Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Dwilambang (ortografi)

(Dilencongkan daripada Dwihuruf)

Dwilambang atau dwihuruf merupakan sepasang aksara yang digunakan untuk menuliskan satu fonem (bunyi berbeza), ataupun urutan fonem yang tidak bersamaan dengan nilai kebiasaan dua aksara berkenaan. Bunyi sedemikian salalunya tidak boleh diungkapkan dengan satu aksara sahaja dalam ortografi bahasa berkenaan. Biasanya, istilah "dwihuruf" juga memaksudkan grafem yang lebih kurang sama bunyinya sahaja dengan huruf-huruf pembentuknya, misalnya huruf lam-alif (لا) dalam tulisan Jawi.

Dalam bahasa Wales, dwihuruf ‹Ll›, ‹ll› pernah dilakurkan menjadi huruf kembar.

Bagi dwihuruf yang tidak mewakili fonem yang berbeza, mungkin ia pernah disebut secara berlainan pada zaman dahulu berbanding zaman sekarang, ataupun mewakili perbezaan antara loghat-loghat tertentu, seperti wh dalam bahasa Inggeris, ataupun sebab etimologi semata-mata, seperti ph dan rh dalam perkataan Inggeris yang dipinjam dari bahasa Yunani kuno.

Dalam ortografi sesetengah bahasa seperti bahasa Croatia (lj, nj, dž) atau bahasa Czech (ch), dwihuruf merupakan huruf berasingan yang mempunyai kedudukan tersendiri dalam abjad masing-masing, dan tidak boleh dipecahkan kepada huruf tunggal apabila menyusun kata, membuat singkatan dan sebagainya. Perkara ini tidak wujud dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris.

Sesetengah skema perumian meluaskan penggunaan dwihuruf (cth. Arab kepada Rumi untuk bahasa Melayu, yang mana huruf ش‎ menjadi sy), tetapi yang lain bergantung pada tanda diakritik (cth. Arab kepada Rumi terubah suai untuk bahasa Turki, yang mana ش dipadankan dengan ş yakni huruf S bertanda cedilla di bawah huruf s). Golongan akademik lebih gemar alih aksara berasaskan diakritik untuk mengurangkan kekaburan. Sesetengah bahasa tiada dwihuruf (cth. bahasa Serbia (abjad Cyril), dan Turki), maka sebarang alih aksara ke dalam bahasa berkenaan tidak wajar menggunakan dwihuruf juga.

Jenis dwihuruf

sunting

Dwihuruf boleh terdiri daripada dua huruf konsonan untuk membentuk konsonan yang berbeza, ataupun dua huruf vokal untuk membentuk vokal yang berbeza. Dalam bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:

Bahasa Melayu tidak menggunakan dwihuruf untuk vokal yang berbeza, kerana ia hanya ada enam vokal (/e/ dan /ə/ berkongsi huruf "e", tetapi dalam kamus, /e/ dinyatakan dengan huruf "é" dengan tanda aksen tirus). Ini berbeza dengan diftong, iaitu dua vokal bergabung dalam suku kata yang sama, yang memang menggunakan gabungan huruf vokal tetapi tidak diterima sebagai fonem berbeza sekalipun.

Dalam sesetengah bahasa, huruf berganda menandakan konsonan atau vokal panjang, tekanan suku kata atau bunyi tertentu, tetapi selain bahasa itu ia sekadar kebiasaan ejaan. Ll merupakan konsonan berganda yang paling kerap dalam bahasa Inggeris, tetapi ia tidak melambangkan bunyi yang berbeza daripada l, sebaliknya sekadar dwihuruf ejaan. Dalam bahasa Wales pula, ll mewakili geseran sisian gusi tak bersuara (/ɬ/), manakala dalam bahasa Sepanyol dan Catalonia, ia mewakili malaran tak geser sisian lelangit (/ʎ/). Ee dan oo merupakan contoh dwihuruf vokal dalam bahasa Inggeris.

Dalam sesetengah bahasa Eropah Barat, baik Inggeris, Perancis mahupun Catalonia, ‹ss› digunakan untuk sibilan tak bersuara /s/ di antara vokal, kerana ‹s› tunggal di antara vokal selalunya disuarakan menjadi /z/. Dalam bahasa Jerman, dwihuruf ini dilakurkan menjadi ligatur ß.

Dalam bahasa-bahasa Romawi seperti Sepanyol ataupun Catalonia, ‹rr› digunakan sebagai getaran gusi /r/ di antara vokal, kerana ‹r› tunggal di antara vokal pula mewakili ketukan gusi /ɾ/ (ertinya, kedua-dua fonem ini nyata berbeza dalam bahasa-bahasa berkenaan).

Dwihuruf sebagai huruf tersendiri

sunting

Dalam sesetengah bahasa, dwihuruf dan trihuruf merupakan huruf berbeza yang mendapat tempat sendiri dalam abjad, terasing daripada urutan aksara tunggal yang membentuknya, dalam bidang ortografi atau kolasi. Bahasa-bahasa lain seperti bahasa Melayu tidak membezakan dwihuruf daripada huruf-huruf lain, sebaliknya memisahkan dwihuruf kepada aksara pembentuk masing-masing untuk tujuan kolasi.

Antara bahasa-bahasa yang merangkumi dwihuruf sebagai huruf tersendiri:

Abjad Hungary juga ada trihuruf dzs untuk /dʒ/ (letusan belakang gusi bersuara).

Ch dan ll pernah menjadi huruf berasingan dalam bahasa Sepanyol, sehingga pada tahun 1994, Akademi Diraja Sepanyol membuat pembaharuan yang membolehkan dwihuruf berkenaan dipecahkan kepada huruf konstituen masing-masing untuk dikolasi. ‹Rr› pula tidak pernah dijadikan huruf berasingan.

Dwihuruf Mh, nh, dan trihuruf ngh, yang melambangkan konsonan tak bersuara, tetapi hanya ditemui di awal perkataan kesan mutasi sengauan, tidak disertakan dalam abjad.

Catatan dan rujukan

sunting

Lihat juga

sunting