haji.

Hari cuti fakultatif

sunting

Hari cuti fakultatif (setempat) ialah hari-hari cuti yang tidak ditentukan oleh pemerintah pusat secara langsung, tetapi ditetapkan oleh pemerintah tempatan atau agensi masing-masing, dan biasanya merupakan hari-hari besar keagamaan yang tidak ditetapkan sebagai hari cuti kebangsaan atau hari-hari penting lainnya. Oleh itu, ia tidak diwajibkan untuk dilaksanakan oleh seluruh warga Indonesia dan hanya dirayakan oleh warga masyarakat yang meraikannya sahaja. Walaupun tidak ditetapkan pemerintah pusat, kerasmian hari cuti fakultatif dijamin oleh pihak pusat.[3]

  1. ^ Oleh kerana takwim Hijrah ialah takwim qamari tulen, yakni takwim yang hanya berdasarkan fasa bulan tanpa mempertimbangkan putaran Bumi, maka takwim ini hanya memiliki 354 hari tanpa lompatan. Dengan itu, hari cuti berdasarkan takwim Hijrah sentiasa awal sekitar 11 hari dari tahun sebelumnya, dan tiada tarikh atau julat tarikh yang dapat ditetapkan dalam takwim Masihi.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Hari-Hari Libur". Keputusan Presiden No. 251  1967.
  2. ^ "Perubahan Atas Keputusan Presiden Nomor 251 Tahun 1967 tentang Hari-Hari Libur sebagaimana Telah Beberapa Kali Diubah Terakhir dengan Keputusan Presiden Nomor 10 Tahun 1971". Keputusan Presiden No. 3  1983.
  3. ^ Fatimah, Nur (7 Disember 2019). "Arti Libur Fakultatif Beserta Contohnya di Indonesia". Pelayanan Publik. Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pustaka

sunting
  • Iwan Gayo (1991). Buku Pintar Seri Junior. Jakarta: Upaya Warga Negara. m/s. 342–345. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)