Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Frederick Browning

Leftenan Jeneral Sir Frederick Arthur Montague Browning, GCVO KBE, CB, DSO adalah seorang askar British yang paling dikenali sebagai Timbalan Pemerintah Tentera Payung Terjun Tentera Berikat yang menjalankan Operasi Market-Garden. Dia dikenali dengan nama timangan "Boy" Browning. Dia dilihat sebagai Bapa Askar Payung Terjun Britain.

Lefternan Jeneral Frederick Browning

Latar Belakang

sunting

Kerjaya tenteranya bermula semasa Perang Dunia I bila mana dia bertemu Winston Churchill dan mereka menjadi kawan. Dalam tahun 1920, browning dinaikkan pangkat menjadi Kapten dan dalam tahun 1928 di dinaikkan pangkat menjadi Mejar. Dia menjadi seorang Leftenan Kolonel dalam tahun 1935, dan diberikan pemerintahan Batalion Ke-2 Grenadier Guards, sehinggalah meletusnya Perang Dunia II. Setelah perang meletus, dia dinaikkan pangkat kepada Brigadier Jeneral untuk menjadi Komandan Sekolah Latihan Tempur. Dalam tahun 1940, dia diberikan pemerintahan Briged ke-24 Pengawal Diraja.

Askar Payung Terjun

sunting

Dalam tahun 1941, Winston Churchill memilih Browning untuk menjadi pegawai pemerintah Divisyen Pertama Askar Payung Terjun British. Browning melayakkan diri sebagai seorang juru terbang peluncur angin (glider). Browning mahukan identity tersendiri untuk pasukan payung terjunnya dan dalam tahun 1942 memilih beret merah sebagai pakaian mereka. Browning memimpin Divisyen Pertama Askar Payung Terjun British berjuang di Afrika Utara, Sicily dan di Itali.

Dalam tahun 1943, beliau diberikan peluang menjadi pegawai pemerintah Kor Payung Terjun British dan dalam tahun 1944, beliau dilantik menjadi Timbalan Pegawai Pemerintah Ketumbukan Pertama Askar Payung Terjun Berikat (First Allied Airborne Army).

Browning memerintah pasukan askar payung terjun semasa Operation Market-Garden. Markas taktikalnya mendarat dekat Nijmegen, tetapi Browning menghadapi masalah memberikan perintah kerana masalah komunikasi dan kedudukan geografi yang mempengaruhi kebolehan berkomunikasi.

Askar Dari Bn Ke-2 Rejimen Payung Terjun mempertahankan Jambatan Di Arnhem

Pada 15 September 1944, Pegawai Risik Mejar Brian Urquhart, melaporkan kehadiran kereta kebal Jerman dari Divisyen ke-9 dan Divisyen Ke-10 Panzer S.S. di sekitar kawasan Arnhem. Browning memilih untuk tidak mengendahkan amaran ini. Penggunaan 36 pesawat peluncur angin untuk membawa markas taktikalnya kemudiannya menerima kecaman kerana menjejaskan kekuatan Divisyen Pertama Askar Payung Terjun British. Beliau juga menerima untuk keputusannya membuat hanya satu kali pengguguran askar payung terjun pada hari pertama.

Jeneral James M. Gavin yang memerintah Divisyen Payung Terjun Ke-82, mengecam hebat kepimpinan Browning dan mempersoalkan keupayaan dan gaya pemerintahan Browning. Selepas kegagalan Ops Market-Garden, kecaman oleh Browning menyebabkan Mejar Jeneral Stanislaw Sosabowski dipecat daripada pemerintahan Briged Bebas Pertama Askar Payung Terjun Poland (Polish 1st Independent Parachute Brigade).

Browning sendiri tidak mendapat kenaikan pangkat selepas Ops Market-Garden dan menjadi Ketua Turus untuk Lord Louis Mountbatten, Ketua Pemerintah Markas Asia Tenggara. Dalam tahun 1943 hingga 1948, Browning menjadi Setiausaha Tentera di Jabatan Perang.

Kehidupan Peribadi

sunting

Frederick Browning mengahwini novelis Daphne du Maurier. Anak perempuan mereka , Tessa, mengahwini David Bernard Montgomery, anak Fil Marsyal Bernard Law Montgomery.

Penghormatan

sunting

Browning menerima Pingat and anugerah berikut :

1917 - Distinguished Service Order 1943 – Pingat Order of the Bath (CB) 1946 - Knight Commander of the British Empire (KBE) 1953 – Knight Commander Royal Victorian Order (KCVO) 1959 - Knight Grand Cross Royal Victorian Order (KCVO)

Pautan Luar

sunting

Rujukan

sunting