Gersik Saguking
Kampung Gersik Saguking ialah sebuah kampung di Wilayah Persekutuan Labuan. Kampung ini terletak berhampiran bandar Labuan. Masjid An-Nur, masjid terbesar di Labuan, turut terletak di dalam kawasan kampung ini. Kampung Gersik terbahagi kepada dua iaitu kampung Gersik lama dan kampung Gersik baru.
Antara kemudahan yang terletak dalam kampung ini adalah seperti berikut:
- Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
- Sekolah Kebangsaan Pekan Dua
- Sekolah Kebangsaan Chi Wen
- Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan
- Masjid An-Nur
- Sekolah Agama Islam Pekan