Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Dominic Lau Hoe Chai

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai adalah Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang menggantikan Dato' Seri Mah Siew Keong pada tahun 2018 lalu selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14. Beliau telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada 23 November 2021.

Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau pada 2023
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Menyandang jawatan
23 November 2021
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional
Menyandang jawatan
10 Februari 2021
Pengerusi Perikatan Nasional Pulau Pinang
Menyandang jawatan
12 Jun 2022
Didahului olehShabudin Yahaya
Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Menyandang jawatan
17 November 2018
TimbalanOh Tong Keong
Didahului olehMah Siew Keong
Maklumat peribadi
Lahir (1967-09-18) 18 September 1967 (umur 57)
 Pulau Pinang
Parti politik GERAKAN
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Kerjaya

sunting

Dominic adalah bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum terlibat dalam politik.

Pilihan raya

sunting

Dominic telah bertanding di Parlimen Batu, Kuala Lumpur pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 dan Pilihan raya umum Malaysia 2018 di mana beliau telah tewas kepada Tian Chua pada PRU13 dan kepada calon Bebas, Prabakaran Parameswaran yang kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat pada PRU14 dan menyebabkan Parti GERAKAN ketiadaan calon yang menang pada PRU14 tersebut.[1]

Keputusan pilihan raya

sunting

Parlimen

sunting
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Batu Dominic Lau Hoe Chai BN (GERAKAN) 13,687 Prabakaran Parameswaran BEBAS (KUNCI) 38,125 24,438
Azhar Yahya PAS 10,610
V. M. Panjamothy BEBAS (GAJAH) 383
2013 Dominic Lau Hoe Chai BN (GERAKAN) 28,388 Chua Tian Chang PKR 41,672 13,284
Hashim Karim BERJASA 949
Nazariah Abbas BEBAS 209
Atan Jasin BEBAS 164

Dewan Undangan Negeri (DUN)

sunting
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Bayan Lepas Dominic Lau Hoe Chai PN (GERAKAN) 13,573 Azrul Mahathir Aziz PH (AMANAH) 15,462 1,889

Menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

sunting

Dominic telah menyatakan sokongan partinya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang telah berjaya menangani wabak COVID-19 dengan jayanya dengan perancangan yang tersusun dan berpusat bagi memudahkan urusan rakyat. Sokongan tersebut adalah demi rakyat untuk menjaga kestabilan politik dan pentadbiran negara.[2]

Rujukan

sunting