Doa Ku Mohon
Doa Ku Mohon ialah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Rusdi Ramli dibintangi oleh Muntazar Ghufran, Eina Azman dan Sweet Qismina. Drama ini mula bersiaran di Slot Iris TV3 dari 23 Mei hingga 21 Jun 2018 menggantikan Suamiku Mat Piun.[1]
Doa Ku Mohon | |
---|---|
Genre | Komedi Keluarga |
Ditulis oleh | Maizura Mohd Ederis CTNA Marzuki |
Pengarah | Rusdi Ramli |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zaimah Awang |
Penerbit | Mazlan Mokhtar |
Tempoh siaran | 20–22 minit |
Syarikat penerbitan | Jutaan Ringgit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 23 Mei 2018 – 21 Jun 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Suamiku Mat Piun |
Diikuti oleh | Ramadan dan Hamdan |
Sinopsis
suntingMengisahkan Boy, seorang budak gemuk yang pantang melihat makanan. Dia akan makan dengan lahapnya tanpa baca doa. Kasma sudah puas menasihati anaknya. Boy akhirnya menyesal apabila dia terkena keracunan makanan. Sejak itu, Boy akan baca doa makan setiap kali mahu makan. Kakak Boy mengamalkan doa penenang hati untuk menduduki peperiksaan. Hana selalu mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas. Omar yang enggan baca doa tergelincir ketika masuk ke tandas dan menyebabkan kakinya patah. Sejak itu, Omar berjanji akan mengamalkan doa sebelum dan selepas ke tandas.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Muntazar Ghufran sebagai Boy
- Ainur Syakina Azman sebagai Kasma[2]
- Sweet Qismina sebagai Batrisya
- Fariz Isqandar sebagai Jasli
Pelakon pembantu
sunting- Syamim Razi sebagai Aidil
- Safwan Syafiq sebagai Ustaz Helmi
- Hafidz Roshdi sebagai Aiman
Penampilan khas
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Drama Doa Ku Mohon (TV3)". MyInfotaip. 22 Mei 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (29 Januari 2018). Eina kekok kembali beraksi Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2018.